Semoga Pengakhiran Mereka Husnul Khatimah II

Untuk part I, (https://iiumc.com/semoga-pengakhiran-mereka-husnul-khatimah/).

Sambungan cerita yang aku tulis bertajuk Semoga Pengakhiran Mereka Husnul Khatimah. Aku baca komen semuanya.

Tolong baca confession ini dengan berlapang dada. Ada beberapa orang yang katakan aku anak tidak kenang budi. Judge ayah dan menerakakan ayah sendiri selepas kesenangan yg ayah berikan. Tak kurang juga ada yang skeptikal dengan suami aku.

Berdosa ke aku cuma inginkan pengakhiran yang baik untuk ayahku? Salah ke aku nak bertemu dengan keluarga aku, ibu ayahku di syurga nanti? Salah ke aku tidak mahu buku amalan ayahku dicampak Allah di akhirat nanti hanya kerana tidak solat?

Di setiap ceramah ustaz di mana mana medium pun, menekankan pentingnya solat, solat itu perkara pertama yang dihisab di akhirat nanti. Segala kebaikan yang lain tak dikira kalau tidak solat. Salah ke aku?

Kenapa aku tidak kenang budi? Budi dan baiknya ayah yang besarkan aku hingga ke universiti yang aku balas dengan mendoakan syurga tertinggi untuknya, dan tidak lagi lalai dgn dunia.

Aku tak pernah menafikan setiap kebaikan ayah terhadap aku, tak pernah aku menafikan sama sekali. Dan salah ke aku pilih lelaki B40? Kenapa darjat ni menjadi isu?

Tak patut ke aku memilih seorang lelaki qawwam menjadi suami aku dan ayah kepada anak anak aku walaupun dia cuma kasta B40? Sebegitu pentingkah harta jika dibandingkan dengan lelaki qawwam di akhir zaman ni?

Aku tak bercerita tentang suami aku sebab luahan aku bukan fokus pada suami aku. Tapi disebabkan beberapa komen cakap suami aku ‘sesuatu’, maka di sini aku ceritakan.

Disebabkan peribadi dia yang baik, background keluarganya datang dari keluarga hebat, orang-orang alim, dan dihormati, ibu ayah terus setuju jadikan dia menantu sedangkan 2-3 orang lelaki yang aku pernah kenalkan pada mereka, mereka tak terima, direject mentah mentah.

Aku pernah kenalkan pada ibu ayah, lelaki yang sekufu dengan keluarga kami, tapi mereka tolak tak pernah suka.

Kenapa aku tak pilih lelaki beragama yang sama status aku? Jawapannya ada pada Allah, Dia Maha Mengetahui soal jodoh. Hanya Allah yang Mengetahui kenapa aku tak dipertemukan dengan lelaki beragama dengan status sama aku.

Suami aku lelaki yang gigih berusaha, 3 pekerjaan dia buat selepas aku tidak bekerja untuk sara keluarga kecil kami tanpa mengeluh dan tak pernah kami harapkan duit ibu ayah.

Cuma belum sampai masa lagi untuk suamiku jadi lelaki T20, macam yang ruangan komen kisahkan. Aku ada anak. Aku terpaksa berhenti kerja disebabkan anak aku hampir meninggal dunia ketika fasa newborn yang perlukan perhatian 100%. Tak perlu aku cerita detailnya akan jadi lebih panjang.

Suami aku tiada kaitan dengan pilihan aku, ini pilihan aku sendiri sebagai seorang ibu yang mahu utamakan anak daripada career yang dibina. Ibu ayah aku tahu kenapa aku decide untuk berhenti kerja dan mereka setuju dengan pilihan aku. Cukup jawab persoalan. Setakat itu tentang aku.

Soal ibu ayah, ada yang kata aku perlu ajak mereka untuk buat kebaikan. Pernah setiap kali keluar bersama dgn mereka, masuk waktu solat aku minta mereka singgah ke masjid. Tapi mereka menunggu di dalam kereta, hanya aku yang turun solat. Berkali kali kejadian ni berlaku.

Aku juga pernah cadangkan ibu ayah belajar mengaji dengan suami aku, tapi mereka tolak. Mereka kata tidak perlu. Sedangkan aku tahu ayah tidak boleh mengaji.

Aku pernah ajak ibu ke masjid semasa bulan Ramadhan untuk solat terawih tapi ibu menolak dengan alasan tidak wajib. Aku sedar usaha aku belum cukup, maka aku usaha pula dengan doa dan tahajjud. Aku cuma anak yang mahukan pengakhiran yang baik untuk ibu ayahnya. Adakah itu perbuatan yang salah?

Jujur aku sedikit emosi semasa menulis posting sebelum ini kerana aku sayangkan ayah. Aku mahukan pengakhiran yang baik untuknya. Melihat perubahan ibu, aku sangat sangat bersyukur dan masih mengharapkan perubahan dari ayah.

Tapi posting tersebut hanya menampakkan aku cuma anak tak kenang budi. Aku tak pernah rasa amal ibadah aku lebih baik dari sesiapa. Tak pernah rasa aku hebat. Aku cuma mahu mereka berubah sebab mati tidak kenal usia. Belum tentu esok masih hidup.

Sebagai anak, cuma itu yang aku takutkan. Bukan aku judge amalan ibu ayahku. Hanya aku yang kenal mereka. Mungkin pada mata org, confession aku cuma mengata ayah. Maaf.

Doakan ayah ibuku. Aku sayang mereka.

– M (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *