Semuanya Aku?

Terima kasih la kalau approve. Bolehlah aku share dekat wall fb aku supaya si suami tahu aku dah cukup sakit.

Sebelum ni, aku hidup tengah kota. Anak aku dah umur 3 tahun. Rezeki bunting pelamin.

Anak aku umur 2 tahun dulu, suami buat keputusan untuk pindah kerja di negeri kelahiran kami, katanya dekat dengan mak ayah senang nak jenguk.

Alasan kedua, duduk kota ni susah nak ada duit nak ajak anak jalan.

Aku suka duduk kota. Senang nak dapat apa saja. Nak balik duduk di kampung? McDonalds paling dekat pun 40 minit.

Maka pindahlah kami ke negeri kelahiran kami. Pindah ni yang resign aku sorang. Si suami masih kerja di syarikat yang sama cuma dari HQ berpindahlah ke pusat negeri.

Yang hanya aku tahu bila dah pindah ni rupanya bila dia buat keputusan untuk transfer gajinya ditolak segala elaun & benefit sebanyak RM1000.

Aku, masih kerja. Tapi hati aku susah nak redha. Sebab dia sembunyikan banyak benda dari aku.

Sekarang, gaji aku laa yang bayar taska anak, barang makan anak, pakaian anak, mainan anak, hatta nak bawa anak ke indoor playground yang RM10 tu pun aku.

Rumah pula alhamdulillah atas ihsan ayah aku sewakan ke kami, bayarlah suami aku RM300 sahaja ke ayah. RM500 kereta.

Balance gaji dia yang RM2000 lagi aku tak tahu mana. Nafkah aku pun nanhado. Barang dapur pun RM300 sebulan itu kalau tak cukup gaji aku jugak yang kena dahulukan.

Kalau habiskan duit untuk anak saja aku tak la berapa terkilan sebab aku pun nak the best untuk anak aku.

Tapi sampaikan tingkap rumah pecah, aku juga yang kena fikir mana nak cari RM40 ganti sekeping tingkap baru.

3 bulan duduk rumah tak berlangsir. Aku jugak fikir mana nak beli rail langsir, cangkuk & langsir.

Kipas bilik rosak yela rumah dah 10 tahun kipas tak tukar, aku jugak yang fikir mana nak beli kipas bila nak ganti nanti mak mertua datang malu.

Sudahlah family dia kuat complaint. TV rumah aku kecil pun salah. Sponsor la TV kalau gitu?

Meja makan dah rapuh, aku jugak yang kena fikir nak beli meja makan. Rumah takde sofa, aku jugak yang kena beli. Aku jadi stress semua dekat bahu aku.

Peti ais rumah aku rosak, aku yang fikir mana nak cari orang repair. Aku penat. Yang dia tahu balik kerja, masak, makan, game, rokok, kemas rumah, tidur.

Iya sejak semua benda atas bahu aku, memang kerja rumah aku biar dia buat. Masak, basuh kain, sidai kain, lipat kain, tapi aku susah betul nak redha.

Betul orang kata pasal duit, pasal harta boleh bikin gila.

Aku nak juga beli baju lawa, handbag mahal, tudung lofa etc. Aku ni kerja sampai kakak cleaner ofis aku pun tegur nampak baju aku lusuh. Cleaner ofis aku pun pakai Coach.

Sebenarnya kadang2 aku tak kisah. Tapi bila ada external pressure aku jadi stress.

Contohnya hari tu mak mertua aku datang rumah komplen rumah aku takde kabinet dapur. Nak je aku selar aku keluar duit sorang tau sabar la bagi aku kumpul.

Macam terbalik tau aku yang patut jadi suami. Nak paku kalendar kat rumah pun aku yang kena fikir kat mana.

Semua benda aku boleh buat sorang. Apa fungsi aku ada suami. Tolonglah nasihatkan aku macam mana aku nak redha. Ajar aku untuk redha. Aku penat nak negatif.

– Kekwa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *