Assalamualaikum kepada semua pembaca IIUM confession. Terima kasih kerana sudi menyiarkan kisah saya ini. Mungkin boleh berkongsi rasa pada yang pernah melalui pengalaman seperti saya. Jadi terluah sedikit perasaan dan bebanan di bahu saya ini di tempat yang betul.
Kisah mertua ini dah terlalu cliche atau common dikalangan masyarakat hari ini. Ada saja halnya. Menurut kawan saya yang juga peguam shariah, statistik perceraian kerana mertua dan ipar ini antata kes yang dicatat tinggi. Sebelum kahwin saya fikir oh mungkin menantu tu salah. Cari pasal. Tetapi selepas saya sendiri melaluinya seriously sangat tertekan. Ibu bapa mertua saya suka masuk campur didalam urusan rumah tangga saya sehingga kerap kami bergaduh suami isteri kerana ibu bapanya. Bukan setakat mertua tetapi ipar perempuan saya pun sama.
Kadangkala saya kasihan lihat suami asyik kena provoke. Untuk pengetahuan, suami saya seorang yang bagi saya teramat baik. Dia bertanggungjawab pada saya dan keluarga dia sendiri tapi family mertua saya ni ada je yang tidak kena.
Rupanya cara itu hanya kerana takut suami saya lebih pada saya. Jadi mereka psiko awal2 dulu. Saya pernah kena torture dengan mertua saya dihadapan suami. Macam2 mereka kata pada saya seolah selama ini saya jahat dan halang suami dari buat kebaikan pada family dia. Sedangkan saya tidak pernah berniat langsung. Mereka kerap bersangka buruk pada saya. Ibu mertua saya pernah cakap pada saya tolong ingat syurga suami pada mama. Jangan lupa bagi duit kat mama setiap bulan. Saya macam blur. Yes ofcourse saya tak nafikan tempat ibu teramat istimewa. Jadi saya senyum sahaja.
Pernah mertua saya sound saya dihadapan saudara mara suami dan saya ‘terjawab’ sebab rasa malu dan kesabaran pun ada batasnya. Bukan jawab dengan kurang ajar pun. Secara berhemah u olls. Sebelum ini saya senyum lepas itu nangis sendiri. Lama2 gila saya dibuatnya. Disebabkan benda tu, mertua call suami nangis2 serious macam drama seolah saya halau dia keluar dari rumah pula. Tak cukup dengan itu, kakak suami pun masuk campur dan beri rasa bersalah pada suami konon nya derhaka pada ibu. Akhirnyaa malam itu suami saya mengamuk teruk. Saya terkejut lihat dia menjerit. Ketika itu saya baru keluar dari bilik air check pregnancy. Yang lebih sedih saya sedang tunggu esok pagi untuk dapatkan pengesahan klinik dan sekaligus memberi perkhabaran gembira pada dia! Namun segalanya musnah. Suami yang saya kenal seorang yang sabar, taat agama seperti orang hilang akal. Dia menolak saya sehingga saya terhantuk di dinding dan terjatuh. Saya speechless dan menjerit kesakitan tetapi tidak diendahkan suami. Esok pagi saya terus ke hospital dan disahkan saya keguguran. Seperti batu menghempap kepala saya, saya teramat sedih. Belum sempat saya memberi berita gembira pada suami. Sepatutnya pagi itu hari yang sangat bermakna pada kami kerana telah bertahun menunggu zuriat.
Saya memang rasa teramat marah pada ibu mertua saya. Saya whatsapp dan ceritakan condition saya. Saya merayu pada mama tolonglah jangan berdrama pada suami lagi. Cukuplah benda kecil sahaja janganlah diperbesarkan. Tiada reply dari dia. Tidak mengapa yang penting dia tahu condition saya. Rupanya saya salah sama sekali! Malam itu dia call suami saya dan masih mengungkit perkara itu. Dia masih harap suami marahkan saya. Allahuakbar sampai begitu sekali sedangkan dia tahu saya sedang kesakitan kerana keguguran, kesedihan emosi lagi. Nasib baik tak meroyan saya. Sudahlah saya rahsiakan dari family saya sebab taknak mereka tahu. Saya seolah hilang arah kepada siapa harus saya luahkan. Betapa tak berperi kemanusiaan langsung mertua saya.
Baru ini saya ada pulang ke rumah mertua. Seperti biasa saya kena torture. Seolah saya menghasut suami saya untuk tinggalkan adik beradik dia. Saya tak tahu ipar yang mana buat cerita. Sedangkan suami saya tak pernah putus hubungan dengan mereka walaupun pelbagai tuduhan dilemparkan pada saya. Mengalir air mata ketika dikatakan macam2. Suami disebelah hanya berdiam diri tanpa mempertahankan saya dan hanya kata tiada salah pun papa mama kata begitu walau saya tahu dia terpaksa kata begitu kerana dia tersepit. Bukan mudah antara keluarga dan isteri. Saya tidak pernah mahu bermusuhan begini. Saya hormat dan layan mereka dengan baik. Saya bukan hamba mereka nak kena please setiap masa.
Oh, suami saya pernah berkahwin sebelum ini dan punca perceraian kerana family suami. Dulu mertua dan ipar sering burukkan bekas isteri suami. Saya percaya sahaja. Lepas berkahwin baru saya tahu puncanya dari siapa. Saya hanya fikir saya ada suami yang baik dan tak berbaloi saya bercerai hanya kerana mereka.
Kepada yang bergelar mertua dan ipar diluar sana, ingatlah wanita itu juga ada ibubapa yang dijaga dengan penuh kasih sayang. Apa perasaan kita jika anak kita dilayan begitu oleh orang lain? Sedih bukan? Terimalah kekurangan menantu itu. Selagi tiada batas agama dan syarak dilanggar, terima sahaja kebaikannya yang lain. Anda pun tidak sempurna dan banyak kekurangan. Kita hamba yang hina, turunkan ego. Berdosa besar meruntuhkan rumah tangga anak sendiri. Ini adalah ujian dan dugaan untuk saya. Saya sedang cuba untuk redha dengan perkara ini. Moga ditingkatkan tahap kesabaran saya.
– Cik Rose
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit