As salam, ni pertama kali aku confess kat sini. Maaf aku tak reti nak mengarang, jadi aku straight the point jelah, hehe.
Sebenarnya aku dah lama nak berhijrah. Hijrah yang aku maksudkan ni adalah berniqab/berpurdah. Dan aku telah pun berniqab sekarang.
Sambil sambil tu aku baru nak belajar ilmu agama. Ni lebih kepada aku nak cerita apa yang aku lalui sekarang ni tau. Sorry kalau agak serabut sikit cerita aku.
Ok sambung ye. Selepas aku berniqab sekarang ni baru aku nampak bertapa jahil nye aku. Kalau korang nak tahu aku ni antara manusia yang paling malas nak bangun pagi.
Aku rasa sekarang ni cara aku nak berubah adalah dengan cara berniqab. Faham tak maksud aku?
Yelah bila aku keluar dengan pakaian yang menutup aurat + berniqab mesti lah orang fikir kita ni alim kan.
Dari start hari aku berniqab tu baru aku mula nak ambil tahu ilmu2 agama. Sebenarnya solat subuh aku masih tunggang langgang lagi. Malu nye lah aku dengan Allah.
Bila aku berniqab ni automatik aku nak cari semua tentang agama. Aku berniqab kerana Allah taala. Korang jangan salah faham pula. Nak ikut cara pakaian sunnah.
Jadi dari sini aku belajar nak hidup cara2 Rasulullah s.a.w. Actually aku baru ambil tahu sikit sikit. Banyak dah aku tinggal kan hidup cara rasulullah rupanya. Sedihnya aku.
Sekarang pun aku baru nak mulakan balik hidup pegang dan baca al-quran.
Dalam aku tengah cerita ni pun sebenarnya aku masih banyak lagi lalai. Masih lagi malas malas nak belajar. Tapi masih gigih lagi nak belajar.
Kalau korang nak tahu sekarang aku macam tiba tiba semangat nak buat amalan zikir, sembahyang sunat.
Bila aku period tak sabar sabar nak tunggu habis period sebab nak buat amalan2 ni semua.
Aku tulis dan cerita kat sini bukan apa. Aku cuma nak mintak korang doakan aku saja untuk kuat dan terus istiqamah.
Lagi circle aku bukan ada orang yang berniqab pun. Tu aku risau aku macam sorang2 saja. Tapi aku ada juga lah join group2 kt fb dan kelas2 dari ustzah di telegram.
Jadi kalau ada geng2 niqab yang sudi nak berkawan dengan aku tu boleh lah komen atau share group2 yang sepatut nye aku boleh join circle berniqab ni supaya aku terus semangat. Dan terus belajar.
Yang penting aku sangat dahagakan doa korang semua. Terima kasih yang sudi doakan aku. Semoga amalan kita diterima Allah.
– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit