Untuk part I, (https://iiumc.com/semua-kata-dia-baik-tapi-dia-sebaliknya/).
Salam semua. Terima kasih atas nasihat2 kalian disini saya confess kali ke dua untuk jawab beberapa soalan yang buat orang tertanya2 dan elak jadi timbul salah faham mahupon fitnah.
Tapi bagi yang mengeji tu tak pela laa doakan sahaja moga2 keturunan kita tak merasa.
Macam saya cakap bukan mudah untuk saya bercerai bukan sahaja sebab tiada sokongan keluarga malah saya akui saya masih sayangkan suami.
Suami tak pernah naik tangan walaupon dia baran tapi masa dia pukul tu adalah yang pertama kali dan tak disangka2 sebab bukan gaduh besar pon.
Sebelum ni kalau gaduh besar pon lepas dia mencarut2 dalam whatsap bila ada depan mata masing2 berdiam diri dan akan bertegur esoknya untuk bincang dan mesti sama2 minta maaf.
Kejadian pukul tu terjadi semasa saya dekat rumah mak sendiri tengah bercuti di kampung, kejadian pukul juga terjadi depan mata mak sendiri dan akak,
Sumpah saya memang down sangat2 masa tu rasa hampa kecewa yang tak terkata bila nampak reaksi mak yang pertahankan suami.
Lepas suami tampar tu saya menjerit macam orang gila panggil suami dayus pukul isteri yang tengah hamil dan demam tapi dimarahi akak, dia suruh diam nanti jiran2 dengar!!
Dalam keadaan tak sihat dan kena jaga anak memang tak dapat nak buat report polis sebab dekat rumah mak saya kaw2 kena brainwash dengan mak sendiri dan mil masing2 suruh saya mengalah dan minta maaf.
Dan sumpah saya masih dalam keadaan terkejut tak tahu nak buat apa.
Nak buat report polis pon lebam tiada cuma rasa sakit2 badan dan sakit bila tekan pipi,
Esoknya anak berjangkit demam da memang tak cukup masa terburu2 bawa anak ke klinik otak langsung tak fikir pasal polis tapi lebih fikirkan pasal anak yang tengah demam selsema.
Saya tak pernah bagi mak jaga anak saya dan masa perbincangan saya ada suarakan niat nak bercerai tapi ditentang mak sendiri dan akak juga ugut urusan anak2 sila urus sendiri dia takkan masok campur mahupon tolong apa2.
Bayangkan sahaja situasi yang saya hadapi mampukah anda fikir dengan waras nak merancang buat apa??
Tidak pada saya, hanya mampu menangis sambil jaga anak yang tengah sakit dan saya pon sakit2 badan.
Saya cuma call kawan2 dan mengadu pada mak angkat tanya apa patut saya buat hanya mereka bagi kata2 semangat dan mereka juga tak sangka tindakkan mak saya hanya membisu..!!
Saya bukan setakat kecewa dengan perbuatan suami malah kecewa dengan mak sendiri, nak keluar bawa diri tak boleh anak tengah tak sihat saya pula masih dikampung.
Sejujurnya dulu dengan mak saya jadi mangsa dera, mak juga pernah doakan saya mati disepit lori, masa mengandung anak pertama mak juga pernah doakan saya susah nak beranak tapi allah maha adil tiada satu pon doa die termakbul.
Saya sebagai anak sumpah lillahi tak pernah kurang ajar dengan mak walaupon kena dera fizikal dan emosi even sampai sekarang masih menagih kasih sayang mak tu,
Sebab tu saya nak cucu rapat dengan mak dan alhamdulillah dia layan elok anak saya bila dah tua ni tapi tu laa ingat berubah elok tapi tak sangka bila kejadian pukul tu dia pilih untuk membisu juga!!
Sedangkan mak kandung sendiri dera dari kecil pon saya tak mampu nak buang inikan suami yang baru pertama kali naik tangan, biarlah kata saya bodoh dan sebagainya saya terima.
Selepas kejadian pukul tu saya usaha cari pakar kaunseling dan kami berdua sudah pon berjumpa pakar, suami kata masa kejadian dia marah tu dia sendiri tak sedar apa yang dia buat dan berkali2 minta maaf.
Dia juga kata jika terjadi lagi sekali dia sendiri suruh saya buat report polis.
Memang saya sayang suami sangat2 sebab dalam keluarga dia utamakan saya dan anak, nafkah makan apa sahaja minta dapat, tiap2 minggu bawa bercuti, bila saya sakit dia jaga dan semua ciri2 yang isteri2 lain nak ada pada dia kecuali naik tangan tuu la… hahaha…
Macam saya cakap sebelum ni antara buruk baran dan naik tangan banyak juga kebaikkan dia. Dan aib2 lain saya masih mampu pejam mata sebab saya utamakan baik yang banyak tuu..
Begitu juga dengan keluarga saya teruk2 mak layan saya, teruk2 adik beradik sisih saya tak membantu bila jadi begini tapi saya bersyukur sebab mereka rapat dengan anak saya, apa anak saya nak mereka sanggup cari, anak saya pon bangun2 tidur cari maklong and nenek dia.
Sanggupkah saya nak bawa diri jauhkan anak dari nenek, maklong dan suami mestilah jawapannya tidak yang berada disituasi saya je akan betul2 faham sebenarnya.
Paling last pasal bahu anak tu kejadian dekat shopping mall saya pergi toilet keluar2 toilet anak menangis dan dia cerita anak nak pergi kedai toys suami tak bagi dan terjadi la kes tarik2 tangan tiba2 dislocate.
Masa tu saya memang da marah suami tapi taknak bebel lebih2 sebab dekat mall kan tambah suami tengah marah time tu jika saya turut marah tak ke akan jadi lagi keruh.
Suami jenis kena cooldown baru die boleh terima kesalahan mahupon teguran..
Lagi sekali saya ucapkan terima kasih pada yang bagi cadangan memang da lama saya ambil gambar2 berbilai anak dan simpan bukti.
Terima kasih juga pada yang mendoakan. Moga yang baik2 berbalik pada kalian. Moga hidup kita semua diberkati.
– Jaja (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit