Pada usia 15 tahun (sekitar tahun 2003) aku dapat hp pertama aku iaitu seketul Nokia, hadiah dapat 8A dalam PMR. Tak pakai topup, pakai bill.. mak bayarkan. Syokk! (Btw, aku perempuan).
Entah macam mana berkenalan dengan K dalam alam maya (tak ingat mcm mana). Kitorg sebaya. Aku ni omputih sebut “hopeless romantic”, suka tulis benda puitis kat blog. K pun mcm tu jugak dan aku macam syok sendiri ingat semua puisi cinta tu ditujukan pada aku. Tak cukup sms, aku pun chatting juga dengan K melalui Yahoo Messenger atau MSN Messenger (dua2 servis tu dah pupus pada zaman ni, haha).
Maka aku pun kemaruk cinta dengan K walaupun tak pernah jumpa. Tapi aku tau rupa dia macam mana dan dia pun tau rupa sebenar ku. Kami bergayut fon sampai pkl 2-3 pagi, pkl 6pagi mak kejut solat subuh & nak gi skolah.. hohoho. Mak tak tau aku tido 2-3 jam je. Aku memang cair habis kalau dia call malam2.. borak pasal kehidupan dia mostly (hidup aku boring). Dua2 pun suara romantik.. tengah bercinta la katakan. Aku pun selalu bagi support and tukang dengar je masalah dia. Rasa macam aku perlu dengar rintihan dia sebab aku sayang dia. Dia lah cinta pertama aku. Dia siap tulis lagu untuk aku.. pompuan mana tak cair beb!
Somehow dengan aku berkawan dengan K ni, aku jadi semangat nak study utk SPM. Aku suka relationship dengan “kekasih gelap” macam tu sebab aku tak perlu pegi dating, aku bole set masa bila nak study, aku bole shut off semua pasal dia bila perlu, aku bole siap kan homework.. semua normal dan pelajaran tak terganggu langsung. Walaupun pandai sekolah, dengan bodoh nya aku bagi tau dia aku sayang dia “i love you K”.
Oleh kerana result trial SPM cemerlang, lepas je tamat sekolah menengah, aku ditawarkan biasiswa penuh ke sebuah universiti di pantai barat. Bila dapat tu aku sibuk sikit dengan activity macam2 so banyak skip sesi2 bergayut & sms dgn K sampai la habis sebulan pertama berlalu dekat universiti tu.
Tahun 2005 aku SPM dan dapat 11A (straight As yawww!). Aku tak pegi pun ambik slip keputusan tu, mak aku yang pegi amik dan sampai sekarang gambar dekat sekolah tu pelajar cemerlang SPM 2005 ada muka mak aku.. hahaha!
Aku tak happy pun dengan semua tu.. aku study sungguh2 sebab ada K (tak tau kenapa) tapi semua tu dah tak bermakna.. sebab K tiba2 hilang dalam duniaku, pada hari result spm tu jugak.
Dia tinggal aku macam tu je.. Yang aku tau dia kata dia ada awek baru (something like that, aku betul2 tak boleh digest so tak brape ingat). Dah selama ni aku yg bagi ko semangat? Tak tido malam? Ko nyanyi lagu2 semua tu utk sapa? Puisi2 cinta tu bukan untuk aku? Ko tinggal mcm tu je? Sedih, pedih.. adududu..
Dia tukar nombor lepas tu dan kami pun lost contact. Blog ke apa semua dia remove. Aku tak ada memori sgt pasal dia sbb tak ada simpan archive apa2.. maklum le zaman tu kan. Aku simpan memori cinta tak terbalas aku je. Haha
Now (13 tahun kemudian) aku da kawen & ada anak 2, career semua ok aje. Kami duk kat pantai timur ni haa. Masa husband mengorat dulu, aku susah nak buka hati sbb tak bole move on dgn first love aku iaitu K. Hahaha. Bole tahan jugak la husband aku berusaha nak amik hati aku.
Anyway since dah ada stable income, aku ni suka like & join page/group kereta (sbb gatal nak beli kereta, tak active post pun). Tiba2 satu hari masa pakai wifi hotel nak surf internet masa outstation sorang2, aku nampak nama mcm nama K dlm ruang komen dekat iklan kereta Volkswagen yg lalu dkt fb newsfeed, dia dok sedap mengata jenama tu.. hahaha. The moment aku click je nama tu nak tengok profile pic lagi besar, tangan aku yg dok pegang handset ni terketar2, badan macam melayang2, jantung berdegup kencang, mcm mimpi.
Yg aku cari, yg aku tunggu, yg patahkan hati aku selama ni.. “like” page Volkswagen sama dengan aku! What the.. jumpa balik dengan cara ni?! Terus mata berair tak tau happy ke sedih.
Lepas dari tu makin kerap “terserempak” kat facebook sebab ada 2-3 group yg kami (kebetulan) join in common dan aku pun semakin “alert” dengan profile dia. Jodoh ke tak jodoh? Aku ni dok geram je nak tegur dia..nak tanya “do you remember me”? Setakat ni tahan lagi dari godaan tu.
Aku sekarang berusaha nak lupakan K sebab makin lama aku terpikir pasal dia aku jadi sedih balik mcm dulu. Dah la husband tak se-romantik K, tak ada lagu ke puisi ke. Aku cuba pujuk diri, semua tu kelemahan husband aku, which aku pun ada kelemahan jugak. Dari facebook K, aku nampak ada gambar baby.. anak dia la kot. Comel wife dia. K betul2 dah ada life baru.
Hasil risikan, K pun skrg pemandu Grab kat KL tu. Jadi disini aku betul2 berharap aku tak akan jumpa K dalam alam realiti.. sejujurnya aku ada cerita yang tak habis lagi dengan dia setelah 13 tahun. Tolong doakan aku tak selalu outstation sorang2 dan dijauhkan sejauh2 nya dari K. Jiwa aku masih mencari K yg dulu.. yg tinggalkan aku.. tapi aku tak patut layan perasaan rindu ni sbb kami masing2 dah ada family.
sekian, ceritaku..
P/s β Patut ke aku beli kete Volkswagen nih? Iklan vw tu punca. Haha.
– Nelly
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit