Assalamualaikum semua. Aku ada prolong childhood trauma. Coretan ni panjang. Sudilah membaca kalau punya masa.
Hubungan aku dengan adik beradik, biasalah kadang ada bergaduh, happy bermain sama-sama waktu kecik dulu. Abang-abang aku suka usik aku dulu, sebab aku impulsive. Aku perempuan, tapi nak masuk geng lelaki kan. Bila kena usik, tak tahan, aku menangis. End up abang-abang aku kena marah dengan arwah ayah. Tapi kitorang close gak.
Arwah ayah garang. Kena libas tu biasa dah. Malam-malam arwah ayah akan sapu ubat dan minta maaf. Walaupun begitu, aku tak marah kat ayah. Sebab arwah ayah communicate dengan aku, tanya aku hal sekolah. Mandi dan sikatkan rambut aku. Reward aku bila ada achievement. Masalah aku, aku takde memori dengan mak aku.
Yang aku ingat, muka mak sentiasa masam, jeling dengan air muka benci bila tengok aku. Lagi lah bila abang-abang aku kena marah dengan arwah ayah, mak aku akan tak puas hati sebab rasa aku puncanya. Bila mak suap makan, dengan adik-adik aku ok lagi, tapi bila turn aku, ditonyoh-tonyoh nasi dalam mulut.
Pernah aku nak sangat rasa gula-gula kat dalam kedai mak aku. Mak aku berjual, tapi anak-anak tak dibenar ambil apa pun. Waktu tu aku minta nak rasa sebiji gula-gula pun jadilah. Aku ingat arwah ayah pujuk mak untuk bagi, lama arwah ayah pujuk baru mak benarkan ambil satu biji gula-gula. Tu pun mak mencebik kat aku.
Apa benda yang aku pilih, contoh baju atau kain, mak aku mesti ejek. Tak cantik lah. Pelik lah. Depan saudara mara, mak aku jatuhkan air muka aku. Semua benda tak kena di mata mak. Aku tak pernah tengok wajah mak happy dengan aku. Mungkin sebab tu aku takde memori dengan mak.
Bila arwah ayah aku meninggal, aku ingat lagi aku difitnah oleh nenek saudara aku. Waktu tu mak bertanya tentang duit yang nenek saudara aku ambil. Nenek saudara aku tiba-tiba naik angin, dia bring up pasal anak angkat dia yang mengamuk semuanya konon gara-gara kerana aku. Padahal mak aku tanya pasal duit, apa kaitan dengan pergaduhan budak kecil kan.
Tapi hanya nak jadi kan sebab untuk nenek saudara aku minta kami keluar dari rumah dia. Waktu tu kami menumpang di rumah nenek saudara aku lepas arwah ayah aku meninggal. Aku budak waktu tu, tapi tak lah bodoh. Aku ada mendengar perbualan mereka. Aku rasa nak menjawab je kat nenek saudara aku.
Anak angkat dia tu ada mengamuk marah-marah, tapi aku sendiri tak tahu pasal apa. Lepas dia mengamuk tu, aku ada bertanya kepada Ain, Ain ni kira teman sepermainan dan dia sepupu kepada anak angkat nenek saudara aku tu. Ain cakap, dia pun tak tau kenapa budak tu nak mengamuk, mungkin cemburu tengok Ain ni bermain dengan aku. Aku macam, dah apa hal nak cemburu.
So bila nenek saudara aku bring up isu tu kat mak aku, macam mak aku ni tak pandai jaga anak la. Aku nak menjawab tak boleh, sebab parent aku ajar jangan menyampuk waktu orang tua bersembang. End up nenek saudara aku minta kami keluar rumah. Mak aku memang sedih la. Dia tanya pasal duit yang nenek saudara aku ambil, tapi sekarang nenek saudara aku “halau” kami anak beranak.
Nenek saudara aku ni dia tak ada anak, hanya ada anak angkat. Aku dah spot nenek saudara tak suka aku. Aku selalu pergi tolong-tolong apa patut kat rumah dia. Sebab waktu tu aku pikir nak balas budi dia bagi duduk rumah tu. Suami dia, which is atuk saudara aku, baik layan aku. Aku dengan atuk saudara aku tak batal air sembahyang ye.
Aku ingat lagi atuk saudara aku tolong tuliskan doa, tolong jawab apa aku tak faham, tolong asah pensel khat aku. Dan aku spot nenek saudara aku mencebik. Masa tu aku tak tau yang budak kat rumah tu anak-anak angkat dia je. Mak aku pulak ibu tunggal.
Kau rasa tak jeles ke nenek saudara aku tu tengok aku rapat dengan atuk saudara aku? Isu konon aku penyebab anak angkat dia tu mengamuk, aku rasa hanya penyebab je untuk mengelak soalan mak aku. Nenek saudara aku memang tak suka bila mak aku tanya pasal duit yang dia ambil.
Sejak tu, mak aku jadi bertambah benci dengan aku. Aku tempat lempias marah. Apa aku buat, mak aku mengamuk marah-marah. Padahal aku niat nak tolong mak aku buat kerja rumah. Waktu tu adik-adik aku kecil lagi. Abang-abang kakak aku sekolah jauh. Semua tak kena di mata mak.
Mak pernah cakap aku penyebab arwah ayah aku mati. Bayangkan arwah ayah yang aku sayang, mak kata aku penyebab arwah ayah mati. Mak bukan sahaja pukul aku, segala kata-kata mak menyakitkan hati. Mak tengok aku dengan benci. Aku jadi keliru, “sayang” ke “benci”. Bila aku jauh hati, mak akan kata sayang aku. Tapi lepas tu mak dera emosi aku, benda ni berulang.
Mak pun sebenarnya ada problem dengan nenek dan mak saudara aku. Semua benda mak samakan aku dengan nenek aku dan mak saudara. Cakap aku ni menurun diorang. Bila mak aku sakit hati dengan atuk, nenek dan mak saudara aku, akulah jadi sasaran.
Mak pernah cakap dia tak sanggup pun jaga arwah ayah kalau arwah aku masih hidup. Mak selalu nak balik cepat kalau pergi kubur arwah ayah. Mak aku tak pernah ajar atau sebut atau suruh anak-anak baca yasin, atau buat kenduri tahlil (bila masing-masing dah kerja berduit ni), atau apa-apa related to arwah ayah. Konon ni bidaah la apa la. Pandai-pandailah sendiri nak baca ke tak.
Balik dari rumah atuk nenek atau mak saudara aku, mesti ada benda mak aku keji. Aku tempat luahan mak. Kat aku juga, mak lempias benci. Aku rasa siksa sangat. Nak nangis, kena marah. Nak marah, lagi kena marah. Serba tak kena. Dari aku seorang kanak-kanak yang ceria, aku murung. Aku tak tau aku murung sampai aku dah umur 20 lebih baru aku tau aku murung rupanya.
Aku ingat lagi cikgu bahasa melayu aku which is aku takde la rapat dengan cikgu tu. Tiba-tiba dia bagi hadiah buku “Jangan bersedih”. Aku pun fikir kenapa. Bila aku tengok gambar aku waktu sekolah, takde satu pun aku senyum, semuanya masam mencuka muka bermasalah.
5 tahun duduk dengan mak, tapi aku rasa berpuluh tahun emosi aku terseksa. Aku jadi pendiam, aku hilang semangat nak hidup. Aku on survival mode. Apa mak aku cakap tak betul pasal aku, aku cuba bangkit melawan.
Tapi mak kan, punya kuasa nak palau aku. Punya kuasa pengaruh amak2 lain. Setiap masa aku rasa nak menangis. Aku rasa yatim piatu. Aku rasa aku keseorangan. Aku masa tu fikir aku hanya ada Allah. Allah tempat luahan aku.
Otak aku tak berfungsi normal, aku rasa burden dalam otak setiap masa. Badan aku lemah, selalu penat, rasa nak terbaring. Nak buat satu aktiviti pun, aku rasa penat sangat. Oksigen rasa tak cukup, aku selalu menguap walaupun tak mengantuk.
Aku jadi dah tak suka mingle dengan orang lain. Aku diam memerhati. Aku suspicious kalau orang nak berbaik dengan aku. Aku jadi tak percayakan sesiapa pun.
Aku susah nak bercakap. Banyak benda dalam otak aku. Jadi bila aku nak luah time kena push dengan mak aku, aku jadi macam menjerit. Faham tak bila ada pepatah kata, yang dekat rasa jauh, yang jauh rasa dekat. Walaupun dekat, patut boleh cakap biasa kan, aku tak boleh, aku rasa nak menjerit.
Dalam hati aku menjerit, tak terluahkan. Bercakap salah, tak cakap salah. Sebab asyiklah aku disalahkan. Takyah cakaplah, hamburan anak derhaka, tak bau syurga, ahli neraka, malas lah nak ingat.
Lepas 5 tahun duduk dengan mak, kalau nak kira sedar tak sedar, aku ni kiranya dah 23 tahun dah hidup berdikari. Tapi tu lah pergelutan emosi tak selesai-selesai. Selalu rasa sedih, selalu tiba-tiba aku menangis. Sampai aku rasa air mata aku kering. Otak aku rasa biol dah.
Masa atuk aku meninggal, mak aku larang abang-abang aku balik. Konon takyahlah jauh kan nak balik, buang duit, tapi mak cakap kat aku, segala keburukan atuk aku. Masa tu aku tanya mak, kita nak balik ke, masa tu aku teman mak aku jaga kakak aku berpantang. Mak aku kata takyah, biar je. Bila nenek aku meninggal, pun sama adik beradik aku tak balik, aku lah (yang tua sikit) balik.
Baru – baru ni jugak mak saudara aku meninggal, baru ada beberapa adik beradik yang balik, mungkin sebab aku je lah yang balik masa nenek, dan atuk saudara aku meninggal sblm mak saudara aku meninggal. Jadi keluarga belah arwah ayah aku mesti bertanya mak aku, anak lain tak balik ke.
Actually ada beberapa siri aku dengan mak sampai aku warning mak, aku taknak dengar apa-apa dah mak aku nak mengata sesiapa. Jangan mengata ipar duai kat aku (bila abang-abang aku kawin) , aku taknak dengar. Mak aku ni memang akan ada benda tak puas hati je. Jadi dia tak berani nak cakap kat aku dah macam dulu, walau mulut tergerak-gerak tahan mulut nak cakap.
Kakak aku kalau baca luahan aku ni, takyah lah nak perasan sangat. Suami dia pun jadi bahan kutukan mak aku, tapi sebab aku bukan batu api je. Kakak aku tak tau adik lelaki aku tu mulut dia jahat mengata suami kakak aku.
Kalau adik lelaki aku baca ni, kau takyah hipokrit. Abang ipar kau yang kau duk mengata tu yang kau tumpang rumah dia bertahun-tahun. Memang sesuai la kakak dan adik lelaki aku ni. 2 ketol kaki penghasut dan batu api. Sama-sama dah tua, tak reti.
Yang aku tak tahan sedih, bila mak saudara aku meninggal, adik lelaki aku dengan slumber cakap, “benci nak kena cium jenazah padahal waktu hidup tak de cium gitu pun”.
Konon dia tak ingat mak saudara aku ada dukung dia ke tak waktu kecil dulu. Malam tu baru balik dari kubur kot. Dasar bangang. Mengata si mati dah kenapa. Aku tahan je nak maki dia ni tp sbb malas nak argue lgpun aku balik kejap je.
Aku pun takdelah baik dengan mak saudara aku. Aku ingat dia pernah tolong masa arwah ayah aku meninggal, dia bagi duit pada siapa yang belajar kat universiti. Dia pon tolong mak aku dan adik2 walaupun jarang dan indirect. Tak besar jasa, bukan bererti kau kena cakap macam tu di hari kematian dia.
Kau sendiri pun takde baik sangat. Tak boleh ke, kau ada adab sikit. Hari orang mati, tahan sikit mulut tu tak boleh ke. Geram aku dengan adik laki aku ni.
Aku tau ayat-ayat adik lelaki tu semua dari mak aku. Mak aku dari dulu mengata atuk aku, nenek aku, mak saudara aku. Jadi aku tau ayat tu dari siapa. Adik perempuan aku yang aku kira baik dan “neutral” pun, boleh cakap dengan nada mencebik benci, “mak saudara takde dukung waktu dia kecil dulu.” sama ayat. Eh giler.
Aku pun takde ingat mak saudara aku dukung aku ke tak waktu kecil, takdelah nak harapkan dan takdelah nak zahirkan benci meluat. Kau fikir tak, kalaulah arwah ayah aku hidup dan dia dengar korang (anak dia) mengata satu-satunya adik perempuan (yang aku yakin arwah ayah aku sayang), apa perasaan ayah aku?
Aku pernah beli buah tangan kat atuk, nenek, dan mak saudara aku, mak aku audit keluarkan balik, katanya takyah bagi banyak, bagi sikit je, padahal aku bagi tu tak banyak pun. Dari situ aku tau mak aku ada berdendam dengan mereka.
Buruk-buruk mereka pun:
– Tu mak ayah kepada arwah ayah aku. Sampai mati pun tak batal air sembahyang mak aku dengan atuk aku.
– Tu mak kepada arwah ayah aku which is nenek aku, walaupun dia gila atau ada angin meroyan.
– Tu satu-satunya adik kepada arwah ayah aku. Arwah ayah aku kalau bercakap dengan adiknya lembut je yang setakat aku tau.
Apa salah mereka kat mak aku, aku tak tahu. Mak aku boleh benci mereka. Tu hak dia lah. Tapi aku takde sebab nak benci. Aku seumur hidup tak pernah dengar mereka cakap benda buruk kat mak aku. Ya mungkin aku kecil, tapi aku mumayiz pun aku tak dengar.
Yang aku dengar mak aku perli-perli anak kepada mak saudara aku, which is sepupu aku. Bila saudara mara tak datang rumah kami, mak mengata, tapi bila datang, mak tak jaga mulut. Perli orang tu, perli orang ni.
Bila aku tegur, batu api akan berkata,
– Aku ni perasan baik.
– Bukan aku yang mandikan jenazah mak saudara aku tu.
– Aku ni balik kejap je dll.
– Esok-esok aku mati, bagilah semua harta aku kat keluarga suami kalau aku baik sangat.
Tu dia batu api. Balik masa mak saudara aku meninggal je pun, dah huru hara perangai mengata. Eloklah takyah balik.
Kalau aku puji suami aku baik, suami aku tak mengata orang, batu api akan berkata, kau mati nanti biar suami aku urus sendiri, takyah harap adik beradik yang jahat ni. Ada je batu api akan counter.
Aku tegur, sebab kau mengata orang yang tak buat jahat pun kat kau. Boleh tak kau jangan jadi bahan api neraka? nak jadi ke macam aku yang anak derhaka tak bau syurga ni? Cukup la aku sorang kat neraka.
Adik lelaki aku cakap atas muka aku, kalau aku mati esok-esok, (dengan aku perangai buruk ni), konon dia (yang baik) jenis bertanggungjawab la yang gali kubur macam dia gali kubur mak saudara aku tu.
Wei ko jangan bongkak sangat boleh tak? Kau mati kat mana, bila kau mati pun kau tak tau. Kalau busuk sangat hati, tak uruskan jenazah aku pun takpe. Urusan jenazah tu fardhu kifayah. Kau tak nak buat, ada la orang lain yang buat. Kalau kau tak balik, tak gali kubur mak saudara tu, ada je orang lain akan buat la.
Apa besar sangat jasa kau gali kubur, sampai halal kau mengata si mati. Kau pun mengaku je lah, dah kau ada kat situ, kau buat lah, kang orang mengata pulak kenapa kau tak tolong. Kalau tak nak buat, takyah buat.
Aku pun duduk jauh dr hometown, kalau adik beradik tak membantu waktu aku mati pun, aku tak kisah. Urusan jenazah elok dicepatkan. Nak tunggu korang mungkin berbau dulu lah jenazah.
Dah kenapa kau nak ugut aku dengan kematian? Ada ke aku cakap benda sama atas muka kau macam kau cakap kat aku? Kau rasa kau perfect, kau tak mati? Kau takde anak bini ke? Kau rasa aku mati dulu ke?
Kalau dah mati, terputus dah urusan dunia. Kau nak tolong urusan jenazah ke tak, tu semua urusan kau dah. Ujian buat hati kau. Bukan urusan si mati.
Ok back to story. Lepas 5 tahun duduk dengan mak, aku dah tak bergantung dengan mak, aku cari duit sendiri. Bulan-bulan bagi duit kat mak, walaupun aku kat universiti. Ada waktunya aku tak bekerja, suami aku bayarkan kat mak bulan-bulan sebab tahu aku memang bagi duit kat mak.
Selama 23 tahun masa aku berdikari ni, masih lagi aku tak cukup sempurna di mata mak. Aku rasa tak boleh terima alasan mengherdik, menghina, mencaci sebagai “mendidik”. Aku bukan bodoh tak reti beza orang suka, dengan tak suka kat kita. Aku pun bukan budak kecik dah, mak nak marah suka hati.
Tapi sebab mak, selama ni aku sentiasa reset diri aku. Aku lupakan apa saja yang lepas, tiap kali jumpa mak, aku maniskan muka.
Aku masih lagi call mak tanya khabar, walaupun mak kata tak payah call. Aku masih lagi balik, walaupun tiap kali balik mak buat muka kejung. Aku masih doakan untuk mak. Aku minta Allah mudahkan urusan, bagi kesihatan baik, lapangkan hati, bagi kebahagiaan ketenangan untuk mak dunia akhirat.
Baru setahun lebih aku tak bagi duit regularly kat mak, bukan tak bagi langsung ye. Aku ada keperluan lain nak pakai duit. Aku baik sangka la mak aku boleh faham macam anak-anak dia yang lain bila dlm kesusahan, takde duit, takde kerja, yang dia selalu tolong tu.
Aku bagi duit cuma tak regular macam biasa. Aku dah boleh agak benda ni akan terjadi. Sebelum ni pun aku dah nampak bibit mak aku tak suka aku ada kat rumah dia.
Mak aku ada bagi wasiat kononnya wasiat kat kakak dan adik perempuan aku, orang yang dia percaya lah pegang wasiat. Anak perempuan 3 orang je, dah bagi wasiat kat kakak dengan adik perempuan aku, habis tinggal aku sorang anak perempuan ni orang lain akan berkata apa?
Takpe aku tak kecik hati walaupun aku tau mak memang saja nak kecik kan hati aku. Saja nak cakap nk tgk reaksi aku. Dari aku kanak-kanak lagi penderaan emosi mak aku buat. Macam biasa.
Dari aku kecik, mak kata taknak duduk dengan aku bila aku tua. Weh sape tak sedih bila mak cakap macam tu. Tapi aku dah telan. Kiranya kalau takde manusia lain atas dunia ni nak jaga mak, dan kiranya mak berkehendakkan la, aku akan jaga dia. Tapi mak kena terima lah apa jua. Aku tak sesempurna malaikat.
Dengan aku tak bagi duit bulanan ni aku tau cepat, atau lambat, ini akan terjadi. Tambah lagi, dalam adik beradik aku ada tukang cocok 2 ketol. Korang boleh agak siapa. Aku takdelah benci, tapi kalau 2 ketol ni tak cari pasal, aku bukan jenis nak bergaduh. Tapi aku tahu dengan mak aku tak suka aku, dengan 2 ketol tukang cocok, akan terjadi juga.
So kisahnya, setelah mak aku gasak pasal duit. Sebelum ni pun dah ada bibit pasal duit ni, aku boleh “bau”. Dan memegang kata adik perempuan aku yang konon mak aku layan sama je semua anak, tak kira anak bagi duit ke tak, so aku baik sangka lagi dengan mak. Aku tau kes aku tak bagi duit regularly ni tak semudah itu untuk aku. Aku memang takkan sama macam anak lain.
Maka terjadi lah cetusan pergaduhan ketika mana adik perempuan aku keluar ayat “aku tak bagi duit kat mak aku langsung”. Benda tu trigger aku, aku benci bila mak aku tunjuk dia tak suka kat aku, dan sekarang aku tau dah, adik perempuan aku jadi tempat mak meluah sebagaimana aku jadi tempat luahan mak satu ketika dulu.
Aku tau adik perempuan aku takkan berani keluar ayat tu, lagilah depan mak aku sendiri kecuali benda ni dah di”basuh” oleh mak aku. Mak aku tak iyakan, tak juga nafikan. Melihat response mak aku yang langsung tak bela atau sekurangnya betulkan ayat adik aku tu. Tangan aku automatik campak handphone, kena kat dahi adik aku.
Memang lah aku rasa bersalah. Selama ni aku tak pernah bergaduh dengan adik perempuan aku. Tapi disebabkan duit dan kebenaran, aku terlepas sakitkan dia. Darah mencurah. Nak tarik balik, benda dah berlaku. Benda tu trigger perbalahan lagi besar.
Aku nak cakap dengan mak, tapi yang lagi 2 ketol jalankan tugas mencocok. Masa tu aku memang frust giler. Aku cakap kat mak, pergi betulkan balik la depan anak2 lain, betul ke aku tak bagi duit langsung. Yg 2 ketol tu sibuk nak salahkan aku. Aku nak bercakap, 2 ketul tu sibuk nak bercakap. Aku bengang, aku nak cakap dengan mak, bukan dengan korang 2 ketol kaki penghasut.
Masa tu adik lelaki aku sibuk la nak jadi konon pembela mak, (dengan kain tuala dia pakai tu nak tertanggal depan semua orang, boleh jadi terbogel kot, dasar penyibuk, kau jaga kain kau dulu boleh tak), dia tumbuk aku depan suami aku. Dasar kau ni. Suami aku hidup berbelas tahun dengan aku, tak pernah naik tangan kat aku.
Adik lelaki aku ni juga sibuk mengada, panggil suami aku padahal suami aku kat dalam bilik kot. Suami aku ni bukan jenis suka masuk campur hal keluarga aku.
Aku memang tak suka adik lelaki aku ni. Dia ni memang over, kaki penghasut. Bila aku cakap kau suka menghasut, mulalah suruh aku kemuka bukti. Kalau kau tak hasut, benda akan jadi lebih baik. Tapi kalau dah makin buruk, dah tentulah menghasut.
Suka nak mengata suami aku sebelum ni, padahal selama berbelas tahun ni, takde pun kakak aku atau abang-abang aku buat perangai melampau macam dia. Dia baru kahwin setahun jagung, konon dah hebat. Wallahi sekalipun aku tak pernah dengar suami aku mengata adik beradik aku sebagaimana adik lelaki (yang bodoh) ni suka mengata orang.
Tapi perangai dia pulak dia hasut adik-adik aku yang lain konon aku ni lebihkan suami, sampai konon burukkan la adik-adik sendiri. Kalau adik2 dah jd membenci tu, menghasut la. Takyah bukti ke apa. Aku kutuk kau je yang suka mengata, bukan adik adik lain. Dasar penghasut.
Back to story, mak aku pulak play victim, depan adik beradik aku, dia diam membatu. Aku merayu suruh dia betulkan balik, adakah sebab setahun ni aku tak bagi duit “regularly”, mak aku dah canang keburukan aku. Aku tau lah, sebab aku ni tempat luahan mak aku dulu. Dulu mak aku luah keburukan orang lain, now turn keburukan aku dicanang.
Sampai ke sudah, sampai aku melangkah keluar rumah, mak aku tak betulkan apa-apa statement. Aku keluar rumah sebab mak aku arahkan tak payah balik rumah dah malam tu. Sebenarnya dia cakap tak payah balik rumah dah, tapi masa dia cakap tu dia tak sedar suami aku ada kat situ, so dia betulkan balik ayat “tak payah balik dah KALAU aku masih tak berubah”.
As usual, mak aku akan spin konon salah aku lah semuanya ni. Sebab aku tak berubahlah, mak aku “halau” ni. Aku menyampah mak aku letakkan suami aku dlm keadaan bersalah dan tersepit, padahal selama berbelas tahun ni, suami aku takde buat jahat kat mak pun? Dia diam pun dia kena. Kenapa buat suami aku macam tu?
Mak aku merayu suruh suami aku bawak aku keluar, tak yah bawak aku balik rumah ni lagi dah. Aku menyampah weh drama ni. Aku minta mak aku jelaskan depan adik beradik yang lain, betul ke tak aku tak bagi duit langsung. Aku nak dengar dr mulut mak sendiri. Jelaskan biar depan suami aku jugak bagi suami aku dengar, (dah mak yang nak heret suami aku dlm konflik ni) , Tu je.
Sampai sudah mak berdrama, sampai sudah mak tak betulkan statement. adik perempuan aku pun sewel. Ah kau, berani la sbb mak back up kau yang tak bekerja menganggur bertahun-tahun. Tanpa rasa bersalah kau cakap aku tak bagi duit kat mak, tanpa cermin muka kau sendiri.
(Kau dengar je lah mak luah apa lain kali. Kau fikir dengan otak boleh tak. Sampai mengata mak saudara yang tak pernah mengata kau pun, kau rasa mak betul ke salah. Dulu macam ni lah mak kutuk abang aku yang tak bagi duit kat dia sampai terpacul daripada mulut aku pasal hal ni, benda yang aku menyesal cakap kat abang aku. Sebab tu aku benci perangai mak suka mengadu).
Aku malas cerita detail, insiden insiden yang aku tau je mak aku sengaja sakitkan hati aku in between. Tapi sebab aku pandai buat tak tau dah sekarang ni, benda yang mak aku saja je buat untuk sakitkan hati aku. Ayat ulang-ulang yang konon aku ni sorang je anak dia yang bermasalah, dari aku kecik aku dengar, happen nak kena dengar lagi bila tua ni. Sampai bila kan.
Aku teruskan sabar. Aku keluar rumah dalam keadaan baik ye. Husband aku je tau betapa aku “broken” malam tu tak boleh tidur sedih dengan drama yang terjadi. Aku takyah cakap atau luah apapun, suami aku faham apa aku rasa. Dia serah kat aku. Dia takde nasihat aku untuk buat apa. Aku bukan nak puji tak berasas.
Suami aku tak pernah judge, dia terima aku, dia terima keluarga aku, tak pernah sekalipun cakap benda buruk. Dia tak paksa aku buat apa-apa. Apa jua keputusan aku, dia cuba support. At first, aku tak biasa. Yelah dah biasa kena urge, kena push, kena paksa, kena hina, kena cemuh. Lama-lama aku boleh terima, ini lah sesuatu yang normal patutnya.
Aku ambil keputusan balik rumah pagi esok. Niat balik bercuti hometown nak silaturrahim tp jadi macam ni. Susah dah nak baiki. Biar lah semua tenang dulu. As usual, aku salam mak pagi tu, hulur duit, as usual mak pun sambut elok-elok.
Aku bagi peringatan sebelum keluar, harapnya tak keluarlah cerita aku anak derhaka ke, apa-apalah, kat adik beradik lain lepas ni. Aku keluar ni sebab mak aku suruh. Bukan aku taknak balik dah lepas ni, tapi aku rasa tak ada kebaikan, aku balik pun, mak tak suka.
Selama ni pun aku buat apa mak suruh je. Kalau mak nak aku balik, bagitau lah, aku balik je nanti. (Aku kahwin pun pilihan mak jugak, nak cakap aku derhaka lagi tak tau la. Aku bagi warning siap2 sbb aku kenal mak aku, aku boleh agak what plot twist comes after this).
Waktu aku keluar rumah, waktu tu lepas subuh. Macam biasa adik beradik aku tidur tak ingat apa, selagi mak tak kejut, dah tua bangka pun tak reti bangun. Maka takde siapa menyaksikan aku beransur dengan baik.
As usual, kakak aku (one of the 2 ketol) duk kata mak aku tak redha selagi aku tak merayu minta maaf dengan dia. Hah. What the hell? Aaaa kan, aku rasa nak speaking.
Mana pulak datang cerita macam aku tak minta maaf kat mak? Kenapa tak cerita je, yang mak aku minta maaf dengan nada menyindir kat aku, (lepas aku luah apa aku rasa dari kecil). Ini cerita macam aku yang tak minta maaf, mak tak redhalah apa lah.
Ye aku sejenis akan minta maaf juga tak kira lah apa, sebab aku bukan orang suka bergaduh pun. Tak kira la orang tu minta maaf ke tak. Berulang kali aku minta maaf pun takpe.
Bukan sebab aku ni mudah minta maaf, bukan sebab nak guna perkataan maaf tu, sebab aku value hubungan darah daging ni. Sebab mak aku pernah pesan, tak kira apa berlaku, berbaik sama adik beradik. So kalau adik beradik aku nak meluat kat perkataan maaf aku ke apa, tu masalah diorang.
Selepas arwah ayah meninggal, mak aku ni jenis takde nak suruh adik beradik minta maaf. Kalau arwah ayah, tak kira kau tua ke muda, kalau buat salah kena minta maaf.
Selalunya arwah ayah suruh saling memaafkan. Bila mak aku selalu bagi muka, (ye lah aku ni punching bag) , jadi orang lain tak pernah “salah” kecuali aku. Maka diorang ni tak pernah rasa bersalah atau minta maaf. Sebab at the end, aku lah yang minta maaf. Sampai tua lah bongkak tak reti minta maaf.
Bukan kakak aku je sound konon mak tak redha selagi aku tak minta maaf. Abang sulung aku pulak kata kat aku, ni apa kes ni bergaduh, salah aku lah semua. Aku dah tau dah, cerita yang sampai kat dia mestilah separuh jalan, aku yang salah.
Abang aku ni satu-satunya darah daging yang jenis tak terus judge, dia willing juga dengar side aku. So dia faham la sikit yang pergaduhan tu ada la berkait sebab-sebab yang berpanjangan tak selesai selama ni antara aku dan mak.
Aku cakap aku tak minta apa pun, aku nak mak aku berlembut dengan aku macam dia dengan anak yang lain. Ye lah kalau dia boleh faham anak lain ada masalah duit, fahamlah juga situasi aku.
Aku datang dengan baik nak tolong kat dapur malam tu, tapi mak aku berkasar dengan aku. Dengan menantu boleh bercakap baik2, kenapa berkasar buat muka kejung dengan aku (sebelum isu duit yang adik perempuan buat trigger ni)
Aku dah luah aku sakit kat mak, harap dia faham bantu aku, bukan aku niat nak kurang ajar. Aku bertahun dah tanggung sakit childhood trauma aku tak boleh jalani hidup. tu pun mak aku masih tergamak “halau” aku walaupun aku cakap aku sakit. Mak buat tak tau, buang aku daripada aktiviti keluarga, kiranya aku tak wujud dah.
Orang kata bagitau la family, apa kau sakit, apa kau hadapi. Family support utama. Untung lah kalau macam tu. Kes aku, tak. Aku bagitau family (mak aku) , ibarat kalau kau kat tepi gaung, dia lagi tolak kau masuk gaung. Kalau kau kat kat hujung papan di lautan luas, dia tolak kau jatuh. Pandai-pandai lah kau sendiri.
Aku tak cerita la kat abang aku semua benda yang terjadi in between aku dengan mak selama ni. Aku juga tak cerita atau jadi batu api (kalau nak jadi batu api macam kakak aku boleh sangat) masalah abang aku sendiri dengan mak aku, yang mana mak aku ni pretend baik depan abang aku. Yang ni aku tau, takde kaitan kes aku dengan masalah mak aku dengan abang aku, tapi aku benci bila mak aku buat camtu kat abang aku.
Abang aku ni baik, boleh kata lurus. Duit aku bagi kat mak takde apa sangat la kalau nak banding, apa abang aku bagi kat mak. Tak boleh ke mak aku, jual je rumah tu kat abang aku, walaupun hak mak aku nak jual kat siapa. Dah abang aku banyak membantu keluar duit untuk rumah tu, seawal dia baru bekerja. Tu pun masih nak berkira dengan abang aku?
Ada la cite ni asalnya, abang aku luah kat mak, yang dia kecik hati dengan mak, end up mak aku canang kat anak2 lain (bukan aku sbb mak tak berani dah luah kat aku). Dapat cerita ni kat batu api, makin merecik la mak aku kat abang aku. Sian abang aku sampai tahap luah kecil hati dengan mak. Padahal abang aku ni antara yang paling cool. Faham tak toksiknya mak aku ni.
Tapi mak aku ni dia kira boleh berlembut dengan abang aku, cara dia bercakap dengan abang aku, pun tak sama dah dengan cara dia cakap dengan aku. dengan aku selalunya dia tunjuk benci segala benda. Strict. Straight. Kejung. Kasar.
Aku cakap kat abang aku, aku rasa tak boleh nak go on dah dengan mak lepas kes perbalahan ni, biar masa je tentukan ke depan antara aku dengan mak. Abang aku pun takde lah jd batu api macam kakak aku tu, dia doakan baik2 kat aku dengan mak.
Dia je lah weh darah daging yang tak judge aku. Kakak aku ni mengada, konon dia lah anak paling terbakti, paling bertanggungjawab. Actually sebelum aku balik bercuti hometown, dan sebelum tercetusnya insiden perbalahan malam tu, kakak aku dah cocok mak sebelum tu lagi sebelum kes aku terbaling handphone kat adik aku ni.
Aku ni tertipu lagi dengan kakak aku, dengan baik sangka aku bagitau dia, aku dalam proses beli rumah baru. Aku bagitau masa kakak aku ada kursus dekat dengan rumah aku, jadi sambil lepak tu aku bagitau dia. Aku nak guna duit banyak, sebab bukan rumah je, ada la benda lain aku nak kena byr. Aku pun tak bagitau sesiapa lagi, kat mak ke, kawan ke, family belah husband ke yang aku beli rumah.
Aku nak tunggu waktu ok sikit bagitau mak, sbb banyak benda aku nak uruskan. Dalam kepala aku, nak jemput adik beradik, family kawan2 dtg housewarming doa selamat ke bila masanya.
Tapi aku tak cakap lagi, sebab banyak benda tak selesai. Aku cakap la aku nk cari masa sesuai bagitau kat mak, nanti mak aku susah hati, macam kakak aku baru ni bergaduh dengan mak isu rumah dia buat tu, jadi aku taknak jadi macam tu. Aku dah pesan takyah bagitau mak lagi.
Kakak aku ni busuk hati, bangkai, perdajal aku, dia pergi la bagitau mak. Tak tunggu lama dia buat kerja ye. Taktau la apa dia cakap kat mak sampai mak buat kejung masa aku baru tiba kat rumah, aku sebenarnya dah pelik, dlm hati aku apa benda lagi mak tak puas hati tiap kali aku balik ni. Rupanya tu dia.
Patut la waktu call kakak aku (lepas jumpa lepak dengan dia tu), kakak aku tiba2 tanya pasal rumah masa on phone, tiba-tiba merepek kata aku taknak adik beradik datang rumah la.
Sejenis aku, kau dah nak fikir macam tu aku iyakan je la. Kau nak dengar apa kau nak dengar kan, aku cakaplah apa kau nak dengar. Rupanya mak aku ada kat sebelah tu dengar yang aku taknak ajak adik beradik macam yang kakak aku cakap , (adik aku cerita) . Bangang kan kakak aku ni.
Kau beli rumah pun aku takde kisah, abang-abang aku beli rumah pun aku tak kisah. Maksud aku tak kisah, aku takde nak mengata ke, nak cocok ke. Happy kot. Apahal lak kakak aku nak cocok-cocok benda tak baik kat mak. Siapa yang taknak family dtg rumah.
(Mak aku jelah perangai. Org ajak, bagi macam2 alasan. Org nak beli tiket pun, bagi alasan. Rumah kakak dan adik lelaki aku elok pulak mak pergi, lupa dah kot alasan dia. Rumah abang-abang aku pun liat.) Tapi takdelah sampai aku terfikir taknak ajak dtg rumah ke apa.
Aku menyampah kakak aku tetiba cakap benda merapu konon aku taknak ajak family dtg rumah, so aku iyakan jelah, rupanya kakak aku trap aku, saja buat macam tu depan mak.
Aku dah cakap kat mak, Allah je tau apa dlm hati aku. Ikut la nak percaya ke tak. Kakak aku ni dari dulu inferior, terpaling nak kejar jd anak plg disayangi. Sanggup perdajal adik, walaupun aku dah kata takyah ckp kat mak dulu. Nanti aku bagitau sendiri la. Kau tak boleh ke ada sikit perasaan hormat, atau perasaan amanah.
Aku tak hairan pun perangai kakak aku ni. dia senyap2 cocok mak aku (abang-abang aku rapat dengan kakak aku) , so diorang pun pernah la luah pape kat kakak aku. Tapi diorang taktau yang kakak aku ni cocok mak, mak pulak jauh hati sikit dengan abang-abang aku. Aku pulak tau mak jauh hati masa aku jd tempat luahan mak dulu.
Kakak aku ada juga bring up yang aku tak pernah ajak dia dtg rumah. Aku tau benda ni juga mesti dia canang kat mak. Kalau aku tak ajak pun datang rumah aku, fikirlah dengan otak. Kau nak ziarah, nak bersilaturrahim, kau dtg je lah. Mertua aku, ipar duai aku belah suami, takde pulak aku ajak ke apa, elok je datang rumah aku berapa kali dah. Biasa je lah pergi ziarah. Takyah tunggu orang ajak.
Sorang lagi adik lelaki aku (bukan yang batu api) tu, datang rumah aku baru ni, elok je. Takde pulak pernah aku ajak dia datang. Patutnya kau darah daging, takde isulah ajak ke tak. Apa value hubungan tu kat kau, kau rasa value, teruskan lah berhubungan. Kau rasa tak value, lantak kau lah.
Kau tak datang pun aku tak kecik hati. Rumah kau pun bukan dekat, jauh nak dtg. Kalau kau dtg rumah aku pn belum tentu kau yang jenis loaded ni selesa. Yelah rumah aku ni buruk.
Kakak aku ni pernah datang sekali rumah aku, dia pernah la cakap “kalau tau rumah aku macam ni baik duduk hotel”. Since that aku tau la dia tak selesa. Now bila aku beli rumah baru, kau terlebih excited pulak, siap nak kata aku tak ajak la apa la, nak cocok mak. Semak perangai.
Ikutlah nak dtg ke tak. Aku tak pernah tutup pintu rumah. Abang aku pun tak pernah ajak aku gi rumah dia, aku sendiri berapa kali dh ziarah dia (dia plg dekat dengan aku). Aku sendiri ckp nak datang, takde dia ajak. Kau cocok mak dengan alasan bodoh aku taknak adik beradik datang rumah ni, kau mmg low standard.
Tapi macam mak aku beriya menolak, of courselah aku kecik hati. Aku pun manusia kot. Bukan bermakna aku kecik hati sampai taknak jemput, dah belum masa aku buat event. Nak buat event, pakai duit. Aku tgh takde duit. Aku pulak bukannya sejenis yang berbasa basi ajak.
Konon ajak datang rumah (macam adik lelaki aku ajak aku depan mak aku baiklah tu konon) tapi kau tumbuk aku depan suami aku. Aku tak hairan la kau ajak ke tak, sbb perangai macam kau ni, no point kau ajak ke tak, takde beza. Selama berbelas tahun ni, abang-abang termasuk kakak aku, takde sampai tahap nak tumbuk dpn pasangan. Kau siap panggil suami aku dari dalam bilik .
Kakak aku ni pulak bantai cakap, aku ni jenis pendendam, tak balik waktu nenek saudara aku meninggal (macam biasa ni semua ayat mak aku canang) . Aku cakap la bukan aku sorang tak balik, abang-abang aku tak balik, adik-adik aku ada tak balik, kenapa tak cakap pape. Dia spin kata abang aku ziarah jugak lepas tu, aku ni langsung tak pergi ziarah.
Eh kira pulak aku pergi ziarah ke tak. Aku sendiri tak pernah kisah pun kau pergi ziarah ke tak rumah atuk saudara aku lepas dia meninggal. Takde pulak korang balik. Takde pulak aku mengata korang. Takde pulak aku cek korang pergi ziarah ke tak lepas tu.
Sebenarnya mak aku dah push, perli aku pasal nenek saudara aku meninggal ni. Aku cakap kan, sejenis aku kau dah nak fikir macam tu, aku iyakan dan layan je. Aku memang tak suka kes yang nenek saudara aku fitnah aku dulu, tapi takde lah berdendam.
Kau faham tak maksud berdendam, dendam ni kau rasa kau nak balas balik. Cuma aku taknak terkait dah, weh kau ingat mudah ke aku nak lupa apa mak aku buat kat aku gara-gara fitnah dia tu. Aku taknak pergi rumah dia sebab aku taknak trigger childhood trauma aku.
Mak aku yang nak berbaik, mak aku punya pasal. dan aku tak suka mak nak push paksa aku. Sebelum ni lagi mak aku yang sibuk beraya nak pergi rumah nenek saudara aku, nak paksa sambil perli suruh aku salam nenek saudara aku. Kau takyah perli push salam pun, kalau dah time balik, aku salam la.
Bukan aku dendam dengan nenek saudara, tapi aku menyampah dengan mak. Dari hidup sampai orang tu meninggal, nak push perli aku. Mak aku yang annoying. Aku boleh je pergi masa mak sibuk push ajak tu, tapi faham tak aku annoying dengan mak aku. Aku taknak ingat childhood trauma aku bila jejak rumah tu. Bukan aku tak pernah cakap kat mak pasal benda ni.
Perangai mak, kalau kau kat gaung, lagi dia tolak. Lagi aku cakap aku tak boleh, lagi dia paksa. Itu toy untuk buat mak aku happy. Dia happy tengok aku sakit. Mak nak fikir aku dendam ke apa lantak dia, aku biar je lah. Lantak pi.
Nenek saudara aku berbaik dengan mak bersebab, aku dh agak. Baru berbaik, dah pinjam duit dengan mak beribu. Aku dah warning kat mak, aku taknak dengar apa2 cerita dia tak bayar balik duit mak ke apa. Dulu mak aku cerita macam-macam la mak aku macam kena tipu dengan nenek saudara aku masa arwah ayah hidup. Lupa? Mak aku tak serik, tu hal dia la.
Aku menyampah mak aku beriya benda yang dia nak perli. Macam satu keseronokan nak paksa aku apa-apa. Rumah mertua aku tak jauh pun, takde pun mak nak ziarah. Rumah biras adik lelaki aku, yang aku rasa jauh la sampai 100km kot, pegi balik 200km. Aku balik kampung, nak spend time kat home town la. Dah kenapa nak travel 200km.
Mak aku pulak beriya nak paksa suruh aku pergi rumah biras adik lelaki. Padahal biras adik lelaki aku. Dia nak pergi dia punya pasal la, dah biras dia. Rumah mertua aku tak sampai 10km, takde pulak mak beriya pergi. Rumah biras aku 15km pun mak liat nak pergi. Saja mak nak annoying kan aku.
Biras adik lelaki aku tu pernah datang rumah singgah kejap je, berlalu je dia dari muka pintu, mak tampar lengan aku, mak aku perli aku, kenapa tak jemput biras adik lelaki aku tu masuk rumah. Aku macam, pehal mak ni tetiba, bukan rumah aku kot,ini rumah mak. Mak sendiri pun takde ajak dia masuk rumah.
Mak aku memang saja nak sakitkan hati sebab dia tau, aku takdelah suka dengan biras adik lelaki aku ni, kisahnya dulu mak aku nak jodohkan budak tu dengan abang-abang aku, tapi abang-abang aku taknak. Aku pulak tak berkenan sebab dia pernah buat muka annoying kat aku masa dulu.
Mak aku yang nak, yang beriya dengan budak tu, tapi nak paksa-paksa aku layan la, menyampah tau tak. Bukan menyampah budak tu. Menyampah kat kelakuan mak aku. macam kes nenek saudara aku tu la. Satu keseronokan mak aku push aku.
Apa mak aku fikir pasal aku tu, aku layankan je. Kalau aku nafikan pun, mak iyakan jugak. Kata aku begitu begini. Saja nak kenakan aku, nak sakitkan hati aku, ikutlah mak.
Lepas tu kalau aku tak turut, bila aku tak buat apa dia suruh, dia canang aku macam ni aku macam tu. Padahal rumah atuk aku, mak saudara aku, sepupu sepapat ayah aku, kalau balik tu tak mengutuk, atau tak tunjuk yang dia tak suka pun pergi sana, tak sah. Yang pasal nenek saudara aku dan biras adik lelaki aku ni nak pulak beriya.
Dengan mak tak bagi aku balik rumah dah, mak aku ingat aku akan merayu mengharap kat dia. Menangis-nangis minta dia ampunkan.Tak lagi dah ye. Aku slowly telan childhood trauma. Aku cuba admit aku takkan sama macam anak yang lain. Aku tak bertanggungjawab apa mak aku fikir pasal aku.
Mak nak potray aku sebagai anak derhaka, itu hal mak. Aku lunaskan apa mak nak. Sebelum ni banyak benda mak doakan benda buruk kat aku, kuasa Allah tak terjadi pun. Bukan aku nak sombong. Tapi aku rasa cukuplah aku hambakan diri nak mengharap redha mak. Memang Allah suruh berbuat baik kat mak.
Dosa besar aku mengherdik, marah, mengata mak walaupun kat confession. Tak masuk syurga. Aku terima kalau aku ahli neraka. Niat aku, antara aku dengan Allah. Benda tak masuk akal, aku buat apa pun tak kena di mata mak. Pernah terfikir tak, seorang mak boleh tuduh anak bawak ajaran sesat?
Well masa aku belajar nak tutup aurat, macam2 la mak perlekeh aku. Hati aku tak bersih? Hati aku bermasalah? Siapa mak nak judge? Aku masa tu berdoa mak diberi hidayah, aku tau ada benda mak tak tau, sekarang mak juga tutup aurat. Ada aku balas balik kata mak bawa ajaran sesat? Yakin ke mak jadi ahli syurga, dan aku ke neraka?
Aku nak bebaskan diri aku dari pengaruh mak. Sebelum ni aku buat baik kat mak, minta mak doakan baik-baik kat aku, makbul doa ibu. Tapi entahlah, at this point, aku pun seorang ibu juga. Aku muak dengar ayat cliché tuntutan seorang anak kena begitu begini. Kedudukan ibu tu maksum daripada dosa?
Sekarang aku tegar balas balik . “Kalau aku buruk, mak pun buruk. Sebab lahir dari rahim mak yang buruk.” Aku bukan nak hina mak. Memang tak tergamak nak cakap. Aku tak tau macam mana nak buat mak sedar. Mak tak boleh sesuka hati nak sakitkan hati, nak herdik, nak mengata anak. Anak pun manusia.
Mak nak berbicara soal kewajipan anak tak boleh melawan. Konon tu semua untuk mendidik. Kenapa tak berbicara soal suruhan berkata baik. Berkata baik tu kat semua orang lah, termasuk anak. Orang lain (adik beradik aku) yang back up mak, sebab kau tak kena macam aku kena. Dari aku kecik hadap.
Kemampuan aku tak sama macam kau. Mungkin kau jenis keras bedal boleh tepis. Tapi aku bukan macam tu. Aku pun tak tergamak nak cakap kat orang buruk-buruk out of sudden.
Aku nak mak hentikan. Aku nak mak sedar. Aku tak cakap aku baik. Sekurangnya sekarang mak aku tak mengata ipar duai (at least tak meluah kat aku dah, kalau mengata meluah kat orang lain tu aku tak tau).
Mak aku canang balik, aku tak baik kat sekolah lah, kat tempat kerjalah, dengan keluarga suamilah, aku ni bermasalah dengan semua orang. Aku ni gagal lah senang cite. Lupa kot mak juga bermasalah dengan semua orang. Kat mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Tapi mak aku ni denial, yang buruk tu aku lah, sebab ikut nenek dan mak saudara aku.
Ok je lah ikut mak saudara aku pun, at least dia meninggal hari jumaat, at least orang kenang dia jenis bercakap baik-baik. Walaupun aku ni lagi lah tak baik berbanding mak saudara aku. Mak saudara aku jaga arwah atuk dan nenek aku sampai akhir hayat (walaupun forever tak sempurna di mata mak).
At least aku tak pernah dengar mak saudara aku mengherdik, mencemuh sesiapa. Aku pun tak sebaik mak saudara aku sebab aku ada possibility balas balik apa mak aku pernah buat kat aku tanpa sedar.
Kali ni confession aku memang pasal aku dan mak. Status whatsapp aku yang aku tuju kat adik perempuan aku (yg mengata arwah mak saudara aku tu) , which is batu api pergi share kat mak aku, pastu mak terasa. Pastu lagi panas mak dengan aku. (batu api takkan mengaku kerja menghasut dia tu).
Status tu aku nak adik perempuan aku tu fikir guna otak dia, arwah tu tak kacau hidup kau kenapa nak mengata dia. Sebab aku rasa adik perempuan aku boleh diselamatkan lagi. Macam batu api 2 ketol tu mmg takleh diselamatkan. Harap diri sendiri jelah sedar sendiri.
Pilihan masing-masing nak doakan baik atau buruk kat anak, nak rasa sakit hati berdendam dengan anak, nak mengata buruk kat anak, terpulang.
At this point, aku fikir kesejahteraan minda dan emosi aku je, keharmonian keluarga kecil aku. Mak selalu cakap hidup aku tak berkat, hati tak tenang seumur hidup kat aku. Aku akui la mmg la tak tenang, kau bergelut dengan emosi dan trauma, of course lah tak tenang. Jadi menangis tetiba.
Sekarang aku makan ubat, aku ada suami yang support aku, ada anak-anak penguat aku, aku rasa tenang, slowly aku telan takdir hidup aku. Aku tak mampu jadi anak sempurna yang mak harapkan.
Aku rasa tenang dah, takyah usahakan beriya nak gembirakan hati mak dah. Aku tak pegang hati mak. Mak nak gembira, nak sedih, nak sakit hati, terpulang. Dulu aku akui niat nak membahagiakan mak, tapi ujian aku, mak tak pernah puas dan berbahagia. Ada je tak kena.
Sekarang aku dah “lepaskan” mak. Kalau mak meninggal nanti, kalau aku tak menangis, takyah la batu api cakap aku berdendam ke apa, aku dah “lepaskan” mak. Kepada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali, kepada Allah aku berserah.
Sekarang aku nak fokus hidup aku. Aku nak rebuild diri aku. Last time aku berdoa, aku mohon Allah kurniakan senyuman aku yang hilang satu ketika dulu. Aku nak feel live balik. Aku nak pegang fikiran aku.
Selama 40 tahun ni aku rasa aku dah lama mati. Jiwa aku hilang, dirudung murung berpanjangan. Anak mana yang taknak bahagiakan orang tuanya. Aku berserah diri, aku tak mampu. Aku kecundang ujian ini. Aku tau Allah nak kuatkan jiwa aku. Allah tau betapa aku sayang kat mak, sebab tu diberi ujian ni untuk aku.
At last kita nak ketenangan dan kebahagiaan hidup, kalau lah aku tanpa mak (berjauhan), dan mak tanpa aku, buat kan masing-masing lebih tenang dan bahagia. Aku redha. Lagipun itulah yang aku doa selama ni moga mak diberi ketenangan dan kebahagiaan.
Boleh jadi apa yang baik untuk mu, tidak baik untuk kamu. Boleh jadi apa yang buruk untuk kamu, terbaik buat kamu.
Aku nak bebas daripada childhood trauma ni sebab memori aku keep on ulang dan stuck. Aku tak cakap mak aku buruk. Banyak baik mak aku tapi dalam baik dan buruk tu, yang melekat dlm memori aku yang buruk. Kebaikan apa mak aku buat tak menghilangkan kesan yang dalam dlm memori aku.
Pengajaran aku juga supaya tahan mulut, berfikir sebelum bercakap dengan anak2. Kata-kata setajam pedang, sekali terhunus dan berdarah tidaklah boleh kembali ke asal.
Terkadang aku replay dan terbuat apa yang ada dlm memori aku, kat anak tanpa sedar. Aku lah senjata, aku lah perisai. The battle is within myself.
Please doakan aku dapat sembuh. Semoga tahun ini lebih baik…
– Fahimah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Weyhhh panjang ye confession 😭😭
Kesian tt,semoga lapang dada selepas meluah semua kt dlm ni..keluarga toksik mcmni wujud,sy pun saksikan sendiri,bila berbaik tu ada makna la tu..bila mak toksik ank² pun toksik sesama sendiri..semoga dipermudahkan urusan tt dan berbahagia dgn cara sendiri..mengelak la dr bjumpa dgn keluarga tt buat masa ni,bila ada perkara penting je baru berhubung.
Terlalu panjang sampai semua tak faham, so salah dimengerti. Tapi ada ye emak n adik beradik toksik. Emak pon manusia tak lepas dari dosa. Mmg idealnya emak sepatutnya baik macam malaikat, kerana tingginya darjat seorang ibu disisi Allah. Tapi ada yg mmg ibu kiriman neraka. Saya pernah berjiran dng ibu seperti ini
dekat 3 hari jugk nak habiskan , tak ape sis , banyak kan bersabar dan fokus on your life je . in shaa allah ade kemanisan nya . macam family belah ayah i sama lah toxic mcm ni . dont know lah sampai bila .
Panjang nya, sampai tak terasa jem.
Tak paham sapa yg toksik? Confessor ke family dia? Mgkn benda yang di ada2 sendri.
By the way, moga kehidupan confessor menjadi lebih baik.
Nie bukan luahan hati tapi express rasa tak puas hati. Siap mengharap adik n kakak baca. Mintak2 adik n kakak reply, baru boleh tahu kebenaran cerita.
Childhood trauma biasa nya akan enxiety. Nie siap boleh baling phone kt adik sampai berdarah. Yang adik siap panggil suami mesti dah tak leh control. Jenis meroyan kot. Tapi adik pegi tumbuk depan suami. Pelik punya cerita.
Childhood trauma ke kaki melawan nie.
Boleh jadi orang sekeliling toxic atau kita nie yg teramat toxic hingga melihat org sekililing yg toxic.
Pelik..penceritaan lebih kepada memburuk family. Bukan penceritaan apa yg dilalui.
Kenapa umur 40 baru dihalau? Klu dah family betul2 toxic.
Moga tabah sis..insyaallah suata masa nnt akan terubat..lupakan semua nya..klu disimpan takut akan menjadi demdam atau akan merosakkan diri sendiri..keep strong..
Nie je punca, ss negative punya makhluk. Orang pandang slack pon jadi issue. Sudah terjawab. Ingatkan kena dera ke apa sampai childhood trauma. Ibu ss pon tak de la buat yg bkn2. Nature sebagai seorang ibu la camtu. Suh anak sambut tetamu. Suh anak buat respect nenek saudara, suh salam ape wlpn ibu tu pernah kena tipu duit, pernah kena halau. Renung kan dri dlu. ss sndri tulis, bnyk ibu ss buat kebaikan tp yg melekat memori ss hanya keburukan.