Semenjak Itu

Aku Suri. Umur aku 32 tahun. Aku seorang ibu dan isteri. Aku nak cerita pasal situasi and pengalaman aku sejak jadi ibu dan isteri dalam satu masa yang bersamaan. Aku ni ada 5 beradik and aku yang bongsu. Atas aku ada kak long, abang ngah, kak Rara (bukan nama sebenar ya). 

Jujur aku cakap, dari kecik aku ni bukan jenis anak yang ada peluang pihat mak or ayah 24 jam depan mata sebab mak ayah aku dua-dua bekerja.

Dari kecik lagi aku dah diajar cara untuk berdikari dan dari kecik lagi aku ni taklah dimanjakan sangat ya. Masa aku kecik, aku ni dijaga oleh abang and kakak-kakak aku yang masa tu umur diorang pun budak-budak jugak. 

Menurut kak long, and abang ngah aku, masa diorang kecik-kecik pun diorang dijaga oleh pengasuh dan bukan mak or ayah dan dari kecik lagi kami adik beradik yang perempuan ni selalulah dengar nasihat dari mak yang berbunyi macam ni,

“Belajar lah tinggi-tinggi, kerjalah bangus-bangus walau dah khawin nanti, jangan jadi suri rumah. Suri rumah banyak orang pandang hina sebab diorang bergantung pada duit lelaki. Kalau lelaki yang baik okay lagi lah sebab dia tahu tanggungjawab. Kalau dapat yang kurang baik? Alamat meranalah kau kalau tak bekerja and harap duit dia”. 

Lebih kurang macam tu lah and banyak lagi lah mak and ayah cakap about suri rumah ni. Sejujurnya ia ibarat menjatuhkan perspektif kami ni berkait suri rumah.

Walaupun dalam islam, isteri digalakkan untuk jadi suri rumah sebab tugas mencari nafkah jatuh pada si suami, tapi kat dunia ni mostly suri rumah tak ada something yang special pun. Bila adik beradik semua dah besar, maka nampaklah apa yang mak cakap tu dalam realiti dan bukan hanya omong kosong. 

Kak long aku lepas kahwin jadi suri rumah sedangkan dia ada phD. Alasan dipilih jadi suri rumah is sebabkan dia anak ramai and anak dia ada yang special needs. Kalau bagi pengasuh jaga alamat lah menakutkan sedangkan dia yang ibu budak-budak tu semua pun hari-hari hampir burnout nak jaga anak dengan ragam yang tersendiri.

Tapi… Kak long beruntung sikit lah dari kakak ipar aku (kak Ngah). Kak long gaji suami dia 5-7 ribu sebulan. Anak sulung and anak kedua dia, dia hantar kat play school and tadika swasta yang memang top class. Masa dia just banyak jaga anak yang bongsu iaitu anak yang ada special needs jer (down syndrome).

Namun, dia pun alami masalah sebab ada mak mertua yang tak sebulu yang fikiran dia lebih kurang mak aku, sentiasa nak downgradekan suri rumah. 

Abang Ngah aku pulak, dia kerja biasa-biasa and belajar takat sijil jer. Dalam adik beradik kami, dia selalu dipandang rendah oleh Ayah. Yelah dia anak laki satu-satunya, masa Ayah suruh dia sambung belajar macam adik beradik lain dia tak nak.

Then masa dia decide untuk khawin dengan Kak Ngah, ayah macam risau sangat sebab takut dia tak mampu nak tanggung keluarga kecik dia nanti.

Kak Ngah aku lepasan universiti tempatan, belajar sampai Master tapi decide untuk jadi suri rumah sebab dia bunting pelamin, and anak dia sekarang memang susah nak hantar ke pengasuh sebab anak dia jenis yang hyperactive tu.

Dia bukan tak try hantar anak ke pengasuh and bekerja, tapi tu lah… tak sampai seminggu pengasuh dah tak nak jaga anak dia and memaksa dia yang baru kerja tu berhenti. Last-last laki bini decide jaga anak sendiri.

Kak Ngah ni macam Kak Long, tak sebulu dengan mak sebab masing-masing pilih jadi suri rumah. Tapi, kesian more kat Kak Ngah lah sebab abang aku gaji cukup-cukup makan, pastu dia selalu kena bahas dengan mak and family besar aku sebab jadi suri rumah padahal ada Master. 

Dulu pun aku ada isu dengan Kak Ngah ni sebab adalah satu hari tu, abang aku nak pinjam duit dari aku untuk beli keperluan anak dia sebabkan abang aku gaji lambat, then masa tu aku memang tertanya-tanya lah kenapalah Kak Ngah tak kerja kalau dah tahu suami dia financial macam mana. Takkan lah dia nak biarkan abang aku tu tanggung everything sorang-sorang.

Itu semua dulu lah, sekarang lain. Kak Ngah dia dah ada business sendiri and dialah asbab abang aku berani berhenti kerja and join business yang dia usahakan sampai abang aku dari tak ada apa-apa boleh beli kereta, lori, and van untuk company kecik dia. 

Kak Rara pulak dia macam mak. Ibu bekerjaya. Suami dia pulak gaji masyuk. Mak mertua pulak memang sempoi. Adalah gaduh-gaduh manja tapi taklah teruk sangat. Kak Rara ni one of orang yang mak dan ayah akan banggakan tau and dia ibarat level yang membezakan Kak Long, Kak Ngah and dia. Dia mak orang, dia bekerja, dia ada anak and anak dia bijak. Kira sempurnalah. 

Aku pulak… Hmm antara adik beradik akulah yang khawin agak lambat and lambat dikurniakan zuriat. Lepas khawin aku bekerja, dan bila aku dengar luahan dari Kak Long or Kak Ngah about jadi suri rumah ni, adalah benda yang aku akna bahaskan, mungkin sebab midset aku dah terbiasa dengan ideologi mak yang merendahkan suri rumah. Tapi…. 

Bila aku diuji dengan 2 kali keguguran akibat stress bekerja, then aku decide untuk berhenti kerja masa pregnant kali ketiga sebab nak make sure baby sihat apa semua, aku diuji dengan benda yang sama lepas tu. Lepas berpantang 3 bulan aku decide bekerja. Anak aku letak kat pengasuh, tapi sehari jer mampu.

Hari pertama kat rumah pengasuh anak aku kena dera, habis berlebam peha dia. Pastu aku stress sebab tak tahu nak letak anak aku kat mana but masa tu mak aku sendiri tawarkan untuk jaga.

Aku pun okay jer lah, tak sampai sebulan, mak aku sayuk suruh balik tengok anak sedangkan jarak rumah mak ke rumah aku jer jauh , aku duduk Kelantan, Mak ayah pulak duduk Selangor.

Nak ulang alik, boleh jer tapi budget lah lari nanti. Suami aku pulak kerja sendiri, ada bengkel tapi bab duit ni berkira jugak.

Mak mertua aku ni pulak berlawanan dengan mak, dia lagi suka kalau menantu dia suri rumah sebab bagi dia tempat terbaik seorang isteri is dekat rumah and mak mertua ni manjakan aku jugaklah. If suami aku berkira bab duit even depan dia, cepat-cepat dia backup aku. 

Sooo sekarang…. Aku tak tahulah apa yang aku harus buat. Mak nak aku jadi ibu bekerjaya. Mak mertua nak aku jadi suri rumah. Suami aku pulak jenis berkira. Anak aku pulak jenis sikit-sikit nangis. Hmmm… 

– Suri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *