Semua Kata Dia Baik, Tapi Dia Sebaliknya

Salam dan selamat sejahtera. Maaf jika ada banyak ayat terabur. Kita sudah dengar banyak kes suami kelar isteri, bunuh anak isteri, pukul sampai icu dan sebagainya.

Baru2 ni di mana ada suami yang kelar isteri dan anak kemudian melarikan diri dalam keadaan bog3l, maka ramai la mula jadi polis dan keyboard worrior buat macam2 speculasi tambah2 ramai juga ramai claim kenal mangsa dan kata mangsa ni baik.

Tapi mana yang jadi kes jiran2 tetangga, kawan dan ahli keluarga claim kata si suami bermasalah memang ramai laa kecam tak kira orang tu normal atau pon tidak.

Kes sebegini membuatkan aku terfikir jika aku ditempat si mati di mana suami aku jenis pendiam, kalau berbual dengan kawan2 memang nampak ramai senang dengan dia, family aku juga banyak kali kata suami aku ni baik…

Family mertua juga mestilah sanjung anak sendiri.. Ya suami aku memang baik, dia tolong segala kerja2 rumah, dia tolong bab anak, nafkah tak pernah culas apa sahaja nak makan in shaa Allah dia usahakan,

Tapi bila di rumah tangga yang hanya kami sekeluarga sahaja ada banyak juga side buruk die yang aku banyak simpan aib die, yang aku tak pernah luah dekat siapa2 mahupon orang tua kami.

Die jenis baran, hari2 jika anak aku buat silap tak kena pada mata die akan marah dan memaksa ikut seperti yang dia nak, die pernah rotan anak aku sampai berbilai 3 hari tak hilang semata2 nak lepas marah ke anak bukan untuk mengajar,

Pernah juga die dislocate bahu anak tapi die salahkan anak aku yang 2 tahun tu sebab degil tak dengar cakap katanya!!

Kalau bergaduh dengan aku akan keluar makian and ungkit segalanya.

Paling teruk dia pernah sekali cekik dan tampar semasa aku mengandung 3 bulan anak ke 2 kami hanya kerana aku suruh dia balik cepat lepas jumpa kawan aku demam selsema tak larat nak jaga anak dan takut berjangkit.

Paling kelakar lepas die tampar aku tu dia boleh sambung keluar lepak dengan kawan seolah2 tiada apa berlaku.

Sepanjang perkahwinan kami banyak2 aib dia aku simpan cuma kali ni hanya kerana pasal kes aku dipukul tuu aku terpaksa cari orang tua kami.

Aku mengadu pada ibuku tapi hampa mak aku hanya diam diri kata orang tengah marah tak boleh ditegur dia suruh aku bersabar, mengalah dan minta maaf…!!

Langsung tak fikir keadaan aku yang berbadan dua.

Bila aku mengadu pada ibu mertua lagi laa dia salahkan aku balik kata aku kasar dan melawan dengan suami, (perempuan mana yang tak melawan rela diri kena pukul mesti la ada nak pertahankan diri)

Mertua juga salahkan aku kerana tak bagi suami lepak jumpa kawan siap bandingkan dia dulu tak pernah halang suaminya lepak sampai tak balik!!

Dan suruh aku bersabar juga..!! Bila aku ugut nak buat report polis dua2 tak bagi especially mertua dia siap kata malu nak perbesarkan hal yang kecil… pukul isteri dalam keadaan mengandung tuu bagi mereka hal remeh??????

Aku jenis perwatakkan kasar tak kira depan ibuku atau mertua jika aku marah anak tegur kesilapan anak pon aku cakap terus tak de cover2 control nak tunjuk aku pendiam lemah lembut sebab aku bukan macam tu..

Kadang2 suka membebel tu normal, tapi jika suami penat aku layan dia seperti raja, mandikan dia, hidangkan makan untuk dia ayat terima kasih tu memang tak lekang dari mulut aku hari2,

Jika bergaduh awal2 je menjawab tapi aku tak pernah mencarut agak2 tahap mengarut aku pilih untuk diam.

Tapi keliling aku pilih suami yang pendiam tuu baek. Perbuatan dia dilupakan, aku pernah cakap jika duduk berjauhan dari semua apa2 jadi dekat aku memang tiada siapa peduli sebab aku simpan rapi aib buruk suami,

Sedangkan masing2 tahu dia pernah pukul aku pon masih lagi dikata baik dan suruh mengalah..!!!

Dan tetap cari salah aku…. Buatkan aku terfikir jika kejadian simati itu sama terjadi pada aku adakah nasib aku terbela?? Adakah aku juga akan dipersalahkan kerana melawan?

Bukan senang nak tuntut cerai yer bila jadi mangsa jika keluarga sendiri pon pilih memihak pada si suami, dekat siapa aku perlu pergi? Dekat siapa lagi aku nak mengadu hanya pada Allah..

Aib suami yang disimpan rapi laa suami nampak baik dimata dunia. Tiba aku yang perwatakkan kasar nii terus ditindas sedangkan dalam rumah tangga aku yang banyak mengalah.

Kasar2 aku tak pernah terfikir untuk derhaka pada suami mahupon orang tua tapi mereka tetap nilai buruk pada perwatakkan kasar tuu….

Tahukah kamu hanya pasangan sahaja yang benar2 kenal hati dan perangai pasangan masing2 bukan kawan, bukan adik beradik mahupon ibu bapa kita sendiri.

Family aku nampak aku kasar tapi dia tak tahu aku dengan suami jenis manja nak berkepit.

Tak semua perwatakkan kita yang sebenarnyaa ditunjuk dekat orang keliling sebab kita hanya nak tunjuk apa yang orang nampak dan fikir kita baik…!!!

Doakan moga rumah tangga aku jadi lebih baik in future.. Suami da berjanji untuk berubah kurangkan baran dan tak kan ulang kejadian naik tangan lagi.

Aku sebagai manusia yang tiada siapa2 untuk bergantung selain tuhan hanya mampu redha dan minta yang baik2… Terima kasih..

– Jaja (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *