Assalamualaikum wbt. Saya Lia, seorang berjawatan pegawai. Tunang saya kerani di tempat saya bekerja. Kami kenal pun melalui kawan-kawan ketika jogging tahun 2022.
Kami baru je bertunang tahun ni dan akan melangsungkan perkahwinan dalam tahun ni juga. Persiapan pun boleh dikatakan 60% siap.
Saya bukan nak bercerita mengenai sekufu ke apa. Tapi berkenaan tunang saya yang merupakan anak mak.
No, saya tak menafikan tanggungjawab dia pada mak dia. Tapi kadang-kadang saya rasa terpinggir bila dia melebihkan family dia daripada saya. Macam dalam hal nak urus pasal perkahwinan.
Saya pernah menyatakan betapa susah saya nak minta tolong dia disebabkan kerja dia pada weekdays and weekend; masa dia bersama family.
Saya rasa saya kerap bergaduh dengan dia pasal benda yang sama. Sebab saya selalu mengemis masa dan perhatian dia.
Saya tak nafikan family bonding mereka sangat kuat. Saya tak halang tapi ada masa saya perlukan dia untuk urusan perkahwinan. Saya rasa macam saya second option selalunya.
Saya faham sekarang saya bukan isteri dia lagi. Saya tak boleh nak demand masa dia sebab dia bukan suami saya. Saya tak berani nak cakap lebih dan at last saya merajuk je yang saya pun tak dapat apa-apa.
Baru-baru ni kami bergaduh lagi berkenaan nak tempah kad kahwin. Saya ajak dia pergi tempah bersama and dia ada hal; nak pergi jalan-jalan dengan family dia.
Sebelum ni memang saya ada mengatakan saya nak order online je, tapi nak survey jugak kalau ada kedai murah.
Bila saya ajak dia pergi kedai sana and bising-bising sebab dia takleh pergi, dia suruh saya order online je and kenapa suddenly nak tempah kedai pulak seperti mana yang dia nak buat.
Saya terasa hati sangat. Serius saya sedih. Saya selalu rasa saya bukan priority dia tapi saya bukan isteri dia lagi kan. Saya tak tahu nak rasa macam mana. Saya sendiri konfius.
Saya ada cakap pasal dia yang menyakitkan hati dia.. Yang saya ni macam selalu mengemis masa dia, susah saya nak jadikan dia sandaran saya. Saya tak nak berdikari.
Sebagai anak sulung, saya dah penat berdikari. Saya pun nak ada orang yang saya boleh bergantung harap.
Tapi takpelah, saya ni belum jadi isteri dia lagi kan? Salah ke ye kalau saya risaukan benda-benda macam ni.
Tunang saya ni anak bongsu dan abang-abang and kakak semua dah kahwin. So dia banyak bantu mak ayah dia. Mak ayah dia ada menyuruh tunang saya tinggal bersama selepas berkahwin.
Tapi saya dah ada rumah sendiri yang bakal boleh duduk selepas raya. Dalam 5km je daripada rumah parents dia. Tak jauh pun.
Saya nampak mak ayah dia tak nak lepaskan dia selepas berkahwin walaupun kakak dia duduk bersama mak ayah dia jugak.
Saya nak duduk rumah sendiri setelah berkahwin. Jahat ke kalau saya berkeras.
Serius, saya risau kalau lepas kahwin nanti saya macam mana. Saya tak nak nanti bakal suami saya tersepit antara family dia dengan isteri sendiri. Saya tak nak. Tapi saya takut.
Saya terfikir adakah jodoh kami ni tak panjang? Saya yang overthinking kot. Pengalaman orang sekeliling saya membuat saya risau.
Minta pandangan semua and maaf kalau confession saya ni merepek je. Terima kasih semua.
– Lia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Mungkin ini dugaan bertunang utk sis,sy harap sis bertahan ye.. semoga dipermudahkan segalanya
Dah nampak red flag sis.
Buatlah solat istikharah minta petunjuk samada dia adalah pilihan tepat utk u.
Kalau dh rasa bunga2 negatif, batalkan saja persiapan pertunangan tu. Lebih baik mencegah dari merawat sbb bila dh kahwin nnti, andaikan sikap anak emak dia berterusan, anda akan menderita.
Fikir guna akal yg sihat sis. Jgn ignore any sign
Nampak cam tak sesuai sebab satu tempat kerja. Gi la cari yang betul syg . Kalau belum lahwin camni… nanti pas kawin layan tak layan ja.
dr pgalaman, duk dekat pon ada masalah jgk. dr gaya macm peel sama dgn suami sya. sumpah byk mkan hati. better fikir balik. dah masuk alam perkahwinan ssh nk patah balik dah. lagi2 ank bongsu plak tuu. tolong lah pikir masak2 ye
Dik…nasihat akak x pyh la kawin ngan dia…sebelym kawin pn dh buat perangai…apa tah lg bila adik dh kawin ngan dia
Wei open your eyes. Its clear as day, he’s not the one. You nk bukti apa lg. Ini lah silap perempuan selalu fikir yg pasangan akan berubah selepas bertunang, selepas kawin, selepas dapat anak, bla bla, bla. Dream on girl, ini tak akan terjadi. Sorry to say. Inilah diri dia yg sebenar. He will always be macam ni selagi mak dia hidup. Tak kan nk tunggu mak dia mati, entah kan awak mati dulu. Tunang jer kot, it’s not too late. Don’t be sorry later lepas you dah terjerat dlm rumahtangga yg tak bahagia. Nampak sangat ibunya controlling. Cari orang lain and don’t look back. Banyak sangat luahan di sini yg hampir sama dengan awak, jadikan panduan untuk buat pilihan. Jgn menyesal pula nnti. Masa tu semua dah jadi lagi rumit. Saya doakan you kuat untuk move on dan dipertemukan dng jodoh yg jauuuuuh lebih baik. Just be brave dan sayangi diri sendiri dulu
Redflag dan ada. Percayalah perangainya yg lebih mengutamakan keluarganya tak akan berubah. Buka minda awak. Dah byk kes berlaku anak lelaki masih berkepit bwh ketiak mak walau dah berkahwin. Silap2 awak yg banyak keluarkn perbelanjaan rumah nanti. Kalau awak tetap nak teruskan awak kena tegas. Buat perjanjian bertulis syarat yg perlu dipersetujui bersama seperti nafkah wajib iaitu perbelanjaan dapur, bil2 dan perbelanjaan untuk anak. Duduk di rumah awak dan tidak duduk dgn mertua sebab rumah mertua tu dah sesak dan tgjwb suami pastikan isteri suka duduk di rumah sendiri. Rujuk ceramah ustaz azhar idrus. Tapi kalau dia menolak syarat2 ini, kalau sayalah dia bukan calon suami yg baik. Semoga awak dapat jodoh suami yg bertanggungjwb dan tahu tugas suami sebagai ketua rumahtangga.
dia boleh berubah lepas kawin. percayalah.