Semoga Bertemu Di Syurga

Tak tahu nak mula dari mana. Keliru semua ada. Aku yang kolot atau kawan aku yang bebas?

Aku dengan kawan rapat aku sangat berbeza dari segi character. Dia hidup sedikit bebas, ramai kawan lelaki berbanding dengan aku yang takde kawan.

Kawan perempuan kurang, kawan lelaki apatah lagi memang takde.

Sejak kawan aku ni kenal aku, dia slow down sikit perangai “nakal” dia. Maybe masa tu dia ada problem dengan family. Keluar rumah family dia, duduk sekali sewa rumah dengan aku.

So apa yang aku tegur kadang-kadang masuk otak dia walaupun tak buat semua. Lebih kurang tujuh tahun jadi housemate. Sampai la satu masa…

Allah rezekikan dia beli rumah baru, ada kereta baru. Dia pun pindah dan aku hidup sendiri. Dari sini dah start nampak perubahan yang agak ketara. Dulu pun ade buat jugak tapi sekarang lagi ligat.

Aku pening pasal apa, dia punya zaman wechat macam style “look around” tu masih ada dalam hidup dia walaupun sekarang dah umur 30 lebih. Cuma dia tukar version, cari kawan lelaki kat telegram atau fb.

Dia punya mudah mesra dengan lelaki baru kenal online sangat merisaukan aku. Dah kenal terus keluar. Pergi mana semua aku tak tahu. Sebab kalau tanya dia bentak cakap aku control hidup dia.

Setiap tahun bersilih ganti tak kisah duda, single atau suami orang. Bila aku tegur dia cakap kawan je dan tak buat apa2.

Ada sekali pernah dapat call dari isteri orang yang tengah pregnant mintak jangan message husband dia. Aku frust gila time ni (masa dia buat perangai ni dia duduk lagi dengan aku).

Lepas tu kelam kabut tanya aku nak buat macam mana lepas bini dia cakap nak fail kes kat mahkamah sebab ganggu rumah tangga orang.

Kawan aku ni, rezeki dia sangat murah. Dari segi kewangan semua stable. Kalau keluar, dia mostly yang akan belanja lelaki. So kawan mana yang tak risau takut dia dipergunakan.

Bila aku tegur dia cakap aku suka bersangka buruk kat orang. Sampai la satu tahap aku dah malas nak ambik tahu. Hidup sendiri2 je. Aku ingat dah duduk asing kan, so dah takde benda yang aku kena ambil tahu.

Tiba2 Allah nak uji.. Aku tak tau nak uji aku sebagai kawan ke atau uji hidup dia.

Ada satu hari dia tak sihat sangat, doc klinik suruh follow up kat hospital. Dia kena salah satu penyakit kritikal. Umur tak sampai 40 lagi tapi dah dapat penyakit orang tua.

Masa ni dia dah slow down sikit perangai yang bukan-bukan tu. Aku pulak jenis cepat kesian. Jaga la dia kat rumah dia, ulang alik pergi kerja dari sana walaupun jauh sikit jarak.

Ada masa dia tak sihat, 5 pagi bawak dia pergi klinik. Teman dia kat hospital masa kena tahan wad. Ulang alik dari hospital ke tempat kerja tanpa jemu. Sebab aku fikir takde sapa nak jaga dia walaupun mak / family dia sendiri.

Kadang2 teman pergi follow up jugak. Sampai doc ada cakap kat dia mana nak cari kawan macam aku ni sekarang.

Tapi aku tolong dia ikhlas tak harap balasan. Dengan harapan dia berubah.. Aku selalu ulang2 cakap kat dia.. Allah sayang dia lagi, Allah bagi peluang.. Sebab tu dia kena sakit ni. Berubah la walaupun sikit.. Dia macam biasa, takde respond..

Dalam 4 bulan macam tu, lepas doc dah adjust dos ubat semua.. Macam dah sihat sikit tapi still under pemantauan.. Dia buat hal balik.. Keluar dengan orang mana ntah hasil “look around” jugak. 3 4 pagi tak balik rumah lagi.

Tak tau dia keluar pergi mana tidur mana. Kalau tanya kang, dia cakap aku control dia. Dia kata kawan je. Tu je la ayat dia ulang2..

Last aku dah give up, aku pulang kunci rumah dia semua, balik duduk rumah aku balik.. Sebab aku ni sejenis overthinking. Benda ni kacau emosi aku kalau dia balik rumah lambat.

Bila aku try protect dia, dia cakap aku kawal hidup dia, aku fikir mengarut-ngarut.. Kita ni sebagai kawan taknak lah nanti keluar cerita pelik2 kat surat khabar. Tahu2 eh kawan aku?

Actually benda ni jadi berulang2 selama tujuh tahun ok. Cuma level dia buat hal tu berbeza-beza. Kalau ikutkan yang dapat penyakit tu sepatutnya aku la kan sebab dia banyak buat “suprise”. Ni dah terbalik.

Yang aku tak faham tu, dia tak nak berubah takpe lah. Tu urusan dia dengan tuhan. Yang pelik nye aku lah. Setia ada dengan dia masa susah. Lepas dia senang aku kena tinggal sorang-sorang balik. Berulang la benda tu sampai makan tahun.

So yang bodoh nye aku la kan sebab stay. Hahahaha. Maybe sebab takde kawan lain dan maybe aku fikir masih ada “good side” dalam diri dia walaupun sikit.

Sekarang ni aku tengah dalam fasa tak nak ambik tahu pasal hidup dia.

Tolong doakan aku dapat hidup macam biasa walaupun hidup sendiri. Tolong doakan aku kuat jugak sebab aku mudah kesian kat orang.. Aku doakan dia berubah jugak.. Semoga aku dapat jumpa dia kat syurga nanti..

– sahabatmu susah senang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *