Sembang Kosong

Aku ada tunang. Lelaki. Tua setahun dari aku bawah 30. First love aku tapi totally bukan ideal type bila dah kenal.

Jujurnya aku yang jatuh suka dulu sebab rupa dia. Salah aku. Judge orang dari luaran sedangkan diri aku pun takda kelebihan.

Semakin nak dekat kahwin ni baru aku perasan. Satu kekurangan dia aku nampak. Aku selalu elakkan dia dari bercakap dengan ahli family aku. Sebab satu kekurangan dia ni. Aku takut orang lain akan perasan.

Tunang aku selalu cakap kosong dan semberono. Kosong yang ada isi tapi salah. Tunang aku ada memori gold fish tau. Dia mudah lupa semua benda. Kecuali birthday aku dia ingatlah.

Kadang tu bila sembang balik dengan dia pasal satu isu, dia mesti lupa any detail yang penting. Contoh sembang pasal majlis kahwin adik dia. Dia boleh lupa adik dia nikah kat mana sedangkan majlis tu baru berlaku tahun lepas.

Tu belum lagi dia memandai tokok tambah maklumat untuk sedapkan cerita sedangkan semua orang tahu dia cakap merepek. Buat tambah sakit hati dia nak menang lagi tu.

Kadang tu kalau aku ajak sembang isu semasa, dia akan bidas cadangan aku tambah pulak fakta-fakta yang merepek.

Contoh sembang kenapa kfc tak jual pizza? Dia deny kata kfc pernah jual pizza tapi tak laku sebab tak pandai buat doh roti.

Bila kita bagitahu benda sebenar dia bagi alasan dia tak ingat. Kadang tu aku jadi stress bila bersembang.

Baru-baru ni dia bagitahu dia dapat info company bapak aku dah takda job sebab ada company lain take over. So lepas ni pekerja bapak aku confirm tak boleh cari makan.

Sedangkan cerita sebenarnya, company lain tu bukan take over cuma dapat job sama dengan bapak aku. Aku deny banyak kali bagitahu hal sebenar tapi dia tak percaya last alasan dia tak ingat. Itu je la.

Aku tak kisah pun perbezaan taraf pendidikan tu sebab aku walaupun belajar tinggi tetap ada bengong juga hahaha.

Cuma hal ni lah yang buat aku pening. So banyak masa kalau aku nampak dia merepek sangat, aku tak bagi respon kat dia.

– Milah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *