Aku ingin memperkenalkan diri sebagai Teratai. Umur lewat 40-an. Aku ingin berkongsi cerita tentang perjalanan hidup suamiku yang sedang menunggu buah pinggang dari adik lelakinya.
Aku perkenalkan suamiku sebagai Din. Semua proses work up dari pihak penderma telah selesai.
Alhamdulillah, sungguh besar pengorbanan adik ipar aku. Segala jasa adik ipar tak terbalas dengan segala yang ada di bumi ini. Proses work up dari pihak penerima (Din) tergantung dipertengahan jalan.
Memang aku dan Din amat kecewa bila doktor menunda tarikh untuk merujuk ke hospital Selayang/HKL atas alasan keadaan suami belum cukup setahun selepas tempoh pembedahan Jantung.
Doktor nak pastikan Din betul-betul sihat dan badannya bersedia untuk terima buah pinggang baru.
Kami memang amat-amat kecewa bila doktor tunda tarikh untuk langkah seterusnya dalam proses pemindahan buah pinggang ni. Aku tak faham apa yang doktor ni susah sangat nak proceed to next step.
Tapi… selepas 5 bulan berlalu, aku makin dapat terima kenyataan. Aku baru faham kenapa doktor tangguhkan. Memang ini jalan cerita dan takdir hidup kami.
Setelah setahun lebih dialisis aku nampak kesihatan suami makin merosot. Sekarang dia hanya mampu untuk keluar rumah ke pusat dialisis sahaja. Itupun ada van yang datang ambil. Dia dah makin lemah. Nafas tercungap-cungap.
Malam tadi aku cek Oksigen level suami hanya 87% sahaja. Patutla dia nampak amat lemah dan confused. Keadaan Kaki kanannya yang patah bulan Mei 2022 nampak macam tiada perkembangan yang positif. Patah sebab jatuh di pusat dialisis.
Selepas pasang Fibula plat, jadi membengkak pulak sekarang ni. Dah pakai kasut khas Vacocast, Tapi luka melecet pula di bahagian buku lali. Luka makin membesar dan nampak macam sukar nak elok sebab suamiku ada diabetic.
Doktor Orthopedik decided untuk buat pembedahan keluarkan plate jika keadaan makin teruk. Nak menapak pun dah susah tu.
Dengan keadaan kaki kanan yang makin tak boleh menapak, akan buat second operation dalam masa terdekat, adakah bulan Mei 2023 ini doctor akan set appointment untuk buat kidney transplant. Aku risau…
Antara sebab doktor tunda sebelum ni pun adalah kerana keadaan Din yang tak fit. Buah pinggang yang akan diterima ini adalah sesuatu yang amat-amat berharga.
Sayangnya kalau selepas kidney transplant nanti suamiku tak mampu untuk bertahan dan mengikuti semua prosedur yang dah di atur oleh Hospital.
Doktor ada maklumkan, selepas prosedur transplant pesakit perlu hadir kerap ke hospital untuk check up dan follow up untuk pastikan badan penderma boleh terima buah pinggang baharu sepenuhnya.
Maka, pesakit sepatutnya boleh bergerak dan fit. Keadaan salur darah utama di kaki Din juga tersumbat. Aliran darahnya lemah. Ya.. Din kurang bergerak. Tahun 2021, 2 jari kaki kirinya dipotong kerana gangrene.
Itulah permulaan Din kurang bergerak. Aku yang buat dressing setiap hari dan alhamdulillah dah baik lukanya. Bulan Mei 2022, kaki kanannya pula patah.
Nurse dari Hosp X di sabah telefon kami mengingatkan tentang keesahan keputusan ujian darah dari pihak penderma hanya boleh diguna pakai dalam masa setahun lebih sahaja. Kalau melebihi masa yang ditetapkan, kena mula semula work up dari awal.
Oh ya.. adik ipar aku ni tinggal di Sabah. Maka segala proses bagi pihak penderma di buat di hopital di Sabah.
Suami aku nampak macam dah hilang harapan. Dia hanya diam dan kurang bercakap. Selera makan berkurang. Aku agak kesan dari dialisis yang dia jalani sejak setahun ni.
Tanggungjawab sebagai suami dan bapa? Sudah lama aku yang tanggung. Aku yang uruskan segala-galanya.
Bab duit memang sedia maklum la bila ada ahli keluarga yang sakit kronik dan dialisis ni. Memang amat-amat kesempitan. Kami dah jual apa-apa yang menjadi beban. Sekarang tinggal satu kereta kecil sahaja untuk aku pergi kerja.
Duit banyak digunakan untuk beli barang perubatan dan alatan dressing luka suami. Selebihnya untuk keperluan pelajaran anak-anak dan makan.
Suamiku hanya duduk di katil dan diam. Dia hanya fokus pada dirinya sahaja. Sudah tak ambil tahu hal sekeliling.
Dia dah tak mampu dari segi fizikal dan mental untuk bekerja. Nak berfikir pun macam tak fokus. Amat berbeza keadaan dia semasa dia masih sihat 5 tahun dahulu.
Sebelum menjalani dialisis ni pun dia memang tak sihat dah. Berjalan sikit pun semput sebab pengumpulan air dalam badan akibat kurang fungsi buah pinggang.
Amat berbeza wataknya sebelum sakit. Dulu dialah manusia yang paling garang. Anak-anak semua menikus dengannya. Memang amat panas baran.
Anak perempuan aku pun pernah di lempang oleh ayahnya akibat buat kesilapan. Anak lelaki nak ditumbuknya. kalau nak cerita memang macam-macamlah.
Hasilnya, anak-anak menjauh dari ayahnya. Tak rapat dari kecil. Anak-anak menjadi saksi dia maki dan hina aku. Kena maki Pu####k, B##i, Bu**h, S*al dan macam-macam la.
Masa aku bawa dia ke hospital untuk routine appointment jumpa doktor pakar, di maki-makinya aku. Mengamuk lempar barang depan lift hospital. Menangis aku sambil tolak kerusi rodanya. Nasib baik pakai pelitup muka. Tak ada la orang perasan sangat…
Boleh kata setiap kali pergi hospital memang ada scene dengan dia. Sampai trauma aku dan anak-anak nak bawa dia ke hospital.
Anak perempuan aku akan sentiasa menemani aku saat kena bawa ayahnya ke bahagian kecemasan Hospital setiap kali dia demam panas, infection kaki, patah kaki. Tapi, kalau bukan kami siapa lagi nak uruskan?
Sepanjang dia sakit ni, dah satu kali dia ceraikan aku. Tapi aku bersetuju untuk rujuk balik sebab aku masih ada rasa untuk jaga dia.
Bayangkan, dalam edah lepas ceraikan aku dia masih nak duduk dalam rumah sekali sebab senang nak pergi dialisis. Aku juga yang buat dressing jari kakinya yang kena potong.
Hakikatnya memang dia dah tiada siapa-siapa yang mampu jaganya selain aku dan anak-anak. Tapi dia tak sedar hakikat itu. Adik-beradik dia? Malas aku nak cerita.
Dalam rumah, aku hanya ada anak-anak yang menguatkan semangatku. Tapi sekarang anak aku seorang di asrama penuh dan seorang lagi di Universiti. Aku memang banyak keseorangan di rumah mengurus suami.
Anak-anak pun hanya ada ibunya sahaja tempat meluah perasaan dan berkongsi rasa. Kalaulah aku tiada mereka, dah lama aku kemurungan rasanya. Sekarang ni bila keadaan suami dah makin lemah, dia pun dah tiada daya nak maki dan jerkah aku.
Aku meneruskan hari-hariku dengan penuh harapan. Semoga suamiku berjaya menjalani pemindahan buah pinggang. Semoga suamiku tidak kembali ke perangai asalnya jika dah sihat semula.
Yang paling ku harapkan, semoga aku masih kuat menempuh hari esok. Anak-anak amat perlukan aku. Doakan aku kuat dan sihat kawan-kawan…
– Teratai (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit