Semangat Yang Kian Hilang

Hai. Namaku Izi, umur 26. Dan aku grad pada tahun 2015. Sama seperti orang lain, lepas grad sibuk mencari kerja. Aku juga sama. Selepas satu kerja ke satu kerja aku lompat, tahun ini merupakan pertama kali aku mendapat kerja dengan gaji setimpal dengan kelayakan aku. Alhamdulillah.

Namun melihat semula perjalanan kerjaya aku selepas grad, sudah 5 kali aku bertukar kerja. Rekod paling pendek yg pernah kupegang ialah selama 3 bulan, dan paling lama ialah selama satahun. Bermula dgn fast food restaurant, RA, kerja di ladang, admin di company pest control, dan sekarang di O&G.

Berasa di O&G, baru sahaja 3 bln. Aku sudah rasa untuk berhenti kerja. Bila kufikir2 kan begitu byk masalah yg kurasakan dari satu kerja ke satu kerja. Tak ada satu pun tempat kerja yg tak ada masalah, bila aku tak tahan, aku berhenti. Dan sekarang, aku cuba menoleh semula, mungkin aku yg bermasalah sebenarnya.

Antara banyak2 kerja, kerja sebagai admin di company pest control yg kurasakan ok sikit sampai aku boleh bekerja hingga setahun. Tapi akhirnya Aku terpaksa berhenti kerana ibuku tak suka aku bekerja di situ. Dia kata tak ada masa depan sbb company tu family company dan gaji yang terlalu rendah. Dan perangai aku makin berubah sejak bekerja di situ, aku sudah pandai membawang. Itu alasan ibuku. Lantas aku berhenti.

Sekarang di O&G, aku belajar banyak perkara baru (kerja sekarang still lari dari kos aku di U). Pekerja di sini sangat positif, the way they think, they act, aku rasa diorg sgt hebat. Walaupun department aku almost melayu, tapi tak ada office politic, tak ada nak menikam ke apa. Aku simpulkan maybe sebab kerja yg terlalu banyak menyebabkan bnda2 bodoh macam tu tak wujud. Tapi aku dah rasa nak resign sekarang.

Orang kat sini ok, supportive cuma yg tak best adalah kerja tu sndiri. Terlalu byk working load. Masa hari pertama aku masuk kerja, officemate aku pernah warning, dia ckp kerja sini stressful sangat. Dia cerita dia dgn sorg lg officemate sampai tak datang period kerja kat sini. Aku cuma senyum dan tak ckp apa2. Tp setelah 3 bln, aku dh nmpak sikit2 apa yg akak tu ckp.

Sekarang tanganku kebas smpai seminggu. Ada sekali Tu bos aku tegur, muka aku waktu mula2 masuk kerja okay, sekarang kenapa banyak jerawat? Kdg Aku rasa sakit sangat bahu dan belakang leher. Semua perkara A-Z kena buat sendiri. Too much to handle.

So, sekarang aku sedang prepare mental untuk resign. Aku mula menyoal diri. Kenapa dgn Aku? Apa yg Aku nak dlm hidup? Orang lain pun susah, tapi boleh bertahan bertahun2. Kdg2 Aku malu sangat. Malu dengan sedara mara. Malu dengan diri sendiri. Dulu aku excellent student. Sampai sepupu aku pernah cakap, dia stress bila nak exam sebab nanti ayah dia comparekan aku dengan dia. Masa dia cerita tu, aku rasa macam tak percaya itu yg dia rasa.

Somehow, aku rasa guilty. Tapi zaman kegemilangan aku dah berakhir. Aku cuma mcm mesin fotostat, aku boleh copy buku teks semula ke kertas exam, tapi in terms of nak survive hidup, common sense, soft skill, aku lemah sangat. Jadi, aku rasa aku tak pandai kerja. Even bdk diploma pun blh buat kerja hebat dari aku. Aku tak tau apa yang patut aku lakukan. Orang ckp follow the flow. Tapi aku rasa useless sangat. Tak ada tujuan hidup, tak ada plan.

Aku fikir aku nak resign dan sambung belajar. Mungkin tempat aku bukan di office. Aku lebih gembira baca buku dan hadapi exam. Tolong doakan aku pembacaan sekalian. Dan semoga malaikat mengaminkan doa tersebut dan kebaikannya kembali semula ke kalian.

– Izi

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *