Nama aku Laila, bukan nama sebenar. Arwah abah aku meninggal pada tahun 2016.
Arwah abah selalu masuk hospital dulu dan aku jugak lah yang menjaganya ketika arwah kat hospital.
Balik sekolah je aku akan kesana untuk menjenguknya.
Dan sewaktu cuti sekolah aku akan tido kat hospital untuk menjaganya. Dan lama kelamaan arwah abah aku pergi menghadap ilahi pada 20/12/2016.
Dan sekarang aku masih merinduinya.
Umur aku sekarang dah 20 tahun. Lepas spm aku pernah sambung belajar tetapi aku berhenti disebabkan kena buat pembentangan dalam online sebab pkp kan.
Aku ni seorang yang malu. Jadi aku tak suka buat dalam online dan kena bukak camera. Dan aku sekarang kerja kilang.
Aku kerja kilang sebab nak bayar duit yang aku pernah sambung belajar tu sebab aku berhenti kan. Total semua 4500 tapi sekarang hanya tinggal 1300.
Aku dah lama tak bayar sebab aku banyak nak guna duit.
Bil rumah aku yang bayar walaupun aku anak no 2 dari 4 adik beradik dan aku sorang sahaja anak perempuan.
Aku sejenis tak bagi duit dekat mak aku sebab mak aku selalu boros. Kalau dia nak duit dia minta aku n then baru aku bagi.
Kalau aku yang bagi dulu. Nanti duit tu dah habis nanti dia minta lagi.
Aku ni kerja kilang je. Banyak duit aku nak saving sebab aku ni muda lagi. Dan bulan ni aku ambil lesen kereta dan motor.
Total lesen 1500 bayar ansur-ansur sebanyak 4 kali dan time gaji bln ni lah aku nak simpan duit.
Sampai aku nak bayar semua bil pun aku rasa tak cukup sebab banyak duit dah habis kat lesen.
Apa yang aku buat semuanya tidak kena di mata mak aku.
Aku selalu keluar makan bersama boyfriend aku. Tapi aku lah ajak dia keluar. Dia tak pernah ajak aku ke mana mana.
Tapi mak aku selalu salahkan dia sebab mak aku ingat dia yang selalu ajak aku keluar.
Aku tak bagitahu mak aku yang aku sendiri ajak dia keluar sebab aku dengan mak aku kurang rapat dan kalau apa-apa terjadi mak aku hanya mesej aku je. Takkan cakap depan-depan.
Adik aku pulak darjah 5 selalu keluar malam balik lewat malam.
Mak aku tak pernah marah sedangkan budak tu kecil lagi. Yang aku ni bila keluar je asyik kena marah katanya malu jiran-jiran nampak yang aku asyik keluar je dengan boyfriend aku tu.
Aku ni tak pernah merasa dunia luar dan tak pernah pergi jalan jauh -jauh. Tu yang bila aku dengan boyfriend aku. Dia je banyak bawa aku tengok dunia luar.
Kat rumah aku hanya ada sebiji motor je dari arwah abah aku ada.
Tu yang tak boleh nak jalan jauh-jauh sebab arwah abah tak ada kereta. Kadang-kadang dia hanya sewa kereta untuk balik ke kampung sahaja.
Aku dari kecil dilahirkan dari keluarga yang susah.
Dulu masa arwah abah ada aku selalu tolong dia kutip tin-tin yang tidak guna dan jual. Ayah aku hanya keje guard je.
Gaji kadang-kadang tak banyak sebab kerap masuk hospital kan dan setelah arwah abah pergi mak aku hanya nak hidup senang je.
Ada duit beli katil coway tapi bayar bulan-bulan lah.
Pastu time malam je mesti nak beli makanan dekat luar sedangkan boleh je masak daripada membazir duit beli makanan kat luar tu. Kadang- kadang aku penat.
Aku rasa macam semuanya bergantung dekat aku je walaupun dia bekerja.
Mak aku boleh cakap yang aku ni kedekut sedangkan semua bil aku bayar. Aku terasa sangat dengan kata-kata mak aku tu.
Aku rasa macam nak lari je daripada rumah ni. Sebab dah terlalu penat sangat. Sikit pun tak nak tolong aku bayar bil.
Aku bukan berkira ke apa cuma aku nak saving duit juga sebab insyaallah kalau ada jodoh tahun depan aku nak kahwin walaupun aku ni masih muda. Supaya aku boleh keluar dari rumah ni.
Aku dah penat dah…
Cerita dari aku,
– Laila (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
nasihat saya sebagai seorang ibu, adik nasihat elok-elok pada emak dari segi kewangan dan terus terang ape yang adik rasa supaya emak pun paham. Jangan pendam sorang diri. Lepastu nasihat saya jugak adik dah fikir masak-masak ke nak kahwin awal? kahwin lagi penat dik.. tugas sebagai isteri pun penat bukan mudah ye dan sebaiknya fokus kerja, kumpul duit, kejar cita-cita dulu. Bagi saya tak perlu pun sebab nak larikan diri dari keluarga dengan pilihan berkahwin ia takkan menjamin apa-apa pun.