Semoga Su4mi Aku Pun Jadi Su4mi Per3mpuan Lain

Hi semua. Aku terbaca confession Si Oyen yang berdikari, (https://iiumc.com/aku-doakan-l4ki-aku-jumpa-per3mpuan-lain/).

Kisah aku pun lebih kurang dengan cerita Si Oyen ni.. Hari2 aku doakan semoga suami aku menjadi suami kepada perempuan lain.

Dari awal kahwin, segala mak nenek dalam rumah aku beli dengan titik peluh aku sendiri. Barang dalam rumah yang dia beli hanyalah peti ais semata2.. yang lain2 memang aku la usahakan.

Suami aku kerja, bukan tak kerja. Beza gaji antara aku dengan suami aku ni tak banyak. Lebih kurang 2k gitu.

Tapi disebabkan aku yang banyak kene tanggung, baki gaji aku lebih kurang sama dengan gaji dia untuk dia buat belanja diri sendiri. Ada lah dia bagi duit untuk anak2.

Bila aku minta lebih dia kata aku tak bersyukur. Katanya, kalau aku kahwin dengan orang lain belum tentu dapat duit amaun tu. Annoying kan ayat dia.

Dari awal kahwin sampai dah berbelas-belas tahun perkahwinan ni, baik dari mula2 tinggal di rumah sewa pastu rumah sendiri. Aku la yang menanggung.

Korang nak kata aku bodoh, katalah. Memang bodoh pun. Belajar je la pandai. Tapi kene bodohkan dek suami sendiri.

Suami aku dikira golongan bijak la pandai auta bab duit ni. Kalau aku tak bayar sewa rumah, siapa nak bayar.. takkan aku nk kene bergaduh dengan tuan rumah.

Then bila aku beli rumah, dia kata rumah tu nama aku. So, aku la kene bayar. Bil letrik ke api air pun sama. Sebab nama aku. So aku la yang bayar… hahahaha..

Tapi, kalau bab mak bapak atau adik beradik. Dia anak soleh wei.. Dia sanggup penuhi segala permintaan mak bapak dan adik beradik dia.

Sebab tu la duit tu dia kedekut dengan aku sebab dia nak bagi kepada syurga dia. Syurga di telapak kaki ibu. Anak lelaki kene bertanggungjawab pada adik beradik.

Kalau adik beradik tak tolong adik beradik, siapa lagi nak tolong. KATANYA. Manusia putar alam macam ni la. Sama la dengan mak ayah dan adik beradik dia.

Aku kan kerja. Buat apa nak bagi duit. Anak2 tu tanggungjawab aku. Sebab duit tak habis kat anak2 nak habis kat siapa. Kata diorang la.

Pendek kata diorang ni 1 keluarga putar alam.

Banyak perkara diorang ni pergunakan aku. Kadang2 tak minta izin pun. Tengok2 dah guna. Pada family dia, harta aku adalah harta anak dia. Tengkorak Hang!

Kenapa aku tak bercerai? Sebab anak aku sayang gila dengan bapak diorang. Anak tido pun dengan bapak dia.

Dari 1 sudut, dia bapak yang baik bab melayan anak dan kasih sayang. Tapi setakat itu je la. Bab duit2, baju dan keperluan fisiologi anak2 memang aku la kene menanggung banyak. Dia topup2 je.

Kadang2 aku fikir, siapa yang suami siapa isteri ni. Bab masalah2 lain, banyak isu dan masalah aku kene selesaikan sendiri.

Anak sakit, rumah rosak, aku yang kene cari tukang repair. Anak sakit aku la bawa ke hospital urus segala. Ada la dia datang sebagai pelawat. Hahahaha.

Pendek kata, banyak perkara aku memang berdikari dan terlebih berdikari.

Aku ada masalah kewangan aku la kene selesaikan sendiri. Nak minta pinjam duit dia, mengalahkan along. Kalau dia minta dan2 tu juga ko kene bayar.

Tapi kalau dia terguna duit aku, dia buat2 lupa buat bodo macam takde apa2.

Tapi kalau mak bapak atau adik beradik dia nak pinjam duit, pukul 2.00pm call kata nak pinjam. Tak sampai 1 minit dah transfer. Punya sayang gila kat syurga2 dia.

Dia kata mak bapak dan adik beradik dia adalah ladang pahala. Jadi dia kene la berbakti dan berbuat baik. Kalau dia beli buah2 kat anak2 dia akan beli buah2 reject dan dah buruk kat pasaraya. Katanya murah dan jimat.

Kalau nak beli buah kat mak ayah dan adik beradik dia akan pilih yang elok2 katanya nak bagi orang kene yang elok. Bijak tak?

Hari2 aku doakan Allah ni buka kan jalan penyelesaian supaya di bercinta dengan perempuan lain, curang senang aku nak minta cerai. Jadi anak2 tak ada la salahkan aku bila bercerai.

Ini anak2 kamcing dengan bapak tengok tv sama2 tiba2 mak nak minta cerai.

Takkan aku nak cerita kat anak2 rumah, baju, dan segala keperluan diorang aku yang tanggung. Aku nak kene juga jaga air muka bapak dengan anak2.

Hmmmmmmmm… entahla labu.. Hidup ini 1 perjuangan.

– Selumbar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *