Sempat Bergenang Air Mata

Assalamualaikum.

Hai semua. Nak coret sikit. Nak kurangkan degupan jantung yang laju.

Hmm. Kisah baru saje berlaku tadi. Masih segar dari ladang.

Baru saja Mama Ja balik dari bazar ramadan. Sebelum tu, nak perkenalkan diri sikit.

Saya, Mama Ja, 50-an, berstatus isteri dekat 30 tahun dah.

Sorry kalau golongon muda rasa malas nak baca kisah ibu ibu ni. Takpe, mama tak marah.

Tak kisahlah.

Mama nak cerita juga. Salah satu kelemahan mama ialah tak belek kereta.

Di mana bapaknya (my suami) sudah pakir kereta, maka ke situlah mama akan tuju selepas selesai urusan.

Makanya tadi, sesudah membeli juadah, dengan lenggang itiknya mama pi ke kereta, tempat bapaknya pakir.

Ahh, tinted kereta memang gelap ya amat, tak nampak wajah pemandu.

Terus mama nak buka pintu, alahai berkunci pulak. Enjin kereta pula hidup.

Mama undur sikit. Mama tengok kiri kanan. Opps, kat depan ada kereta yang warnanya sama.

Opps. Kereta siapakah yang aku buka ni?

Alamak, kereta depan tu nombor platnya STXXXX X. Aiyo, itu kereta mama Ja. Malunya.

Mama tak nampak pemandu, tapi mesti dia nampak mama. Mama terus ke kereta.

“Kenapa ubah paking”

“Ubah ke depan sikit aja pun”

(Memang nampak sikit sahaja, empat lima kaki sahaja kot)

“Dah tau kan, Ja tak suka kalau ubah-ubah paking”

(Ehh, macam tak kena dengan tajuk sahaja drama sebabak ni)

“Ubah sikit aja pun. Sebelah tu ada orang paking moto. Takkan tak tau kereta sendiri. Banyak beza dari kereta belakang. Bla bla bla bla bla bla…..”

Bla… dan bla..

Tak larat mama Ja nak taip apa yang bapaknya cakap. Tak salah apa yang bapaknya cakap. Betul. Betul belaka. Tapi..

“Kenapa marah? Kenapa cakap kuat? Kenapa nak tengking-tengking? Ada ke saya cakap kasar tadi?”

(Di sinilah drama sebabak yang berkait dengan tajuk)

Adui. Bergenang air mata wanita 50-an ni.

Adui. Mudahnya lelaki aka suami bercakap dengan isterinya begitu?

Ya Allah, ini bukan pertama. Dan setiap kali juga, saya merajuk jika dibuat begitu. Merajuk reda sendiri sebab tiada dipujuk.

Bila merajuk reda, saya kembali normal. Bila merajuk lagi saya diam. Pastu normal balik.

(Melayu mudah lupa- mama Ja)

Barang kali, sikap mama yang mudah memaafkan ini diambil kesempatan? Ataupun, bapaknya tak rasa berharga mama ini?

Air mata bergenang kerana hati terusik.

Air mata bergenang kerana bila hati terusik langsung teringat macam macam.

Air mata tergenang bila teringat macam macam penanggungan pedih pilu yang telah dilalui. Yang dilalui bersama sama suami yang..

Mengulang ayat popular “Bertahan kerana anak anak”

Suami, jika dengan kawan-kawan, kamu boleh bercakap dengan baik.

Dengan customer servis di telefon kamu boleh bicara dengan lembut, kenapa dengan isteri nada suara macam komander tentera?

Okeylah. Saya berhenti meluah terkilan hati.

(Andai kuturut rasa hati. Pasti jauh kubawa diri….)

– Mama Ja (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *