“Asal tangan basah ni ? “,
“Hmm, basuh tangan tadi ”
Assalamualaikum dan Hai readers yang bacaa confession aku ni . Dan tak lupa juga kepada admin , tanpa admin tak keluar kisah aku yang biasa ni .Maaf jika kisah ini tidak menarik dan tertarik dengan diri-diri anda semua. Dan maaf jika nukilan ni tersangatlah panjang.
Sebelum meneruskan kisah yang aku nak sampaikan , baik korang kenal diri aku dengan lebih mendalam. Nama aku tak perlulah disiarkan disini cukuplah dengan nama samaran , Jaja. Aku merupakan pelajar sekolah menengah dan setahun akan datang aku akan mengambil peperiksaan SPM . Ya aku tahu mesti ramai akak-akak dan abang-abang terkejut seolah olah aku ni terlalu muda untuk membuat sebuah confession dan tak kurang juga dengan sebahagian readers yang menganggap ianya biasa.
Back to the topic , aku mengalami masalah yang sangat membuatkan aku kurang keyakinan diri .Tapi jika dirujuk di internet ianya merupakan penyakit .Penyakit yang tidak membawa maut tetapi ia membawa kepada masalah emosi . Penyakit ini dikenali sebagai Hiperhidrosis . Hiperhidrosis bermaksud peluh berlebihan . Hiperhidrosis ni ade banyak bahagian yang terlibat. Bahagian badan yang terjadi dekat aku ialah di bahagian muka, tapak tangan dan kaki . Bahagian yang teruk yang aku alami ialah di bahagian tapak tangan .
Masalah yang selalu aku hadapi boleh anda semua rujuk perbualan di atas. Setiap kali aku nak bersalaman dengan guru-guru , rakan-rakan dan lain-lain memang dia orang akan tegur macam tu . Kalau peluh tu keluar dekat bahagian muka , bolehlah aku lap . tapi dekat tapak tangan ni , makin aku lap makin basah tangan aku. Kadang2 aku elak untuk bersalam dengan orang ramai .Banyak masalah yang dihadapi oleh orang yang hidap penyakit ni. Sebagai contoh perkara yang aku hadapi :
1) Aku paling tak suka time subjek X . Seperti biasa subjek X ni akan belajar di makmal ( korang agakla subjek apa tu takkan laa tak dapat teka kan.hahaha) Time belajar aku takde hal . But , lepas habis waktu subjek tu , semua pelajar kena beratur sebelum balik ke kelas. Pelajar perempuan islam kebiasaannya akan bersalaman dengan guru subjek X ni dan tiada sesiapa pon terkecuali . So , dengan hati yang tak rela terpaksa laa aku hulurkan tangan untuk bersalam . Semasa salam , cikgu ni pon tegur la kenapa tangan basah . Nak tegur boleh tapi slowkan la sikit suara kamu itu cikgu dan dia sentiasa tanya kenapa dan kenapa. kadang-kadang aku senyum je la nak balas pon malu sebab ada ramai kawan2 yang tunggu turn untuk bersalaman. Antara cara aku nak elak cikgu X tu tanya soalan tu adalah dengan pakai baju pjk lengan panjang supaya boleh tutup sedikit tapak tangan aku . Tapi cara tu tak berkesan langsung . Haih.
2) Bila kawan2 aku nak tepuk tangan ataupun dengan kata lain ialah high-five dengan aku , memang aku akan kata tangan aku kotorlah . So diorang ok kan jela . Kadang2 aku rasa , aku ni suka spoil kan keadaan .
3) Bila berjalan di bilik yang ada air-cond memang kaki automatik basah lagi2 kalau pijak tiles yang berwarna gelap memang nampaklah bentuk kaki kau yang tersangatlah jelas .
4) Peluh di bahagian muka jugak buat aku kurang keyakinan diri . Bila nak bercakap dengan kawan2 mesti aku alihkan pandangan , tunduk muka dan asyik nak lap muka je . Sebab aku tahu diorang asyik tengok peluh yang ada dekat muka aku ni bila berbual . Memang rasa tak selesa langsung la wei.
Sebelum ni aku tak taulah yang masalah ni sebenarnya penyakit . Aku start tahu bila aku nak search kat internet tentang cara nak kurangkan perpeluhan di tangan . Dari situlah aku tahu , ramai sebenarnya yang mempunyai masalah yang sama. Memang banyak cara2 nak kurangkan/hilangkan masalah perpeluhan ni . Tapi yang menarik perhatian aku ialah Pembedahan ETS . 99% boleh hilangkan peluh berlebihan di tangan .
Tapi tapi tapi , dengan guna kaedah ini ada kesan sampingan jugak iaitu masalah perpeluhan ini pindah ke kawasan lain badan iaitu di peha dan belakang badan. So , insyaAllah aku akan fikir masak2 lepas SPM ni sama ada nak buat pembedahan ini atau tak .
Kepada anda semua yang tak rasa apa yang kami rasa janganlah terkejut dan geli nak bersalaman dengan kami yang menghidap penyakit ni. Penyakit ni tak berjangkit ya. Janganlah kau kata dia pengotor , tak jaga kebersihan diri and bla bla bla. Semoga sesiapa yang menghidap penyakit ini , boleh cepat sembuh dan menjadi insan yang sama dengan orang yang normal . Terima Kasih wahai Readers. Jika ada sesiapa yang tahu cara nak rawat masalah ini bolehlah dikongsikan bersama.
-Jaja
– #Jaja
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit