Semua Lelaki Sama Ke?

Assalamualaikum semua. Aku tahu tajuk tu mesti buat ramai triggered kan. Aku nak percaya bahawa ada ramai lagi lelaki baik kat dunia ni. Please korang2 yang lelaki baik yakinkan aku bahawa ada lelaki yang setia.

Aku dah penat hadap kecurangan suami aku yang berkali2. Pagi tadi dia bagi kata2 mutiara yang kawan2 lelaki dia semua ada perempuan simpanan.

Kawan2 kat pejabat dia (termasuk laki orang) semua berebut2 nak dapatkan kekasih gelap dia tu. Kononnya semua orang cemburu lah dengan hubungan dia dan kekasih gelap dia tu.

Yang aku tak boleh brain, suami aku cerita kawan2 office dia ada yang support percintaan diorang dan kalau diorg gaduh nanti kawan2 tu yang akan damaikan diorang.

Lepastu, sekarang ni bukan main bangga lagi dia perempuan2 semua nak rapat dengan dia. Kononnya nak try. Suami aku cerita siap ada yang offer nak jadi skandal.

Aku jadi turn off dah dengan suami aku.

Sedikit gambaran pasal suami aku, rupa dia sama level dengan Shuk sahar, perut dia boroi, gaji dia minimum, kitorang hidup memang selalu duit tak cukup. Kerja dia biasa je. Bahagian pelaksana. Cuma, aku tak nafikan dia dengan perempuan memang caring.

Kenapa aku tak ceraikan je dia? Sebab dia suami yang baik, bertanggungjawab, ayah yang baik. Aku tak nafikan semua tu. Kekurangan dia cuma CURANG je.

Kes2 sebelum ni dia masih boleh berfikir waras untuk tinggalkan skandal2 dan pilih family. Dengan perempuan baru yang jadi rebutan ramai ni dia terus gelap mata nak tinggalkan aku dengan anak2.

Dia kata tu cinta pertama dia, perempuan yang suci, faham dia.. suci lah sangat. Perempuan ni ada 3 lagi laki orang dia tengah berkenalan. Aku cakap dengan suami aku perempuan macam ni ke yang kau pilih? Bukan main dia back up perempuan tu.

Perempuan tu bukan main melayan. Siap ajak2 keluar malam2. Teman sana sini breakfast lunch sama2. Bak kata suami aku kami susah senang bersama. Puih. Aku kat rumah ni setengah mati tau hidup serba kekurangan.

Aku ni suri rumah takde pendapatan. Anak2 pula tengah nak habiskan tadika. Jadi aku cakap dengan dia kalau nak cerai juga tunggulah anak tu habis tadika dia. Sebab yuran pun dah bayar. Bukan murah yuran tadika anak.

Sebab sekarang ni aku duduk negeri jauh dari family. Kalau bercerai aku memang kena pindah balik negeri kelahiran sebab aku takde duit nak sara anak.

Sebab tu lah aku tahan je sampai anak2 habis sekolah. Nak masukkan tadika baru takde duit nak bayar yuran.

Korang doakan lah yang terbaik untuk aku dan aku jumpa lelaki yang baik dan setia. Sebab aku tahu ramai lelaki yang baik dam setia kat luar sana. Yang keluar bekerja untuk anak isteri.

Aku cuma nak meluah ke sebab aku pendam je seorang2. Takde kawan yang aku boleh cerita.

Terima kasih sudi baca. Tolong bagi kata2 semangat dan doa yang baik2 untuk aku ye.

– Isteri Tersakiti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *