Semoga Pengamal Sihir Itu Dapat Balasan Setimpal dan Bertaubat

Assalamualaikum semua. Saya berbesar hati sekiranya disiarkan.

Begini, saya telah kahwin 2 tahun dan belum ada anak. Kami bukan muda dah. Saya 36 tahun, suami 38 tahun. Saya dan suami pjj. Kami penjawat awam.

Masa nikah dengan dia, semua dia dah sediakan. Kelengkapan rumah serba serbi ada. Saya cuci kaki saja masuk. Cuma ada satu masalah. Saya taktau macam mana nak cerita lanjut.

Tapi masih tertanya. Suami saya metroseksual atau homoseksual? Berdosa ka kalau terlintas di hati soalan macam tu?

Suami saya tak pernah culas nafkah. Setiap bulan mesti bagi. Saya nak bercuti mana pun semua dia bawa. Sebab dah boleh merentas. Apa saya nak dia belikan.  Setiap kali giliran saya balik ke rumah dia, mesti dia cuti dan masak sedap2 kat saya. Bermacam menu atas meja.

Dan bila saya balik sana tugas saya hanya basuh baju. Tu pun guna mesin la. Zaman moden kan. Dryer pun dia ada sediakan. Saya lipat saja dan ironkan kat dia. Keja rumah lain semua dia buat. Sapu, mop, kemas rumah. Dapur dia memang tiptop.

Saya begitu hati hati. Saya kasar sikit. Kalau masak tu air suka mercik kat lantai. Sinki basah. Macam saya cakap tadi, kat sana saya lipat baju saja. Suami saya memang suka tidur luar atas lantai depan tv. Sebab dulu slip disk doktor sarankan tidur atas lantai.

Bila saya balik, baru dia tidur dalam bilik. Dunia dia di ruang tamu saja. Padahal ada 4 bilik lengkap katil. Dia memang pandai bergaya. Tinggi macam tiang letrik.

Kalau nak p mana mana, saya memang kena tunggu dia bersiap. Rambut dia mesti dihias rapi. Dengan gel ke menda ntah dan spray rambut.

Minyak wangi sentiasa yang original beratus harga. Tak merokok dan suami saya pakai foundation, concelear, lip balm. Kuku dia pun cantik. Berkilat saja kalah saya.

Saya memang jenis simple, tak bergaya sangat, janji kemas , bersih, wangi.. Takdanya nak mekap. Suami saya sentiasa wangi walaupun kat rumah.

Tak penah nampak serebeh la kat rumah pun walaupun tshirt dan kain pelekat. Tak penah la dia tak pakai baju. Sentiasa lengkap. Kalau di luar rumah, persis model. Masalahnya yang buat saya fikir bukan bukan kat dia, sebab dia belum ready nak ada hubungan intim.

2 tahun kawin saya masih perawan. Sekadar ringan ringan saja. Saya biasa bincang dan nangis dan naik suara juga. Dia kata belum ready. Saya nangis sungguh2 dan macam benda saya bebel. Dia terus peluk saya. Dia kata dia tak nak saya tanggung sakit dan susah seorang diri.

Tunggu duduk sebumbung dulu. Nanti kalau saya sakit atau nak check up bulanan, dia ada. Dan dia kata nak habiskan phd dia dulu. Lepastu baru tumpukan pembangunan keluarga. Pendapat kalian macam mana? Betul ka dia kata tu? Berdosa ka saya kalau masih duk meragui dia?

Ya, saya sangat berdosa kerana buat anggapan begitu dan komen dari para netizen di page itu kebanyakan negatif (kata gay). Dan terima kasih yang berikan komen positif (suami bertanggungjawab, dan kategori Over Maskulin).

Selepas daripada itu, saya ambil keputusan untuk ceritakan segalanya kepada ibu dan ibu mertua saya. Mereka sebenarnya telah lama syak ada sesuatu yang berlaku dalam rumahtangga kami. Sebab asyik panas saja.

Baik kejap lepastu dingin, dan ada saja isu kami walaupun remeh. Cumanya tidak tahu bagaimana untuk bertanya. Tujuan saya beritahu mereka adalah untuk dapatkan bantuan. Saya telah cuba selesaikan berdua (suami isteri) tapi tak berjaya.

Kesimpulannya, ibu mertua saya telah berjumpa dengan Ustaz dan menceritakan masalah ini. Ustaz ada bagi beberapa ayat al quran untuk diamalkan dan niat apa yang kita hajati. Masa tu Ustaz belum bagitahu terperinci. Cuma suruh kami amalkan sahaja.

Setelah beberapa lama kemudian, ustaz nyatakan untuk bawa suami kepadanya. Baru lah ustaz jelaskan, sebenarnya sudah lama suami ada gangguan. Rambut sama hitam, hati lain lain. Cuma Ustaz tidak dedahkan siapa. Ustaz hanya nyatakan kita usaha ubati suami kamu, fokus untuk pulih.

Ustaz kata amalkan surah2 yang diberi dan amalan lain seperti solat hajat (hajat besar) jangan putus asa. Setiap ujian ada hikmah dan setiap ujian tu tanda Allah sayang.

Sehingga kini, suami masih dalam rawatan. Saya sejujurnya sangat geram kepada orang yang hantar sihir itu. Semoga kau sempat bertaubat.

Saya rasa amat bersyukur mempunyai ibu yang sangat memahami, banyak nasihat, beri semangat untuk saya positif. Dan saya bersyukur dapat ibu mertua yang menyayangi saya seperti anak sendiri, memahami masalah saya, tidak berkira dengan saya dan boleh jadi geng.

Akhir sekali, saya amat rasa bersalah syak wasangka kepada suami saya. Rupanya, itu bukanlah kehendaknya ( bukan diri dia sebenarnya). Semoga rumahtangga kami berkekalan hingga ke akhir hayat dan sembuh dengan izin Allah.

Kami hanya berikhtiar tanpa jemu. Selain itu, saya tengah berusaha untuk minta bertukar walaupun banyak kali gagal. Kerja kerajaan sangat susah untuk bertukar terutama bidang saya.

Saya ada juga minta kerja lain jawatan Gred 41 di badan berkanun yang berdekatan dengan rumah suami saya. Saya rela berkorban gred 44 dan seniority sekarang demi rumahtangga.

Saya juga kini sedang usaha untuk aktif balik seperti zaman bujang (tinggi 169 cm , berat 70kg), aktif berenang, aktif gym, bersolek, jaga permakanan serta akan cuba untuk mengurat suami tanpa rasa malu dah.

Dulu ada la malu malu sikit. Saya akan cuba apa saja demi mempertahankan rumahtangga saya. Kita wanita jangan biarkan orang lain bersorak kemenangan atas perbuatan jijik mereka untuk meruntuhkan rumahtangga yang dibina.

– Wanita yang diuji (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *