Berat tajuk tu, tapi tu la kerisauan aku tiap-tiap hari. Dalam doa lepas solat, aku doa kat Dia, semoga gaji aku ni berkat. Umur aku 27, kerja kat ibu kota sebagai designer. Berlatarbelakangkan aliran sains, study pun engineering, tapi aturan Allah, siapa yang tahu.
Alhamdulilah aku dah 4 tahun kerja sebagai social media designer, dgn 3 company berlainan. Ha kat sini la kisah aku bermula.
3 company yang aku pernah kerja, ada 1 persamaannya iaitu, COMPANY MELAYU YANG JUAL PRODUK KECANTIKAN & KESIHATAN. Back in 2015, Lepas 2 minggu grad, aku dapat kerja dengan 1 company yang kalau aku sebut ni, majoriti mesti kenal. Tak kenal founder dia pun, mesti kenal produk dia.
Kat situ aku belajar dengan intense-nya, create marketing material yang sedap mata memandang. Sampai la lepas setahun aku kerja, aku terjumpa satu page FB KY, page yang kira kontroversial la untuk founder2 produk timbang kilo, produk kurus, teh detox rendang detox semua mak nenek produk-produk gitu, si KY ni dedahkan.
Masa tu, slow-slow aku macam tersedar dari mimpi. Betul ke apa aku buat selama ni? Design material untuk produk-produk yang overclaim, sampai aku siap belikan untuk mak aku 1 produk dari company tu.
Ada sekali tu, abang aku balik kampung, mengamuk dia tengok produk tu ada kat dalam peti ais. Even dah 4 tahun kejadian tu, tapi sampai sekarang dia ungkit lagi yang aku pernah belikan produk bukan-bukan kat mak aku. Produk tu mahal weh.
Masa aku beli tu, rasa macam berbakti sangat dah kat orang tua aku. Bila aku kenang-kenang balik, ya Allah syukur sangat tak jadi apa-apa kat mak aku sebabkan produk overclaim ni.
Lama-lama, rasa serba salah tu makin menebal. Tengok page KY, pastu Dr Rafidah pun share pasal testimoni muka hancur orang yang pakai produk timbang kilo, pastu kes-kes buah pinggang rosak sebab ubat kurus n putih ni.
Dalam hati aku meronta-ronta tak nak dah buat design ni, tapi aku tak cukup kuat nak berhenti kerja masa tu, sebab aku bukan asal orang senang.. tempat aku duduk tu pun bukan banyak peluang kerja. Jadi dengan hati yang tak rela, aku terus kerja untuk cari duit. Tapi duit gaji aku dulu, senang gila habis. Nak menyimpan pun, tinggal sekupang dua je hujung-hujung bulan.
Aku pernah dengar ceramah, pasal keberkatan gaji ni. Hatta dapat bulan segunung emas pun memang takkan cukup. Fake testimony memang wujud weh.. hmm hati-hati beli skincare online ni. Aku sekarang trauma tengok testimoni kulit licin-licin tu, why? Sebab aku pun pernah produce gambar yang sama.
Start masa ni, aku dah buat part time job design lain. Sama ada melalui kenalan, ataupun aku direct approach je kat socmed. Kalau ada akak baker,yang jual tanjak, yang jual kasut, cafe2 yang ada ig fb tu, or founder tudung ke yang terasa bila baca ni, ha aku la tu yang pernah pm/emel korang untuk offer buatkan design.
Upah aku amik, murah gila macam tak masuk akal, tapi sebabkan nak survive, aku buat gak. Client lari tak bayar? Alhamdulillah memang ada, haha.
Lepas tu, aku dapat kerja tempat lain. Company OEM, buatkan produk untuk founder. Dorang pun ada company sendiri. Ha elok la, dulu kerja dengan founder. Pastu pindah, kerja pulak untuk company pemburu founder. Sini ada lab yang ada certified chemist, ada GMP, MESTI cop pun ada. Lain sangat berbanding previous company.
Tapi malangnya, marketing strategy dia sangat tak jujur. Bos arahkan semua pekerja (production line, admin, semua dept ye) untuk buat fake fb account. Gambar profile pun rembat orang random punya tapi mostly gambar orang perempuan.
Bos aku pun ada banyak fake acc, siap ada 1 acc tu menyamar jadi ustaz lagi. Okay tiap hari kena share post pasal produk sendiri, boost kat group2. Pastu komen masing-masing punya status, meriahkan wall masing-masing mcm dorang ni fb yang real, sedangkan semua tu terancang.
Duduk dalam company yang sama, berbalas komen di fb tapi bergelak-gelak kat dunia realiti bila ada stranger yang join komen sebab tertipu dengan senario tu. Berselindung di balik fake fb acc, untuk hype produk sendiri. Kerja kat situ very demanding, mentally & physically. Takpela ni cite lain.
Tak lama kat situ, aku pun beralih ke company lain, which is my current company. Ada jus kesihatan, sabun kurus, same old, same old. Tapi, bos aku kali ni, islamik sikit. Testimoni pun dia tak bagi orang fake kan, gambar testimoni pun kena tutup aurat.
Siapa testimoni yang berjaya, dia bagi reward sejumlah wang yang besar gak. Err jap, aku bukan nak promote company ni sebenarnya. Isu aku sekarang ni, keberkatan gaji. Aku pernah cuba meniaga sendiri, tak jadi, makin rugi. Berniaga kat bazar pernah, jual kerepek cheese buat sendiri pernah. Jual yang tak balik modal pun.. Akhirnya aku banyak bagi orang je..
Portfolio aku sekarang, alhamdulillah laku bila aku hantar job application kat company2 produk. Tak laku bila apply kat company luar bidang.. End up aku kerja gak company2 camni.. Tapi sampai bila?
Macamane kalau ada sedara mara yang beli jus kesihatan hasil tengok design aku yang ejen pakai untuk cari buyer tu? Pesakit buah pinggang kronik, mangsa yang dah beli pil kurus hasil tengok testimoni yang aku pernah buat, kat mana nak mintak maaf?
Mungkin sebab sumber gaji ni la, aku hadapi kesusahan dalam dunia aku sendiri. Tidur malam tak tenang, nak beli kereta tak pernah lepas. Migrain yang makin kerap attack, mungkin sebab overthinking. Migrain sampai muntah-muntah, mampu baring je sampai migrain hilang sendiri.
Pengalaman kena tipu lepas design siap tu memang dah berkali, tapi this is my passion now. Orang lain ada lagi susah. Syukur banyak skill aku dapat, dari buat video, packaging design, 3d mockup, produce poster or any marketing material, semua ilmu tu alhamdulillah aku dapat.
Baru-baru ni ada founder, tawarkan aku buat kelas design untuk anak dia, and also dia bagi facility kalau nak open kursus design kat orang awam jugak, tanpa kenakan apa-apa bayaran pun untuk pakai semua tu. Mungkin ni 1 petanda untuk buka buku baru.
Harap korang boleh doakan supaya boleh escape dari sini. Aku sekarang aktif cari job design freelance, tambah variasi untuk portfolio sendiri, so I can earn serious income. 2020, aku yakin dan berdoa, supaya ada rezeki aku.
Thanks sudi baca sampai sini and Happy New Year!
– Nita Mahmud (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit