Assalamualaikum semua. Sekejap je kan bulan Ramadhan akan meninggalkan kita. Lagi beberapa hari kita akan menyambut Syawal.
Semoga kita diberi peluang untuk berada dalam bulan Ramadhan sehingga ke penghujungnya, dan bertemu dengan Ramadhan yang akan datang. Semoga juga raya tahun ini lebih indah. Itu lah sebahagian dari doa saya malam ni.
Saya pernah menghantar confession sebelum ni. Admin tak perlulah link kan dengan confession saya yang sebelum ni (saya pun tak ingat email mana saya guna untuk confession raya tahun lepas), biarlah hal yang lepas tu berlalu.
Kepada mana-mana pembaca yang dapat agak tu, mohon doakan lah yang baik-baik.
Sepanjang ramadhan ni, mertua saya rajin call suami saya (saya ni menantu). Mertua bergantung harapan sepenuhnya pada anak lelaki yang sorang ni untuk bantu-bantu uruskan hal rumah.
Saya pulak tak berkesempatan nak ikut balik sekali ke rumah mertua setiap hujung minggu ramadhan ni sebab saya ambil tempahan kuih raya.
Hari biasa saya bekerja jadi hujung minggu saya pulun siapkan tempahan. Tapi dapatlah raikan berbuka puasa awal ramadhan bersama mertua sebelum saya mula buka tempahan kuih raya.
Hampir setiap minggu mertua tanya dekat suami saya tu boleh tak balik kampung. Suami saya pun jadi serba salah sebab belum ada turn nak berbuka dengan keluarga saya dihujung minggu.
Tapi saya okay je sebab kami sekali sekala dah berbuka dengan keluarga saya pada hari kerja kerana office dekat dengan rumah keluarga saya.
Cuma kalau buka hujung minggu tu dapatlah nak masak-masak yang best sikit untuk berbuka kalau ramai di rumah.
Saya biarkan suami balik kampung, rumah mertua tapi saya akan mintak maaf awal-awal pada suami sebab saya tak dapat ikut. Suami pun izinkan saya buat duit tepi sikit sempena raya ni. Alhamdulillah ada rezeki.
Saya pun fikir masak-masak tak kan saya nak tunggu raya baru saya nak balik kampung sana kan. So saya decide hujung minggu ni siapkan order sabtu ni jugak & gerak balik ke sana malam selepas isyak. Insyaallah.
Dapatlah berbuka lagi sebelum minggu depan balik untuk beraya. Ini jadi rutin saya memang raya pertama mesti akan ada di rumah mertua.
Cuma tahun ni, suami macam nak buat kelainan sikit. Nak rai raya pertama tu belah siang di rumah keluarga saya dan balik ke kampung sebelah petang.
Kami rancang nak masak rendang siap-siap dari rumah sini sahaja, tak perlulah mertua saya masak. Tapi dengan cara mertua berharap sangat dapat masak lauk yang lain, saya dan suami buat keputusan malam raya asing rumah dulu.
Suami di rumah mertua dan saya di rumah saya. Ini kerana mak mertua saya mintak saya masak lauk untuk raya, tapi lauk tu saya perlu masak lebih untuk keluarga saya juga. Sekali masak, senang.
Jadi saya pilih untuk berada di rumah saya, lebih selesa saya nak memasak tanpa memakai tudung.
Selepas siap masak, dah bersalam raya dgn ibu bapa saya barulah saya akan pulang ke sana bersama lauk tu nanti. Lewat sikitlah dapat claim duit raya dari suami hihihi.
Harapan saya, raya tahun ni lebih indah dari yang lepas. Semoga ibu mertua saya gembira dan suka dengan masakan saya.
Ini lauk yang sama saya bawa waktu berbuka haritu, mak mertua dah request awal untuk raya! Semoga anak-anak mertua saya dapatlah bersama-sama raikan raya.
Biarlah raya mengejut atau pun tidak, harap mereka dapatlah luangkan masa lebih awal. Sebab kami suami isteri cuba sehabis baik untuk senangkan hati dua belah pihak. Berkorban masa kami untuk sediakan apa yang patut, apa yang kami terdaya.
Sampai sekarang saya sentiasa fikir, tergamak ipar lain biar ibu mereka berpenat lelah bersiap untuk sahur & berbuka tapi mereka makan sedap-sedap dekat luar. Tanpa sekalipun balik menjenguk jika ada kelapangan.
Suami saya pun rasa serba salah tak dapat nak pagi raya di rumah sini sebab dia terpaksa balik kampung untuk bantu. Ipar lain tak boleh diharap.
Mertua tu bukan tanggungjawab penuh saya sebagai menantu, tapi saya perlu hormat sama macam ibu bapa saya dan saya perlu relakan suami saya sentiasa ulang alik untuk ziarah kerana itu tanggungjawab dia.
Semoga raya tahun ni mereka tu sedarlah sikit. Baju raya yang mahal tu tak ada makna, duit raya berkepok pun tak ada guna kalau hanya balik sebagai tetamu raya.
– – (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit