Semua Mahukan Yang Terbaik

Assalamualaikum confessor (Taksub pada gelaran ‘Dr.’ hingga membawa beban pada orang sekeliling).
I appreciate your opinion and all of your supporting points.
Therefore, this is my opinion from a student’s point of view.

Saya yakin, confessor telah buat ‘homework’ dulu sebelum menulis, bahkan telah melihat apa yang terjadi secara ‘live’. Walaupun terdapat segolongan pelajar perubatan di negara-negara ditaja oleh ibu bapa sendiri, namun sebilangan besar daripada pelajar2 kita di negara-negara berkenaan juga merupakan mereka-mereka yang telah memperoleh keputusan SPM dan kokurikulum yang cemerlang. (I know you are not ‘generalising’ things but then some of your points look as if you were)

Di mesir contohnya, kita masih ada batch terakhir tajaan MARA (melalui skim pelajar cemerlang, SPC SPM) di Universiti Iskandariah, pelajar2 dibawah skim cemerlang JPA di Universiti Kaherah, pelajar2 cemerlang tajaan Yayasan-Yayasan Pelajaran Negeri, Badan-badan Zakat di Malaysia dan lain-lain lagi. Rata-rata mereka ni bukan setakat straight A’s sahaja, malah ramai antara mereka yang mendapat straight A+ dalam SPM. Ada juga yang hafiz hafizah sejak di bangku sekolah lagi.

Begitu juga dengan pelajar-pelajar kita di Jordan, yang rata-ratanya merupakan pelajar-pelajar tajaan program MARA-JPA.
By the way tahu tak matawang Jordan ialah dinar? Which is extremely expensive. Sila Google exchange rate ya, terima kasih. Jadi kebanyakan penuntut perubatan mahupun pergigian di Jordan merupakan pelajar-pelajar cemerlang yang ditaja oleh badan-badan sedia ada di Malaysia gara-gara kosnya yang tak kurang hebat. Jadi adakah pelajar-pelajar ini merupakan ‘spm leavers’ yang mempunyai keputusan tidak kompeten?

Rusia, Indonesia
Di negara-negara masih lagi terdapat pelajar-pelajar asal tajaan JPA dan MARA. Dan tahukah anda,penuntut di Rusia ni belajar perubatan dalam bahasa Rusia yang teramatlah susah. Bermakna, walaupun ada yang pergi melalui ejen, namun ‘survive’ untuk naik ke tahun bukan perkara mudah. A lot of sweat and tear. Serius tabik bagi yang mampu catch up. May Allah ease everything for all of you :)

Habis tu yang private lepastu pergi sendiri, then mintak MARA/JPA?

Kalau dapat, selalunya sebab keputusan peperiksaan yang cemerlang dan penglibatan aktif dalam komuniti pelajar. Semua rezeki dari Allah, siapa kita nak persoalkan. Kadang-kadang mereka yang pergi dengan duit ibu bapa sendiri ni bukannya tak pandai, bahkan ramai yang keputusan SPM bagus-bagus, cuma bukan rezeki untuk dapat tajaan (plus sekarang banyak orang main kroni untuk dapat tempat, biasiswa dan sebagainya..ini bukan tuduhan tapi realiti. Dan kebanyakan mereka yang guna cara ni terdiri daripada golongan berada. Hairan sebenarnya, dah kaya-raya dan mampu tapi masih nak mohon biasiswa /dermasiswa, Mara, JPA dsb.)
Dan ada juga yang pergi dengan duit sendiri kerana ibu bapa yang berkemampuan, yang mana ibu bapa merasa wang tersebut lebih baik digunakan untuk golongan lebih memerlukan (salute lah golongan ni!)

Therefore it’s not wise to compare your condition with theirs.
And I can see that you are well-versed that the best place to learn medicine is the country where you practice medicine itself.
Habis tu kenapa tak buat medik di Malaysia je? Kenapa nak ke oversea? Negara-negara macam mesir..Jordan..
Saya yakin setiap daripada mereka punya sebab tersendiri.

Rata-rata yang ke sana, apabila ditanya kenapa memilih mesir etc, adalah kerana mereka hendak belajar ilmu agama disamping ilmu perubatan. Mereka hendak mengubah diri menjadi lebih baik dsb. Memang di Malaysia pun boleh belajar agama, tapi kursus secara Intensif dan menyeluruh kepada golongan bukan-jurusan-agama adalah terhad dan memerlukan intensif, contohnya daurah kitab selama 2 minggu.
Tetapi, sekiranya menuntut di bumi anbiya, persatuan pelajar kebiasaannya mempunyai ustaz bertauliah dari Universiti Al-Azhar untuk mengajarkan kitab setiap minggu (Talaqi). Bahkan bumi anbiya juga memberikan mereka peluang untuk mengambil kelas Quran, Hafazan, Hadis, Fiqh dan sebagainya pada hujung minggu..kerana adanya jadual pembelajaran yang tidak terlalu padat (kursus perubatan di mesir dan jordan memakan masa 6 tahun berbanding negara lain-5 tahun). Kalau cakap free time, pelajar UK, ireland lagi free. Mereka pun banyak cuti, bahkan lebih kurang, bahkan lagi banyak melancong.

Kenapa nak kena belajar agama? sepatutnya pelajar perubatan fokus pada perubatan sahaja.
Tahukah anda, hari ini begitu ramai pesakit yang tidak solat? (Tak payah cakap orang sakit la..orang sihat pun ramai gila tak solat. Nastaghfirullah…)
Tahukah anda, berapa ramai remaja yang lahirkan anak luar nikah?
Berapa ramai pesakit yang akhirnya hilang pedoman akibat longgarnya nilai agama dalam diri?
Tahukah anda berapa ramai anak muda kita bunuh diri gara-gara gejala sosial yang berleluasa?
Saya yakin anda tahu, bahkan lebih arif daripada saya. Jadi, apa perkaitan dengan doktor?
Percayalah kata-kata saya, tanpa ilmu kita tidak dapat beramal dengan betul, tanpa amal hujah kita ibarat tin kosong. Bayangkan rukun solat pun tunggang terbalik, bagaimana nak suruh orang solat? Bab taharah (bersuci) pun tak mahir, adakah ibadah diterima? Macam mana nak ajar pesakit?
Takkan setiap hari nak bawa batalion ustaz ustazah pergi berjumpa semua pesakit dalam hospital?
Dan bagaimana nak bantu remaja yang lost, rosak aqidah kalau kita ni, bab aqidah, bab aurat pun jahil. Tepuk dada tanya iman. Bersyukurlah sebab ada yang sanggup belajar ilmu agama disamping ilmu perubatan, berkorban masa. Banyak manfaat mereka kepada orang lain, doakan yang baik-baik untuk mereka.
Kalau cakap tentang tak lulus exam, dekat Malaysia pun bersepah. Pelajar-pelajar perubatan kita di uk, ireland, india, republic czech etc, pun ada yang gagal, cuma tidak diuar-uarkan.
Saya sarankan confessor kaji betul-betul sebelum keluarkan sebarang kenyataan.

Tentang isu result spm ‘tak layak’, kita, manusia kata tak layak, tapi Allah izinkan. Don’t judge. Setiap orang ‘mekar’ pada tempoh yang berbeza. Ramai je pelajar-pelajar mesir, rusia yang datang melalui agent, result SPM biasa-biasa tapi setiap sem score. Ramai, tidak sedikit. Ramai. Pelajar perubatan di Malaysia memang untung gila sebab dari awal dah didedahkan dengan sistem, teknik2,teknologi di Malaysia. Tapi untuk pelajar yang menuntut di negara luar, mereka belajar dalam suasana dengan tahap teknologi yang berbeza, teknik yang variasi..Jadi bila HO, selain daripada perlu menyesuaikan diri dengan sistem Malaysia, mereka juga perlu ‘hadam balik’ sesetengah perkara. Sebagai contoh, mungkin negara A pakai ubat X, tapi kita pakai ubat Y. Mungkin di negara lain, penyakit Tuberculosis itu biasa, tapi tidak di negara kita. Jadi, adalah tidak adil untuk mengatakan orang lain tidak kompeten berbanding mereka yang belajar perubatan di Malaysia kerana mereka telah awal-awal berada dalam sistem tersebut, walhal orang lain terkial-kial nak adapt.

SPM tak menandakan awak pandai ke awak tak pandai ke etc. Ingatlah, rezeki itu dari Allah. Anytime je Allah boleh tarik nikmat kepandaian kita. Allahua’lam.

P.s: Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak, sampaikan berlaku paksaan. Tetapi kalau ibu bapa tu sanggup nak bergolok-gadai, jual tanah dan sebagainya, itu hak dia. Tak perlu pertikai kot, cuma wajarlah kita nasihatkan anak-anak mereka belajar bersungguh-sungguh. Kesian mak ayah.

Akhir kata, saya ingin memohon maaf andai ada kata-kata saya yang mengguris hati sesiapa. Sungguh, niat dihati bukan untuk bersikap bias, tetapi hanya mahukan masyarakat melihat isu ini dari sisi yang berbeza pula. Semua berlaku dengan izinNya. Kita tak tahu apa yang terbaik, tapi Allah Maha Tahu.

Ps: Saya juga merupakan seorang pelajar perubatan, tetapi bukan di negara-negara yang diketengahkan dalam confession. Alhamdulillah kini di tahun yang ke-4. InshaAllah bakal bergraduasi tahun hadapan. Tolong doakan saya grad dengan cemerlang mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Thank you!

– Hanna

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit