Assalamualaikum. Hi. Aku muncul lagi. Baru-baru ni panas pasal kisah cikgu kan. Sedikit sebanyak aku terharu dengan rakyat yang masih sayangkan cikgu. Terima kasih semua.
Aku terasa nak ceritakan pengalaman aku tapi tak sama dengan kisah cikgu tu. Ini kisah aku.
Aku cikgu yang tegas. Sejak aku posting sampailah ke hari ni, aku ajar Tahun 1 dan kelas pulak, mestilah yang akhir (ni sebelum dimansuhkan kedudukan kelas). Tapi aku suka ajar kelas yang begini lagi.
Walaupun aku ajar Tahun 1, tapi disebabkan ketegasan aku dan kekerapan aku jd ajk induk setiap program, maka, daripada Tahun 1 sampai Tahun 6 semua kenal aku. Sebut je nama aku semua tau. Tapi, aku tak guna rotan atau tangan. Sekadar pandangan mata helangku. Ecewah.
Jadi, satu hari di tahun ni pada beberapa bulan yang lepas, aku turun ke tapak perhimpunan (masa ni semua orang duduk). Ada cikgu lain tengah incharge perhimpunan. Tapi, kebetulan, aku nampak sorang girl ni menangis.
Aku pun pergilah dekat. Tanya kenapa. Siapa buat. Jawapan dia, ada orang baling batu kerikil (batu kekecil yang ada kat tar) dan kena kepala dia, tapi dia tak tahu siapa.
So, aku pun bawa girl ni jumpa sorang lagi cikgu. Cikgu ni check kepala dia dan tiada apa yang serius. Serius maksudnya tak ada darah atau benjol yang teruk.
Aku pun bila cikgu tu dah check, aku pergi pada cikgu yang incharge untuk cakap apa yang kitaorang buat (check kepala). Aku pun berlalulah masuk ke kelas aku. Sebab bukan aku yang incharge atau bertugas aku pun berlalulah. Tapi, sampai hari ni, aku menyesal turun ke tapak perhimpunan tu.
Malam tu, guru kelas girl ni whatsapp, tanya pasal kes girl ni. Aku pun dengan berkobar terang macam ni macam tu. So aku ingat dah selesai.
Rupanya, pagi esok, mak dia datang, serang budak (which is masa awal aku tanya, dia cakap tak tahu siapa baling) yang baling batu kat dia di kelas budak tu. Lepas tu baru pergi ke pejabat. Masa serang tu, kita orang semua tak tahu. Dah selesai baru tahu itu pun sebab ada budak bagitahu.
Tak lama tu, aku dapat tahu nama aku naik dalam office. Ya, mak girl ni sebut nama aku. Korang tahu apa dia cakap? Mestilah tak tahu kan.
Sebelum aku pergi office, aku sempatlah bergosip dengan cecikgu ni pasal apa yang jadi. Aku sempat jumpa dan tanya pada cikgu incharge perhimpunan semalam. Dia pun tak sangka jadi macam ni.
Rupanya, sebelum aku datang tanya girl tu, cikgu incharge tu dah tegur budak-budak yang main baling batu (mengikut kata saksi di situ) pada girl tu. Tapi bila aku tanya girl tu, dia cakap tak tahu.
Sampai je office, PK 1 aku cerita apa yang mak dia cakap. Mak girl tu cakap, Cikgu ***** (merujuk aku) tak ambil tindakan kat anak dia. Cikgu ****** biarkan anak dia.
Serius, aku terkejut sebenarnya. Dia sebut nama aku, aku yang tak ajar dia pun, aku yang tak bertugas waktu tu pun. Aku yang datang dengan prihatin tanya pasal anak dia. Ya, dia cakap aku tak ambil tindakan.
Kau tahu, bila dia sebut aku tak ambil tindakan, seolah, aku tengok dan aku pergi. Nama baik aku jadi buruk. Kemudian, mak girl tu tulis report.
Jadi, aku kena tulis report untuk di simpan dan dijadikan bukti. Tak pernah aku kena tulis report tapi sebabkan keprihatinan aku, aku kena tulis report. Ya, dalam report mak girl tu, terpampang nama aku. Tak ambil tindakan. Memang aku menyesal turun ke tapak perhimpunan hari tu.
Masa aku jumpa PK 1, mak girl tu dah balik rumah. Jadi, aku tak sempat jumpa pun. Aku persoalkan balik, tindakan apa yang mak dia nak sebenarnya? Tindakan yang macam mana?
Aku dengan cecikgu yang ada kat tapak perhimpunan tu, dah buat tindakan.
1. Aku tanya : – kenapa menangis, siapa yang buat. Jawapannya tak tahu siapa buat. Jadi aku nak tegur siapa kalau dia sendiri tak tahu.
2. Check kepala :- ada cikgu dah check kepala yang terkena batu. Dan lepas je perhimpunan tu, diorang ada aktiviti. Dia elok je berlari.
3. Cikgu incharge perhimpunan pun dah tegur bebudak yang main dengan batu.
Jadi, tindakan yang macam mana? Hal ni pun dah dalam makluman PK Hem. Aku ke yang bersalah dalam hal ni. Aku tak tahu. Serius aku tak tahu tindakan apa yang aku kena buat sebab aku rasa aku dah buat tindakan yang selanjutnha walaupun bukan aku yang bertugas.
Mak dia langsung taknak tanya betul ke aku ni tak ambil tindakan. Langsung tak minta maaf. Terus buruk nama baik aku.
Bila jadi macam ni, aku jadi tawar hati. Apa pun jadi, aku ambil pendekatan, sukahati lah nak jadi apa. Aku tak ambil peduli. Aku fokus dengan anak-anak Tahun 1 aku je. Sungguh aku tawar hati dengan sikap ibu dan ayah yang macam ni.
Aku tak hadap pujian. Cuma aku harap setiap kali anak bercerita cikgu tu macam ni, cikgu tu buat ni, cikgu tu kata macam ni, tanya betul betul pada anak. Minta kepastian dengan sekolah. Bukan terus buat konklusi sendiri dengan percaya anak bulat bulat.
Pengalaman lain pulak, tahun ni je dah lebih daripada 6 kali aku basuh spender dengan seluar yang ada tahi. Ya, anak anak tahun 1, lebih daripada 6 kali kena bersihkan tahi mereka.
Ada ibu bapa yang prihatin, diorang ucapkan terima kasih. Tak kurang juga yang persoalkan kenapa dengan anak diorang tanpa salam tanpa terima kasih.
Jangan sampai aku tawar hati dengan sikap yang macam ni. Basuh berak bukan skop kerja aku tapi aku buat sebabkan prihatin dan kasih aku terhadap diorang.
Aku tak minta banyak. Aku minta tanya dan minta kepastian. Bukan sebar dan serang. Aku cuma kongsikan pengalaman aku yang seciput. Kalau aku terima kecaman, aku terima.
– Cikgu Anak Awak (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit