Sembilu Dihati

Assalamualaikum, terima kasih jika kisah ini disiarkan untuk tatapan & pengajaran.

Asalnya aku seorang yang ceria. Mudah tersenyum & senang berkawan. Aku senang memaafkan dan tak suka berdendam. Aku & suami punya segalanya. Kerjaya, rumah & kereta mewah.

Aku bahagia dari awal perkahwinan kerana suami ku menjaga aku dan anakku dengan sangat baik.
Tapi segala galanya berubah bila sesuatu yang berlaku dalam hidupku di usia perkahwinanku mencecah 5 tahun.

Waktu itu aku mengandung anak yang ke 2. Suamiku curang. Hancurnya hati ku waktu itu hanya Tuhan yang tahu. Terlalu banyak yang berlaku hingga meninggalkan luka yag paling dalam dihatiku.

Aku dibohongi, aku diabaikan & diperbodohkan. Suamiku jarang pulang ke rumah. Aku ketakutan ditinggalkan dirumah bersama anak kecil dan sedang berbadan dua.

Aku sering menangis, adakalanya pengsan kerana terlalu sedih & stress. Aku pernah menangis berejam rejam di bilik air. Aku pernah mengambil pisau ingin saja aku tikam dirinya. Tapi ada suara yag menghalang.

Aku benci & jijik dengan dirinya & perempuan jahat yang mengganggu hidup kami. Dari situ ada titik hitam di dalam hatiku, ada sembilu yang sangat tajam menusuk dihati. Aku mula jadi seorang pendendam & pembenci. Aku tidak boleh memaafkan dan melupakan.

Aib suami aku simpan rapi. Tiada keluarga yang tahu. Sehinggalah aku nekad mengambil keputusan untuk bercerai. Tapi suami enggan melepaskan. Dia bertemu keluargaku di kampung.

Setelah sessi perbincangan dia berjanji akan berubah dan akan menjagaku sebaiknya. Aku beri dia peluang ke 2. Walaupun hakikatnya kepercayaan telah hilang. Hati telah hancur berkecai. Aku kumpul segala kekuatan demi anak yag aku kandungkan.

Tuhan itu Maha Adil. Saat suami punya kekayaan dia lupa diri, Lupa pada anak & isteri. Lalu Allah tarik nikmat itu. Bisnes yang dulu nya gah dengan income berjuta juta mula rebah & punah.

Suami menanggung hutang ratusan ribu ringgit sehingga diistiharkan bankrap. Saat itu semangat suami hilang. Rebah & tak mampu berdiri. Dulu dia & keluarga dikenali kerana kaya raya. Sekarang tidak lagi.

Kawan yang ramai mula menjauhkan diri. Dulu kaya raya kini miskin hina. Saat ini hanya anak & isteri masih setia disisi.

Kisah ini jadikan pengajaran. Sayangi dan hargailah isteri dan anak anak. Insan insan inilah yang setia menemani saat suami tak punya apa apa.

Kaya raya itu bahagia?

Oh tidak. Wang tidak dapat membeli kebahagiaan & ketenangan hidup kita, kerana Allah boleh tarik nikmat itu, dalam sekelip mata.

– Yang tersakiti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *