Assalamualaikum. Masa aku tulis ni, tengah nak muntah buat kerja, jadi curi tulang sikit la, boring2 kan.
Serba sedikit tentang aku, umur dah 35, masih belum berkahwin dan menjaga ibunda yang berusia 78 tahun.
Seorang yang mok2 sikit, perwatakan ceria, penghibur untuk rakan2 (dia orang la kata). Happy go lucky kebanyakan masa, hanya gila sikit kat tempat kerja (gurau).
Aku Alhamdulillah ada kerja, cukup la nak tampung aku dengan mak. Percaya la kalau kita jaga mak kan walau gaji sikit insyaAllah akan cukup ja.
Jaga orang tua ni sabar kena tinggi ke langit ke tujuh kalau boleh ke sebelas sana, kito dah la sabar senipis bawang, haha.
Doakan mak aku sihat ya dia hari-hari suruh aku kahwin tapi itu la aku ni kena mandi bunga bawah jambatan gamak nya..
Pasal jodoh pulak aku ni tak tau apa pasal berkawan ja, payah nak jadi. Tapi belum jodoh ja sebenarnya kan.
Sekarang ini aku tengah berkawan dengan seseorang, tengok la jadi ke tak. Korang doakan la ya mana tau doa korang ada yang ALLAH angkat.
Tapikan aku ni macam pelik la dengan orang lelaki ni, tak paham aku dah kita buat baik, bersembang elok la dengan dia, tup tup hilang.. apoo la perangai, hantar santau baru tau, haha.
Lagi satu dah dapat perempuan lawa, baik agama nya elok budi nya pun ko buat perangai, aku lain la muka awam ja tapi mak aku kata cantik, jadi aku yakin dengan mak aku, haha.
Kawan kawan aku kan suka cerita masalah diaorang kat aku, pasal anak la, rumah tangga la, mak mertua la, kadang2 macam lawak juga, aku nak kawan dengan lelaki pun tak lepas2 ni, haha.
Tapi kita dengar ja la buat pengalaman hidup gitu. Aku dah macam kaunselor, palatau la apa lagi kan, haha.
Hidup ni kita kena banyak bersyukur, Allah tu bagi apa yang kita perlu bukan yang kita mahu. Aku tengah belajar nak perbaiki diri, sebab tak tau jodoh datang dulu ke ajal datang dulu.
Doakan aku jadi orang baik ya, sebab gedik aku pun boleh tahan jugak dengan mak n kawan2 rapat je la pun.
Sorry la aku mengarut ja, sebab aku tengah stress ni nak sembang dengan orang sebelah pun tengah stress buat kerja.
Tapi doakan mak aku dapat menantu ya, sian dia teringin nak menantu, aku suruh dia yang kawin tak mau pulak, dia setia katanya hahaha. Doakan dia sihat tau sebab dia ja la layan gila aku ni.
Eh lagi satu nak pesan kalau ada orang tua lagi tu, balik la selalu, call la selalu, orang tua ni makin tua makin baby perangai nya. Pesanan dari anak yang selalu melawan mak dia, hahaha aku la tu.
Tapi kalau nak aku layan mak korang pun boleh, tapi kena besan la dema (laa promote diri pulak, haha)
Okey lah saja nak sembang ja ni, siapkan kerja sikit, then balik la kita.
Semoga Allah mudah kan urusan kita semua. Doakan aku tau..
– Moana tersakiti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Semoga sis cepat2 kahwin hehe Aamiin..
Semoga sis cepat2 kahwin Aamiin🤭 doakan sy jgk hehe