Sementara Masih Ada Ruang Kesabaran Dalam Diri

Nak dibandingkan cerita kesabaran aku, mungkin ada yang lebih bersabar bertahun lamanya dari kisah aku.

Aku luahkan disini bukan untuk berlumba siapa yang paling bersabar, cuma tiada telinga yang boleh mendengar apa yang aku pendam.

Lagipun aku pembaca tegar IIUM Confession ni. Setakat ni, aku dah baca beberapa kisah yang sebijik atau hampir macam cerita aku.

Aku seorang online seller merangkap housewife lah. Sesiapa yang ada business sendiri mesti tahu journey berbisnes online ni macam mana.

Kerja yang tiada pilihan hari untuk cuti melainkan bisnes ko stabil. Setiap hari kena fikir macam mana nak tarik pelanggan, pergi pos, cod barang, live tiktok. Kena fikir untuk create content lagi.

Kerja rumah pun semua aku buat. Lipat kain, laundry, cuci pinggan, pergi supermarket dan lain-lain lah.

Alhamdulillah aku dikurniakan suami yang baik. Tak panas baran. Nafkah pun cukup. Cuma biasa lah, kadang-kadang terpaksa ikat perut pada sesetengah keadaan tu biasa lah.

Jodoh kami, kami tinggal di negeri yang sama seperti ibu bapa kami.

Jarak rumah parents aku dan suami aku dalam 15KM sahaja. Manakala jarak rumah kami dengan kedua-dua ibu bapa kami lebih kurang 40KM.

Sebelum kahwin, aku rasa seronok bertemu jodoh dengan senegeri. Tak perlu pening nak fikir balik raya menghadap kesesakan jalan raya.

5 hari sebelum raya suami dibenarkan BDR. Alhamdulillah boss suami baik dan memahami.

Kami bercadang untuk bermalam 2 hari di rumah parents aku dan 3 hari puasa terakhir berserta 2 hari raya di rumah in law aku.

Raya ketiga sehingga raya keenam di rumah parents aku. Raya ketujuh sehingga raya kesembilan di rumah in law aku. Suami aku dapat cuti seminggu semasa raya sehingga Hari Buruh.

Pada puasa terakhir, selepas solat subuh, memang aku terus kebawah untuk menyiapkan peralatan memasak juadah Raya. Tanpa banyak soal, aku terus memulakan sesi memasak untuk 5 juadah raya.

Abang ipar dan biras aku ada juga membantu. Tapi on off sebab kena jaga anak kecil. Suami aku pun ada turun padang membantu memotong bawang dsb.

3 orang adik ipar aku membuta sampai ke tengah hari. Break untuk solat jumaat dan sambung dalam pukul 3 petang. Tu pun masih tak nampak bayang.

Adik perempuan suami aku tu duduk berdekatan rumah in law aku. Tapi bila dah nak habis semua baru tunjuk muka.

Lagipun waktu tu memang semua dah start cuti raya. Dia datang just kemas peralatan memasak je la.

Periuk belanga tu semua end up aku juga basuh sebab mata aku tak boleh nak tengok persekitaran bersepah dengan kuali yang “nanti nak basuh” tu.

Bila turn beraya di rumah parents aku, semestinya aku akan turun padang membantu mak ayah aku menyediakan juadah open house. Sama juga.

Aku turun padang selepas solat subuh sehinggalah dalam 10 pagi macam tu menyiapkan juadah untuk open house.

Rumah parents aku, aku tak kisah sangat. Memang tanggungjawab kita sebagai anak. Aku pun takde nak harapkan husband aku dan kakak ipar aku untuk terlalu involve dalam preparation.

Bukan nak puji, aku memang in love sangat dengan ayah aku. Ayah aku memang ringan tulang. Lagipun ayah aku memang suka memasak.

Adik beradik aku yang lain pun tak perlu nak ketuk baru jalan. Masing-masing tahu tugas sendiri.

Apa yang aku nak tekankan ialah bukan semasa hari raya sahaja. Balik weekends pun, aku dan biras aku yang lebih banyak menghabiskan masa membantu untuk memasak. Masak paling kurang 3 jenis lauk. Masak lebih kurang 10 orang dewasa dalam rumah.

Biras aku pulak on off ke dapur sebab ada anak kecil. Aku yang takde anak lagi ni la yang jadi mangsa dari awal sampai akhir. Cuci pinggan pun aku. Tu pun sebab aku sakit mata tengok pinggan mangkuk berlonggok dalam singki sampai malam.

Suami aku pula anak yang ‘terlalu’ taat kepada orang tuanya. Sekurang-kurangnya 2-3 kali sebulan akan balik kampung. Dengan rutin harian aku di rumah sendiri pun dah penat terkejar-kejar.

Tambah pula nak berkhidmat pada cuti minggu di rumah mertua. Kadang-kadang tu, penat aku tak habis lagi, tahu tahu dah hari Isnin. Pernah sekali jari jemari aku menggeletar tak tahu sebab apa.

Dah la kena bertudung sentiasa bila di rumah mertua. Lepas tu kena sentiasa involve berbual di ruang tamu. Walaupun takde apa nak sembang, kami menantu perempuan ni dikira wajib lah turun ke ruang tamu untuk tunjuk muka.

Nak lepak dekat dalam bilik pun akan disoal kenapa asyik duduk dalam bilik. Belum lagi dipaksa menziarahi saudara mara yang terdekat.

Untuk pengetahuan pembaca, rumah adik beradik mertua aku semua berdekatan je. Bila aku dan suami balik kampung, aku terpaksa mengikut menziarahi ke rumah adik beradik mertua aku.

Bukannya sekejap. Kadang-kadang tu mau sampai 2 jam duduk di rumah orang. Tu pun baru sebuah rumah. Aku memang takde pilihan.

Suami aku pula, semuanya on. Tak pernah sekali pun tanya aku sama ada aku nak ikut atau tak.

Rutin sebegini berterusan bertahun-tahun. Aku dah cuba luahkan kepada suami aku sekali lagi baru-baru ni. Kami bergaduh sampai sehari juga la tak bercakap. Ini bukan kali pertama aku meluahkan. Tetapi kali ketiga. Dan semuanya disalah anggap.

Suami aku berfikiran yang aku benci mak ayah dia kerana merungut kena tolong buat kerja di rumah mak ayahnya. Aku tak benci mertua aku. Aku tak benci mertua aku. AKu tak benci mertua aku.

Aku takde siapa nak luahkan sebab suami aku sendiri pun tak faham aku. Sebab tu aku rasa nak menaip disini je..

Aku berharap aku dapat hidup seperti manusia biasa. Hidup dengan berbekalkan pilihan. Aku tak nak tolong di dapur? Jangan persoalkan.

Aku nak berehat di bilik? Jangan persoalkan apa aku buat sama juga seperti mana mertua aku tak pernah persoalkan kenapa anak-anak mereka tak membantu mereka, tetapi sibuk memerhati tingkah laku menantu perempuan.

Aku sejenis tak boleh kawal ekspresi muka. Kalau marah, memang nampak.

Pernah sekali sewaktu di rumah kakak ayah mertua aku, suami aku ajak balik ke rumah sebab dia tak larat. Dia nak berehat di rumah. Cuaca pun panas semacam masa tu. Suami aku mengajak aku balik rumah.

Mertua aku naik kereta berasingan dengan aku. Tak tahu kenapa, bapak mertua aku terus cakap “Mila tinggal la dekat sini, biar Syam (suami aku) je yang balik rumah.”

Mak ngah (kakak bapak mertua) aku mencelah, “Pergi la ikut Syam balik rumah, boleh rehat-rehat” Bapak mertua aku mencelah lagi, “Apa yang nak rehatnya tu. Bukannya dah tua. Muda lagi dah nak rehat-rehat”.

Aku terdiam. Tapi beranikan diri juga la bersuara yang aku nak ikut suami aku balik ke rumah.

Aku mengharapkan suami aku faham apa yang aku rasa. Aku mengharapkan suami aku boleh backup aku pada waktu sebegini. Bukan hanya diam membisu, biarkan mak ayah dia sesuka hati nak judge aku terutamanya depan orang lain.

Semasa bergaduh mulut dengan suami aku, suami aku ada juga bercakap yang dia pun ada ‘bekerja’ di rumah parents aku.

Nak tahu apa jawapannya? Pergi ikut kami satu family sarapan di luar. Adakah itu satu kerja seperti apa yang aku buat di rumah ibu bapanya?

Kalau itu pun suami aku dah anggap dengan bersarapan bersama satu family aku sesuatu yang membebankan (bukan dia kena belanja pun), bagaimana aku nak terangkan rutin aku di rumah ibu bapanya? Sebab he will never understand.

Aku in love dengan bapak aku sebab bapak aku suka bagi mak aku berehat. Sebab tu almost setiap pagi mereka akan bersarapan di luar.

Lunch pun kebanyakkannya bapa aku yang tolong masak. Kadang-kadang mak aku. Aku berharap satu hari nanti suami aku terbuka hati untuk tak meneruskan legasi keluarganya yang terlalu traditional dan memenatkan.

Sementara masih ada ruang kesabaran dalam diri, aku cuba bertahan. Takut satu hari nanti bila aku meletup, aku dianggap kurang ajar…

– Karmila (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *