Assalamualaikum Hassan, confession awak buat saya trigger nak baca, (https://iiumc.com/jemaah-universiti/). Ingatkan nak citer pasal jemaah Ikh***, sekali entah pape. Kosong, takde point.
Rakan-rakan, mari saya ceritakan serba sedikit tentang Jemaah Islam. Dekat Malaysia ni ada sangat banyak Jemaah Islam, semuanya berpandukan kepada tujuan yang sama, iaitu untuk tubuhkan Daulah Islamiyah (Negara Islam).
Dalam hadith Nabi, akan ada 5 zaman dan zaman yang terakhir sebelum kiamat adalah zaman khilafah iaitu zaman pemerintahan Islam. Sekarang jemaah-jemaah Islam seluruh dunia sedang mengejar ke arah sistem khilafah ni.
Kalau awak nampak ada geng-geng usrah tu, diorang tu join Jemaah la tu. Kat universiti pun ada banyak jemaah, awak pilih je nak masuk yang mana, sesuai dengan kemahuan awak, as long as jemaah tu mendekatkan awak kepada Islam.
Jemaah ni yang tak okaynya sebab terlalu banyak. Berpecah-belah, saling bersaing sesama sendiri, semua nak claim jemaah sendiri paling bagus, paling betul. Jemaah lain semua salah. Pastu berebut ahli. Itu yang tak okay.
Alangkah baiknya kalau semua jemaah yang ada ni bersatu. Tak ke tujuan nak bina Daulah Islamiyah itu akan jadi lebih lancar?
Jemaah ni bagus, sebab banyak ingatkan kita kepada akhirat, kuatkan aqidah kita, buat kita banyak belajar tentang sirah Nabi, merapatkan ukhuwah, buat kita lebih kenal Tuhan, buat kita rasa nak dakwah orang lain.
Kelebihan jemaah ni sangat banyak sebenarnya. Bila duduk dalam circle jemaah ni, insyaAllah iman terjaga. Jauh dari kecenderungan untuk buat maksiat. Rasa malu nak buat dosa. Rasa hina bila amalan tak lengkap.
Saya pun pernah join jemaah. Sebut je jemaah apa yang awak tahu, mostly saya pernah join. Cuma jemaah sesat Ikh*** je saya tak pernah join.
Tapi pernah la baca buku karangan Abu**, dalam buku dia memang bagus. Tapi entahlah. Saya tak pernah join, jadi saya tak tahu macam mana jemaah tu jadi sesat.
Cuma kalau ikut fahaman saya, jemaah Al-Arq** tu asalnya adalah pecahan dari jemaah P**, sistem usrahnya lebih kurang sama.
Cuma saya pernah dengar, jemaah tu jadi sesat kerana ketaksuban pengikut abu** yang percaya bahawa Abu** itu wali. Padahal abu** sendiri tak pernah claim diri sendiri wali. Wallahua’lam.
Dari pengamatan saya yang dah biasa dengan jemaah, jujur saya puji sistem ekonomi jemaah Ikh***, berkembang pesat dan bagaimana taatnya pengikut jemaah itu kepada pemimpinnya. Begitu kuat sekali thiqah mereka terhadap pimpinan.
Cuma silapnya adalah mereka dikatakan sesat dan menganiaya pekerja demi agama atas tiket jihad. Jihad tu mulia tuan puan, lagi2 bekerja untuk jemaah, besar pahala.
Dalam jemaah lain, ramai juga yang buat kerja suka rela bantu jemaah tanpa gaji, tapi tidaklah sampai kerja 24 jam untuk jemaah tanpa langsung tiada epf/ kwsp. Manusia ni bukannya hamba.
Yang saya nampak dari penceritaan bunga, Jemaah ikh*** ni terlalu besar jurang sosial ekonomi pemimpin dan ahli biasa.
Pemimpin dan golongan sosial atasan hidup senang, sedangkan ahli bawahan hidup sekadar cukup makan dan mengabdikan diri untuk jemaah sehingga hak dan kepentingan diri sendiri terabai.
Saya pantang juga mendengar kanak-kanak bekerja. Ini sudah menyalahi agama, apatah lagi human right.
Agama suruh ibu bapa bimbing dan didik anak dengan ilmu secukupnya, penuh dengan kasih sayang. Kasihan si anak tidak berpeluang sambung pelajaran, malah jauh dari ibu bapa. Ada yang tidak kenal anak sendiri.
Jika semua orang Islam hanya belajar ilmu agama sahaja, bagaimana pula dengan ilmu dunia yang fardhu kifayah seperti ilmu perubatan, ilmu ketenteraan, ilmu pendidikan, ilmu kejuruteraan, ilmu teknologi dan sebagainya?
Kita hidup di Malaysia, waqi’ kita sekarang perlu seimbang dunia akhirat, jangan terus tinggalkan dunia kerana nak beribadat zaman sekarang pun perlukan duit. Contoh mudah, nak pergi haji dan umrah perlu ada duit. Nak bersedekah juga perlu duit.
Contohilah sahabat Nabi Abdul Rahman Bin Auf sahabat yang pemurah dan dermawan. Kumpul harta dunia tidak salah jika akhirnya digunakan untuk agama.
Sedangkan isteri Nabi Khadijah juga kaya harta, hebat dalam perniagaan, malah banyak hartanya disumbangkan untuk Islam.
Tapi apabila saya tahu tentang kisah di sebalik kehebatan bisnes Global Ikh***, saya terus berazam untuk boikot segala bisnes mereka.
Jika kita membeli produk mereka, tidakkah kita menyumbang kepada ekonomi jemaah sesat dan sekaligus menyumbang kepada lebih banyak perhambaan kanak-kanak? Janganlah belanjawan kita menjadi asbab kepada penyeksaan insan lain.
Tuan puan, janganlah kerana satu jemaah yang sesat, habis semua jemaah anda pandang serong. Masih banyak jemaah yang masih benar, masih berpandukan Al-Quran dan sunnah. Tabligh itu juga satu jemaah tuan puan.
Jika tabligh berdakwah secara lembut dengan mengetuk pintu rumah ke rumah, ada jemaah lain yang memperjuangkan pendidikan islam (sekolah rendah islam, sekolah menengah islam, kolej islam),
Ada juga jemaah yang memperjuangkan politik islam, ada juga jemaah yang memperjuangkan hiburan islam,
Tapi begitulah.. jemaah-jemaah ini mungkin tuan/puan tidak pernah dengar atau tidak pernah nampak… kerana dakwahnya masih lemah.. dan dunia juga kini semakin di penghujung usia..
Dakwah sekarang semakin lemah, para agamawan juga sudah tenggelam dengan nikmat popular, anak muda pula tenggelam dalam arus hiburan, anak-anak kita pula ramai fanatik kpop,
Ahli jemaah sendiri juga masing-masing sibuk cari rezeki demi meneruskan kelangsungan hidup, sehingga terlupa untuk berdakwah.
Segala yang haram dilihat biasa pada zaman sekarang. Jika pernah berzina, kita katakan, “manusia tidak sempurna pasti ada yg buat silap”. Zina itu sangat besar mudaratnya kepada masyarakat.
Lahirnya ramai anak tak sah taraf yang akhirnya merosakkan keturunan. Kita pun tidak tahu jika seorang lelaki dan seorang perempuan yang mahu berkahwin sebenarnya berkongsi ayah yang sama? (jika kedua mereka adalah anak zina).
Jiran saya sendiri ada 3 anak zina yang dia sendiri tak pasti siapakah bapa anak-anaknya (sebab pernah tidur dengan ramai lelaki).
Kesannya, bagaimanakah dengan isu perkahwinan anak-anaknya nanti? Boleh jadi jika mereka tersalah kahwin dengan adik beradik kandung sendiri?
Tuan puan, agama Islam tidak pernah salah. Jangan larang ahli keluarga anda mendalami ilmu agama, tapi pastikan mereka menuntut dengan alim ulama yang betul, bukan yang fasik dan sesat.
Hidup ni biarlah wasatiyyah, secara sederhana. Jangan terlalu taksub dengan pemimpin, kerana mereka juga manusia, tidak maksum.
Tapi janganlah pula dicerca agamawan hanya kerana seorang dua yang rosak, kerana siapalah kita sekarang tanpa dakwah dan ilmu agama dari mereka.
Sesungguhnya ulama’ itu pewaris Nabi. Merekalah yang menyampaikan kalam-kalam Nabi. Meskipun mereka tidak sempurna, tapi adab berguru mestilah menghormati guru.
Ayuh, cegahlah penunggang agama, tapi angkatlah ulama yang ikhlas berdakwah demi agama. Akhir kalam, marilah dekatkan diri kepada Allah.
– Marshanda (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit