Assalamualaikum, nama aku L. By the time aku submit cerita ni aku dah 2 tahun lebih tinggalkan tempat aku belajar kat Perlis tu.
First kejadian adalah masa aku semester 1, aku tak ingat masa tu awal sem ke tengah sem or akhir sem. Tapi, ada satu kejadian yang terjadi masa tu yang aku tak lupa sampai hari ni. Benda ni terjadi straight after aku selesai solat subuh. Kebiasaanya time weekend, semua roommates aku (ada 3 orang tak termasuk aku) akan tidur balik memandangkan tak ada kelas. Aku pulak terasa rajin pagi tu so lepas aku solat subuh aku terus capai kitab suci Al-Quran then baca macam biasa. Sampai muka surat yang ketiga, tiba-tiba aku dapat rasa macam aku tangan aku yang pegang lidi tu macam tersentap kebelakang macam ada sesuatu yang tarik tangan aku kebelakang. Tapi after that aku buat bodoh and keep baca Quran tu. Tak lama lepastu kedua-dua belah tangan aku terasa macam ditarik kebelakang.
Mula-mula tak berapa kuat tapi lama-lama sekali dengan badan aku tergerak kebelakang. Masa tu pun aku dah terasa lemah and terus menangis sampaikan roommate aku si Ra tu terjaga. Dia pun terus turun dari katil tu and datang kat aku and tanya aku kenapa apa semua. Aku pun cerita kat dia apa jadi kat aku sambil nangis teresak-esak. Btw itu first time aku kena kacau dengan benda yang tak nampak so memang takut gila masa tu. Then si Ra ni pun tenangkan aku, peluk aku apa semua lepastu ajak aku tidur dengan dia. Aku pun terus je la tidur sekali dengan telekung tadi.
Okay next kejadian is masa aku sem 3. Yang ni terjadi masa aku jogging sorang-sorang. Sesiapa yang study kat sini tahulah yang dalam tempat belajar ni ada satu bukit kat area belakang asrama perempuan. Bukit ni agak famous jugaklah sebab memang ramai kata bukit tu keras sampaikan lect pun ada yang pesan kalau boleh jangan naik atas bukit tu. Nak dijadikan cerita hari kejadian tu aku teringin nak jog sampai ke atas bukit tu so aku pun teruskan jelaa jog sampai kat atas bukit tu.
Masa naik bukit tu alhamdulillah memang takde masalah langsung. Tapi…… by the time aku nak turun dari bukit tu aku macam terasa macam terlanggar ‘seseorang’. Rasa dia macam kau terlanggar bahu dengan orang yang selisih dengan kau. Haaa macam tu laa rasanya. Lepastu aku pergi toleh kebelakang pula and masa aku toleh kebelakang tu aku rasa macam kena tolak. Kena tolak kuat sampai jatuh. Nasib baik aku tak sampai golek-golek kebawah bukit tu. Alhamdulillah kalau tak mesti aku kena tahan wad berbulan. Haha. Lepastu aku pun terus je berlari turun dari bukit tu and malam tu aku demam seram-seram sejuk. Lepas dari kena tu aku memang tak jejak dah bukit tu melainkan ada kawan-kawan yang teman…
Okay next! Ini kejadian yang terakhir terjadi pada aku kat Perlis ni. Jadi masa aku semester 5. Masa aku semester 5, aku dapat bilik berdua. Roommate aku student semester akhir, semester 6. Sebelum tu aku nak cerita yang masa sem ni, aku dapat bilik dekat dengan bilik ‘seram’ sebab bilik hujung depan toilet tu pernah terjadi insiden student perempuan india bunuh diri. Okay yang itu kita letak tepi sebab aku tak kena kacau kat bilik tu pun. Hehe. Roommate aku masa tu nama P, budak pandai.
Budak tiap sem akj (anugerah ketua jabatan). Dia ni memang suka tinggal aku sorang kat bilik sebab dia suka pergi bilik member-member dia yang lain. Ada satu malam ni, aku tak berapa sihat masa tu. Aku sebenarnya memang selalu tak sihat sebab aku kerap pitam/pengsan sebab masalah darah. So malam tu pun aku tak berapa perasan roommate aku ada kat bilik ke tak. Aku terjaga dari tidur dalam kira-kira pukul 3-4 pagi macam tu lah. Aku tengok roommate aku ni masih belum tidur. So aku tanyalah dia kenapa tak tidur lagi apa semua. Sebab aku pelik jugak, roommate aku ni dia jenis tidur awal. Dalam pukul 10-11 camtu dia mesti dah tidur.
Aku sebenarnya tak ingat pun apa aku borak dengan dia. Lepastu aku cakap kat dia aku nak pergi toilet sekejap (yup toilet depan bilik student india tu). Aku memang bukan jenis minta orang teman pergi toilet, tak kira laa malam ke siang ke. So aku pun pergi toilet tu. Then bila habis je urusan aku kat toilet tu aku pun masuklah bilik aku balik. TAPI!!!! Haaaa, roommate aku tu, dia tak ada kat bilik. Huhuhu. Aku pun tengok sekeliling bilik aku tu. Lepastu aku baru teringat yang roommate aku si P tu dia dah seminggu lebih keluar dari bilik tu and pindah bilik member dia.
Oooo jamm! Aku pun dah start berpeluh-peluh, seram sejuk, rasa nak pitam apa semua. Aku cepat-cepat pergi ketuk pintu bilik jiran (nasib baik ada sorang jiran bilik tu aku memanh rapat). Dia bukak je pintu bilik dia tu aku terus peluk dia nangis-nangis cerita apa yang jadi kat aku. Sumpah seram. Esoknya, aku decide yang aku nak menumpang bilik member aku tu sampai aku betul-betul tenang. Dalam 3-4 hari je aku tidur bilik dia. Lepas aku rasa dah okay aku tidur balik bilik aku macam biasa. Alhamdulillah takde lagi gangguan selepas dari tu.
So itulah dia kejadian-kejadian yang agak seram bagi aku sepanjang aku 3 tahun belajar kat Perlis tu. Sebenarnya banyak lagi benda jadi tapi semua yang lain tu macam benda kecik ke so aku pun takde terkesan sangat. Aku harap cara penulisan aku ni tak memeningkan dan senang untuk difahami. Di kesempatan ini aku nak ucapkan berbanyak terima kasih pada kawan aku si Ra ni yang ada masa aku kena kacau dengan benda yang tak nampak tu. Sebab kejadian masa sem 1 tu yang paling banyak bagi impak dalam hidup aku. Terima kasih Ra sebab tenangkan aku and sanggup tidur sebelah aku sejak benda tu jadi. Sekian…
– L
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit