Semua Ada Harganya

Assalamualaikum wrt wbt. Terima kasih admin sudi siarkan confession ni & terima kasih pembaca yang sudi baca luahan yang tak seberapa ni.

Tadi aku baca confession “isteri derhaka lahirkan anak derhaka” (https://iiumc.com/isteri-derhaka-melahirkan-anak-derhaka/). Astaghfirullah al-azim. Sebelum ni pun ada few confession tentang kekecewaan anak terhadap ibu bapa.

Agak sedih, sebab aku pun pernah alami situasi lebih kurang sama. Masa aku kecil, mak aku tengah penat mendidik & membesarkan anak-anak jadi beliau memang garang.

Bila aku meningkat remaja, aku selalu jadi mangsa kemarahan beliau walaupun benda bukan salah aku. Kadang sampai tak mengaku aku anak & halau aku dari rumah. Masa tu aku baru 13 tahun kot.

Tapi sebab dah biasa hidup jaga diri sendiri, memang aku betul-betul fikir mana aku nak pergi, mana nak tidur, tumpang masjid ke, mana nak cari makan lepas ni, berapa duit yang aku ada utk keluar rumah, etc.

Tp aku takut kalau orang nampak aku keluar rumah bawa beg semua nanti terbuka lah aib keluarga aku. Sampai ke situ akal muda aku berfikir. Tapi last-last aku tertidur dalam bilik gelap dengan air mata. Esoknya bangun & hidup macam takde apa jadi semalam haha.

Sekarang aku tahu, rupanya masa ni mak aku tengah menopause, emosi tak stabil.

Aku terus hidup dengan hubungan yang suam-suam kuku dengan parents aku. Memang aku bukan jenis yang mesra. Lagi pula membesar dgn parents yang garang kan. Aku tak rasa aku pernah peluk parents aku. Sekadar salam cium tangan je. Sangat tak affectionate.

Tapi alhamdulillah beberapa tahun lepas parents aku dah mula lebih caring pasal aku, kerap call etc. Dan aku pun dah mula lebih terbuka kepada parents aku. Itu selepas aku meluahkan sesuatu dekat dorang.

Start daripada tu, ada masalah yang membeban sangat, macam stuck dgn research ke, aku akan lebih terbuka utk mengadu dekat dorang. Kadang sampai menangis-nangis. Lepas tu terus clear otak aku! Rahmatnya parents untuk kita..

Baru ni ada yang confess parents dia kedekut. Relatable. Cuma aku tak rasa parents aku kedekut sebab gaji dorang tak sampai 30k pun. 3k pun tak sampai kot.

Hidup kami cukup sederhana. Makan biasa-biasa. Pakai, mungkin raya je dapat baju baru. Tapi sekarang aku sedar, itulah yang mengajar aku untuk hidup sebagai manusia.

Nasfu sentiasa berkehendakkan lebih. Dan untuk dapatkan yang lebih tu, aku kena usaha sendiri lah. Start masuk kolej aku dah tak pernah minta duit parents lagi. Siap lebihan duit pinjaman tu aku bagi parents guna untuk apa-apa urgency.

Sampai aku sambung belajar few years lagi & dah takde pinjaman, kalau duit belanja yang parents bagi dah nak habis, aku tak tahu macam mana nak mintak. Rasa malu dengan parents yang dah tua. Tapi dorang instinctively knew & transferkan aku duit makan.

Entahlah. Kalau nak cerita, semua orang ada baik buruk masing-masing. Aku pun pernah salahkan parents aku. Aku rasa mereka tak cukup baik sebagai parents.

Aku pun pernah benci keluarga aku. Tapi bila aku mula belajar kekurangan diri aku, aku mula kutip kebaikan diri dorang, aku mula rasa sayang balik pada mereka. Beliau ibu, beliau ayah, figure yang besar untuk kita anak-anak.

Tapi mereka juga MANUSIA. Yang imannya turun naik. Yang ada lebih & kurang. Yang ada dosa & pahala. Kita bukan anak malaikat. Kita anak manusia. Manusia mana yang tak berdosa? Kita kena acknowledge kebaikan mereka, juga kekurangan mereka.

Sebenarnya daripada cerita confessor ‘Isteri Derhaka Lahirkan Anak Derhaka’ tu, aku rasa mak confessor nak kan kasih sayang. Keras kepala & nak betul sendiri tu sikap yang dah sebati dalam diri beliau. Tapi tak bermakna dia benci sungguh-sungguh pada anak.

Cuba lah heart to heart, dalam keadaan confessor sendiri redha dengan mak & sudi mengaku salah sendiri. Tanya dengan mak, “mak sayang saya tak? Saya sayang mak & saya nak hubungan kita lebih baik daripada sekarang.”

Buat seikhlas hati, baca Ya Latiff Ya Latiff, minta Allah lembutkan hati awak & hati mak. Ramadhan ni elok lah syaitan tengah takde. Kalau rasa ego jugak tak nak berbaik dengan mak, tu tandanya hati kita sendiri yang dah keras. Kena usaha lembutkan.

Saya doakan confessor & siapa-siapa yang tengah dingin dengan family, semoga semua kembali merasa rahmat & bahagianya kasih sayang berkeluarga, in-shaa-Allah.

Berbalik pada tajuk, mungkin ini harga yang anak perlu bayar untuk hidup berdampingan dengan ibubapa. Korbankan perasaan & kepentingan diri.

Sedangkan mereka yang tak merasa gaduh dengan parents etc, mungkin harganya ialah hidup tanpa parents. Atau parents yang tak kesah langsung pasal anak, macam dalam cerita The Willoughby tuu haha lagi sadisss.

Bagi parents pulak, mungkin dapat zuriat yang diidam-idamkan, tapi datangnya dengan harga anak yang tak bersyukur, melawan, & sebagainya.

Sebenarnya tajuk ‘Semua Ada Harganya’ ni aku nak confess pasal alam rumahtangga. Sebagai pesanan kepada yang belum kahwin.

Tapi lepas baca confessions anak-anak ni, aku rasa nak kena jawab pulak sbb aku dah banyak dengar & lihat kisah nyata konfliks anak dengan parents. Sedih sangat. Rindu mak ayah kat kampunggg.

Dah terpanjang pulak malas la nak sambung ke topik asal, haha.

Salam Ramadan semua. Selamat berbahagia walau ujian melanda, because Allah loves you, He loves us all & gave us so many chances to be a better person.

– Nuri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *