Semua Yang Baik Datangnya Daripada Allah

Assalamualaikum.

Nama aku nur. Aku anak utara, anak kedua dari 4 orang adik beradik. Lahir tahun 89, teka sendirilah berapa umur aku.

Aku ni masa lahir dari keluarga yang tak senang mana. Dan mak ayah aku memang kahwin atas dasar cinta. Cuma, famili belah mak tak berapa nak restu sebab ayah ni kerja tudm je. Mana pangkat tinggi pun. So, tok wan aku bangkang la keputusan mak aku nak berkahwin dengan ayah aku.

Jadi bermulalah episod suami isteri ni. HAMPA JANGAN TANYA MACAM MANA AKU BOLEH TAHU. MAK AKULAH YANG CERITA SEMUA. SEBAB TU AKU INGAT. Okey, mak lahirkan anak sulung di Perak, aku dilahirkan di Kuantan dan dua orang adikku dilahirkan di Pulau Pinang. Sebab ayah TUDM. Kerja pindah randah. Negeri terakhir kami sekeluarga di Kedah Darul Aman (Memang Aman) hahahaha. Tujuan berpindah, sebab mak ayah nak anak-anak tau mengaji Al-quran. Sebab di Peneng ni, susah cari orang nak ajar mengaji. MASA ZAMAN DAHULU KALA LA. SEKARANG, MUNGKIN DAH BANYAK. Akhirnya kami berpindah di Kedah.

Alhamdulilah. Semua berjalan lancar. Kami adik beradik pandai mengaji Al-quran. Aku sebenarnya nak cerita tentang kisah hidup kami sekeluarga.

Masa berpindah di Kedah, umur aku baru 9 tahun. Dan untuk pengetahuan korang, aku ni tak pandai membaca. Mak sampaikan pelik kenapa result aku selalu teruk. *JANGAN KECAM CIKGU. SEBAB CIKGU DAH AJAR ANAK MURID. CUMA AKU JE TAK SUKA BELAJAR. JANGAN KECAM MAK AKU. SEBAB MAK, AKU DAH PANDAI BACA MASA DARJAH 4*. Hahahaha. Belum terlambat lagi kan?

Mak aku ni seorang yang garang. Kalau seorang buat salah, semua adik beradik kena pukul. Ya, zaman dulu dah biasa kena getah paip, tali pinggang, penyangkut baju, rotan. LANTAKLAH KAU ORANG NAK CAKAP PE KAT MAK AKU. YANG PENTING, PE YANG MAK AKU BUAT SEMUA BERSEBAB. JANGAN PERTIKAI CARA ORANG DULU AJAR ANAK DENGAN CARA SEKARANG. MASING-MASING DIDIKAN TAKKAN SAMA. SO, AKU PESAN AWAL-AWAL, JANGAN MEMBAWANG.

Okey, berbalik semula pada topik. Aku ni, jenis lembab dalam pelajaran. Tapi, bab main memang nombor 1. Aku teringat bertapa susahnya ayah sara kami 4 beradik. Pernah beberapa kali aku tengok ayah tolak moto honda petak legend tiap kali nak pergi kerja. Sedih aku tengok. Tapi, aku bukan jenis macam orang lain bila famili susah, aku akan azam bertekad nak belajar. Aku ni jenis suka main main main. Aku tak minat belajar. Sampailah, result UPSR aku keluar. Aku dapat 2B 3C. Ayat mak masih aku ingat “1 A terkangkang pun tak da. Hang belajaq main-main noh”.

Macam biasa, aku tak pernah berubah. Tetap sukakan bermain. Pelajaran paling belakang sekali. Tapi, aku ni jenis suka membaca. Bukan baca buku teks. Baca buku cerita. Hahahaha. Masa tu bila mak dah ajar membaca, baru aku pinjam banyak buku. Siap menang NILAM. Hahaha.

Ayah aku ni jenis fikir jauh ke depan. Walaupun dia kerja macam tu, dia ada buat side income. Macam beli kereta dan buat sewa. Pernah sekali kami sekeluarga balik kampung naik kancil legend yang disewa. Sebab, kereta kami dah kena book untuk hari raya. Hehehe, mak aku ada la bising. “Kita ni, ada kereta sendiri tak guna. Sibuk nak sewakan. Sampai bila nak hidup macam ni”. BIASA LA MULUT ORANG PEREMPUAN. BUKAN AKU NAK CAKAP YANG MAK TAK BERSYUKUR. CUMA ADA JUGA KELUHAN YANG AKAN KELUAR. JANGAN CAKAP MAK AKU TAK TOLONG AYAH. BANYAK YANG DIA TOLONG. Pernah sekali mak nak belajar jahit sebab boleh cari side income dengan buat baju ke, langsir ke. Tapi, kami 4 beradik manalah nak berenggang dengan mak. Sampaikan mak pergi kelas menjahit 1 hari, anak-anak dah tak lalu makan. Sanggup kami semua tunggu mak untuk makan. Mak aku ni jenis kalau pergi mana-mana, dia akan siapkan makanan tengahari terus. Anak-anak balik sekolah boleh terus makan. Tapi kami ni jenis nak kena ada mak juga kat rumah. Hahahaha

So, mak buat keputusan dari berhenti kelas menjahit. Mak tolong berniaga kuih atau buat tempahan untuk nasi lemak. Alhamdulillah, ada la juga rezeki. Berbalik topik kereta sewa, ayah aku ni memang jenis tenang. Ayat yang selalu dia akan cakap pada mak, “sabaq. Susah dulu. Nanti senang kemudian”. Sampaikan adik beradik belah ayah takut bila tengok kami anak beranak ni balik kampung. Takut sebab ayah nak pinjam duit. Allah, bukan selalu pinjam. Hahahaha.

Sampailah ayah aku bersara awal. Umur 40 tahun ayah dah bersara sebab ayah fikir sampai bila nak kerja makan gaji. Anak-anak akan membesar. Nak makan kfc pun setahun sekali. Tu pun masa dapat duit raya. Hahahaha….

Masa ni la aku makin jauh dari ayah aku. Sebab aku dah masuk tingkatan 1. Aku tetap tak berubah. Tetap fikir main main main. Aku kan ada adik-adik yang bawah umur. Jadi, aku suka berkawan dengan budak bawah umur. Permainan pun macam budak bawah umur. Bukan aku tak ada kawan masa sekolah menengah. Ada je. Cuma, aku suka kawan dengan budak-budak. Happy je. Jiran-jiran mula la cakap aku ni tak matang. Dah besar tapi main dengan budak-budak. JANGAN INGAT ZAMAN DULU TAK ADA MAK CIK BAWANG. DAH LAMA ADA. BIASALAH ZAMAN SEKARANG NI ZAMAN TEKNOLOGI CANGGIH. ZAMAN VIRAL. HARAP FITNAH DAPAT DIELAKKAN. Hahaha. Mungkin sebab tu ayah aku malu. Tak banyak kenangan antara aku dan ayah masa zaman sekolah menengah. Pernah juga aku dibanding-banding. Tapi, apa aku peduli. Sebab aku jenis tak kisah pe mulut orang cakap. Pernahlah juga mak aku tanya. Masa tu aku tengah buat kerja sekolah sejarah. Kuat tak ingatan aku? Hahaha. Ayat mak aku tanya,

Mak : “nanti kalau ayah dah tua, nak tak jaga?”
Aku : jaga la
Mak : kenapa nak jaga?
Aku : sebab tu ayah
Mak : tak terasa pe yang ayah buat
Aku : tak…

Masa tu aku tutup buku dan masuk tidur. Aku menangis malam tu. Tapi, aku tidur dengan adik-adik. So, dia orang memang adik yang sejati. Siap tanya, “awat hang nangis. Jangan nangis”. Dia orang pun nangis sekali. Nampak tak aku rapat dengan adik-adik aku sampai sekarang. Hahaha

Sampailah aku masuk form 3. Result aku lagi sekali teruk. 1 A terkangkang pun tak ada. 2B 3C 3D!!! Bersedia lagilah telinga aku ni. Tapi kali ni, mak tak marah. Bila tengok result tu, mak terus terduduk. Pertama kali aku tengok mak nangis. Ayat mak buat aku sedar. “HANG NAK JADI APA NUR, MAK DENGAN AYAH DAH BAGI HANG PELAJARAN. AWAT HANG TAK BUAT BETUL-BETUL? HANG TAK MALU KA SATU HARI NANTI TENGOK ADIK BERADIK HANG BERJAYA? HANG NAK JADI APA MASA TU? NANTI BILA KITA SUSAH, TAK DA SAPA AKAN TOLONG. ADIK BERADIK PUN TAKKAN TOLONG NUR. MAK SEDIH SANGAT. MAK TAK MINTA BANYAK. CUKUP DAPAT 1 A TERKANGKANG PUN MAK DAH BERSYUKUR”

Aku mula sedar. Aku dah buat mak kecewa. Dan ayah? Ayat paling sadis bila ayah cakap “OTAK BUSUK, RESULT PUN BUSUK”. JANGAN KECAM AYAH AKU. DIA AYAH YANG BAIK. DAN AKU TAU PE YANG DIA NAK. LAIN ORANG, LAIN CARA DIDIKAN.

Jadi, aku mula fokus masa form 4 dan 5. Aku dapat kelas aliran sastera (4vt1 & 5vt1) kalau kau orang tau la maksudnya. Masa ni aku di SMKTATAR (tak malu pun beritahu. Sebab sekolah ni banyak kenangan) Aku berusaha sampai aku dapat pe yang mak aku nak. Malas nak cakap SPM aku dapat pe. Nanti riak pulak. Yang penting ada A terkangkang. AYAT MAK AKU TAU. SAMPAI SEKARANG AKU GUNA PERKATAAN A TERKANGKANG.

Pertama kali mak aku happy. Tau pe yang aku fikir? Aku cakap, “nak kerja kilang. SPM dah habis. Tak perlu belajar dah. Kan mak?” Hahahaha. Nampak sangat aku tak minat belajar. Rupanya aku salah. Mak aku siap gelak dan cakap “nanti mohon u”. Aku dah blurr. Tapi, aku dapat masuk u. SERIUS, AKU TAK PERNAH TERFIKIR AKU AKAN MASUK U. SEBAB PADA AKU, SPM ADALAH EXAM YANG TERBESAR DAN BERSEJARAH DALAM HIDUP. HAHAHAHAHA….TAK MATANG LAGI MASA TU

Aku dapat UiTM di melaka. Masa ni la aku nampak perubahan ayah aku. Masa first day selepas letak barang-barang dalam hostel, famili aku nak balik dah. Masa tu ayah la orang terakhir yang aku salam dan lama ayah pegang tangan aku. Mata ayah merah masa tu. Aku nampak. Aku pun tengah tahan nangis. Ayah cakap “jaga diri. Solat jangan lupa. Belajar pandai-pandai”. Itulah ayat pertama yang paling bermakna buat aku. So, aku study macam biasa. Tak ada culture shock ke pe ntah yang terkejut. Semua baik-baik. Alhamdulillah.

Cuma tiap kali cuti sem, ayah akan beli macam-macam makanan. Masa ni ayah mula macam nak rapat. Aku macam pelik sebab mak cakap “ayah beli sebab dia tau hang suka durian. Ayah marah adik-adik jangan habiskan coklat tu, simpan kat kakak hampa. Ayah kata nur suka rambutan…” banyak yang mak cakap. Aku masa tu tak rapat dengan ayah. Memang kekok la jugak. Sampailah aku berjaya konvo sambung degree dan akhir sekali aku kerja.

Aku jarang rapat dengan ayah dan x pernah bergurau pun. Masa tahun 2012 aku start kerja. Tapi swasta la. Alhamdulillah makin murah rezeki. Cuma hubungan dengan ayah masa tu biasa-biasa je. Sampailah tahun 2013 aku dengan famili pergi umrah.

Ni yang hikmah dan paling berharga dalam hidup aku. Masa tu aku demam cirit birit. Masa di sana, secara tak langsung, aku rapat dengan ayah. Memang aku tak pernah sangka. Masa first tawaf, aku jalan sebelah mak. Masa saie, aku ditinggalkan. Hahaha…masa ni aku hampir nak pitam. Tapi, aku jalan juga. Sampailah dalam ramai orang di tempat saie, ayah aku nampak aku. Ayah tanya “mana mak?” Aku masa tu dah penat dengan demam, aku just cakap “mak tinggal nur”. Hahahahaha. Lawak bila ingat.

Dari situ aku berjalan dengan ayah. Sampaikan aku dah pucat, ayah tarik aku ketepi dan tadah air zam zam. Suruh minum. Bila selesai saie, doa, potong rambut, terus aku muntah. Dan untuk umrah seterusnya, aku dah rapat dengan ayah. Tawaf pun jalan sebelah ayah.

Alhamdulillah sampai sekarang aku rapat dengan ayah. Nangis aku menaip ni pun. Hehehe. Sekarang dah tahun 2018. Dan aku bersyukur ada kenangan yang akan aku ingat sampai mati. Aku akan ingat hadiah pertama ayah berikan. Mak pernah cakap, “sepanjang nur belajar, abang tak pernah belikan apa-apa”. So, aku dapat kereta viva masa tahun 2012. Masa tu konvo. Serius, walaupun tak rapat lagi masa tu, tapi aku terharu la juga.

DAN SEKARANG PUN AKU TERHARU DENGAN MAK DAN AYAH AKU. MAK YANG TAK PERNAH PUTUS-PUTUS DOA UNTUK AKU BERJAYA. AYAH PULAK YANG MAKIN RAPAT DENGAN AKU SAMPAI SEKARANG. BOLEH BERGELAK BERGURAU. BOLEH JADI KAWAN-KAWAN. AKU HAPPY DENGAN FAMILI AKU SEKARANG. ADIK BERADIK YANG MEMAHAMI. SEORANG SEDIH, YANG LAIN AKAN SEDIH. AKU SAYANG FAMILI AKU.

APA YANG AKU CUBA SAMPAIKAN, SETIAP ORANG UJIAN LAIN-LAIN. JATUH BANGUN TU PERKARA BIASA. CUMA KITA NAK ANGGAP ITU POSITIF ATAU NEGATIF. YA, MAK AKU GARANG DAN DIALAH WANITA YANG BANYAK BERKORBAN JAGA DAN DIDIK ANAK-ANAK. YA, AYAH TU KETUA KELUARGA. MEMANG AYAH TERLALU SIBUK UNTUK BERI YANG TERBAIK UNTUK FAMILI. ALHAMDULILLAH, REZEKI YANG ALLAH BERIKAN DAH LEBIH DARI CUKUP. JODOH? MAK AYAH TAK PERLU RISAU. SAMPAI MASA, ALLAH AKAN BERIKAN JODOH. SEKARANG BIAR REZEKI NI LEBIH KEPADA FAMILI.

DOAKAN HUJUNG TAHUN NI SEKALI LAGI FAMILI AKU AKAN JEJAK KAKI KE TANAH HARAM. INSYAALLAH.

AKU DOAKAN HAMPA YANG BACA NI DILIMPAHKAN RAHMAT DAN KEBAIKAN DARI ALLAH SWT. SEMUA YANG BAIK DATANG DARIPADA ALLAH SWT.
JOM LAYAN LIRIK NI…

Humko Bulana (undanglah kami) Ya Rasulullah
Humko Bulana (undanglah kami) Ya Habibullah

Sudah lama hati merindu
Dengan kekasih yang satu
Bilakah masa dapat bertemu
Dengan kekasih agungmu

Kakiku kan terus melangkah
Menuju ke bumi Madinah
Selangkah demi selangkah
Dekatkanlah kami Ya Allah

AMIN,
WASSALAM.

– NUr_89

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *