Saya sebenarnya pembaca setia IIUM Confession ni. Pelbagai kisah yang menyedihkan, luahan sebagai seorang isteri, seorang anak, dan ada juga kisah suami…
Saya andaikan ia sebagai luahan terpendam kisah benar, rentetan kisah hidup yang tidak tahu bagaimana solusi untuk diselesaikan… dan tidak mahu juga diketahui diri siapa penulisnya yang sebenar.
Saya terinspirasi kisah Azhar ke tu, (https://iiumc.com/semoga-isteriku-berubah/) yang isterinya tidak solat ketika keluar ke mall, balik kampung, atau kalau berjalan-jalan, cuti dan lain-lain…
Kisah saya pula di sebalik itu… Alhamdulillah saya diasuh oleh orang tua saya yang tidak berpendidikan tinggi, kerja sebagai petani, ibu yang buta huruf, tapi mereka keduanya sangat mementingkan hubungan dengan Allah, adab dan pendidikan.
Kata mereka, tiada harta yang kami boleh wariskan kecuali memberi kamu pendidikan. Soal perbelanjaan, kami tanggung…
Suami juga begitu, dari keluarga yang susah juga… Anak lelaki semua berpendidikan, dan semua kerja government, manakala perempuan pula tidak berpendidikan dan tidak bekerja, semua suri rumah.
Merekalah yang bantu jaga anak-anak kami semasa bekerja bagi anak ke-2 dan ke-3. Bongsu saya hantar taska, ekoran banyak beban yang dijaga ipar-ipar.
Berbalik kepada cerita… Suami saya solat 5 waktu semasa berada di rumah… Tapi bila ada gathering bersama keluarga, atau jalan-jalan, dia sesukanya meninggalkan solat… Saya tidak pasti kenapa…
Ada 3 orang sahaja daripada 9 orang adik-beradik dia yang saya nampak jaga solat. Yang lain ke laut.
Keluarga suami ni suka berjalan-jalan melancong secara berjemaah dengan adik-beradik dan anak-anak buah, kira seronok jugalah aktiviti ini dilakukan semasa cuti sekolah…
Cuma ituuuuu saja, suami tidak solat kalau tengah berjalan-jalan, apalagi kalau ada makan-makan bersama keluarga…
Saya ada nasihatkan dia. Alasan dia, baju dan seluar tidak diyakini bersih katanya. Saya siap bawakan kain pelikat untuk dia tukar seluar, sekiranya nak solat kalau rasa seluar kotor, tapi dia tetap tidak solat…
Sebab tu kalau nak jalan-jalan atau ke gathering keluarga, hati saya berdebar dan siap ingatkan dia jangan lupa solat… Tapi entahlah… Dia tu ketua keluarga kan… Ego dia ada… Dia diam saja bila saya ingatkan…
Anak sulung sudah masuk ke sekolah menengah… Saya sekolahkan dia di SMKA, semoga tarbiah solat berjemaah dia ada, dan menjadi amalan harian, tidak sesuka hati, dan ada panggilan batin dan roh untuk solat pada waktunya…
Saya sangat risau kalau saya tidak ikut bersama ketika gathering keluarga atau jalan-jalan, sebab saya pula risau anak-anak ikut perangai bapa tidak solat… Sedang di mana-mana masjid boleh singgah bila telah sampai waktu solat…
Saya ada mengadu dengan kakak dia, yang adiknya tidak solat kalau jalan-jalan atau gathering keluarga berlangsung… Tapi tidak juga jalan… Entahlah mana silapnya. Kalau saya uzur, tidak dapat solat… Tiadalah berhenti di mana-mana masjid untuk solat.
Anak sulung saya selalu merungut dengan suami… Persoalkan solat… “Bapa ni bukan jaga solat kalau jalan,” katanya… Sebab tu lah risau berjalan-jalan ke satu-satu tempat sebab suami tidak solat…
Ini adalah cerita benar berlaku… Kalau saya cuba-cuba kirim dia tentang penjagaan solat, WAJIBnya solat walau keadaan sakit sekalipun… Dia bluetick saja… Tapi tidak juga solat… Di rumah 5 waktu, di luar 0 waktu…
Apakah cadangan tindakan lagi yang perlu saya lakukan… supaya suami jaga solat, terutama masa-masa yang saya sebutkan di atas?
– Puteri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Cuba slow talk dgn suami.. kot ada sebab kenapa dia taknak berhenti solat kat surau/masjid bila kat luar.. Mungkin ke dia takut kalau dia disuruh jadi imam? Mungkin takut tgh solat tu tetiba ada orang tepuk bahu dia untuk jadikan imam? Ada lelaki boleh imamkan isteri+anak sendiri tapi kat luar risau nak imamkan strangers atau orang yg tak rapat.dia akn jadi panik. Mungkin laa..
Buat masa ni Ok lg dia hanya diam saja bila puan tegur/wasap.. Maknanya dia tau apa yang dia buat tu salah.. Takpe,teruskan tegur/nasihat dia ajak dia solat secara baik dan lemah lembut, teruskan bawak beg kecil ada kain pelikat, tuala kecil dan baju untuk dia bila di luar, dia nak guna ke tak tu terpulang yg penting puan dah cuba jalankan tugas sbg isteri sediakan barang2 utk dia bersihkan diri.. jgn putus asa doa mohon Allah lembutkan hati dia untuk dia mula ada kesedaran untuk solat dalam waktu bila di luar..
Kalau ada gathering atau melancong cuba bg alasan awak dan anak tidak ikut jika dia abaikn solat di tgh perjalanan. Anak pun dah besar smka lg, suami tak malu ke dgn anak sbb anak dh pandai bersungut tntg keculasan solat bapanya. Jika dia brjanji tidak abaikn solat baru awak dn anak akan turut serta tp jk dia hya pandai berjanji tp ingkar memang nk kena ajar suami mcm ni, awak kena tegas bab solat. Kan dh dimudahkn solat jamak qasar. X kn suami jahil bab tu.