Assalamualaikum wbt. Aku pejuang kehidupan, sudah berkeluarga. Sedikit tentang diriku.
Tujuan aku menulis adalah sekadar nak meluah kecewa tanpa rasa malu sebab kalian kan tak kenal aku. Sekurangnya rasa sebal dan hampa dalam diri ni tak membunuh jiwa aku untuk terus bertahan. Terima kasih kalau sudi baca.
Biasalah sosial media, penuh dengan pelbagai isu. paling terkesan sekarang isu banjir yang melibatkan kemusnahan harta, nyawa dan emosi.
Alhamdulillah rezeki kami, kawasan tempat tinggalku tak terjejas, tapi kawasan sekitar dan kawasan kampungku teruk musnahnya. Macam macam perasaan bercampur baur tiap kali skroll fesbuk nampak kisah banjir ni.
Hatiku sama remuk tiap kali tengok mangsa banjir dengan situasi harta yang total lost, hilang keluarga, terpisah dengan pasangan/ ahli keluarga, binatang yang bergelimpangan dan pemandangan alam yang berantakan.
Tapi part yang paing sedih sekali adalah diriku. Aku ikut menangis sebab aku tak berdaya.
Takde apa aku boleh tolong, hatta keluargaku yang jadi mangsa walaupun tak teruk mana pun aku tak dapat nak jenguk, apatah lagi menolong.
Sebab pergerakanku terbatas atas faktor kecergasan, maka suamiku juga tak dapat keluar membantu sahabat dan keluarga kerana perlu membantu aku dirumah menjaga anak anak dan urusan rumah.
Selain daripada itu, kami sama menangis tiap kali curhat, sebab punca pendapatan kami dah lama terjejas sejak pkp, dengan banjir ni bertambah la hampir zero income.
Pendapatan harian yang dulu boleh cover banyak bende, sekarang ibarat terkais kais.
Yelah keje sendiri, risiko tanggung sendiri la kan. Time ada boleh la senyum anak2, time takde termenung pulun cari jalan nak tambah pendapatan lagi.
Hati ni sedih gila, nak sangat pergi menolong keluarga la terutamanya, tapi sayang seribu kali sayang, minyak kenderaan pun takde.
Kalau nak ziarah mangsa pun mesti la kene bawa buah tangan, modal nak beli barang apa pun takde.
Terasa tak berguna langsung, makan pun korek duit syiling beli bahan asas alas perut, anak anak cemana gaya pun kene makan ye dak.
Mujur la ada jugak menabung duit syiling, lega la kejap. Segan juga bayar guna duit syiling, tapi boleh la daripada takde kan. Yang penting halal.
Aku hanya mampu doa je bersungguh sungguh semoga semua mangsa yang terkesan dengan bencana banjir ni dipermudahkan urusan, dikuatkan hati menghadapi ujian, dilimpahkan rezeki kemudiannya dan ditingkatkan keimanan.
Aku faham perasaan korang yang tak berdaya, tak tahu mana nak mula, nak move on dari segala kemusnahan, nak bangkit meneruskan hidup, nak senyum dengan perut lapar. Terus kuat ye semua.
Aku pun tengah menguatkan hati meneruskan hidup juga menanti apa rezeki kami esok hari… Untuk kelangsungan hidup.
Hanya mampu teruskan usaha dengan pekerjaan yang macam macam, semoga ada hasil yang boleh buat perut berhenti berbunyi dan kepala berhenti berpusing.
Doakan kami kuat ye. Semoga ada sinar terang untuk hari esok dan seterusnya.
– Pejuang (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit