Seringkali kita mendengar di media² social atau mana² saja berkenaan penjagaan anak² di TASKA.. Macam² masalah yg timbul pada anak² dibawah penjagaan taska ini.. Anak didera, anak tersedak susu, anak cedera, penjagaan tidak sempurna dan berbagai² lagi.. Sehingga baru² ini sy terbaca satu artikel yang menyarankan para ibu untuk berhenti kerja dan menjaga anak² sendiri dirumah.. Seriusly sy langsung tidak bersetuju dgn artikel tersebut memandangkan kita sgt memerlukan tenaga² mahir dr golongan wanita.. Satu soalan untuk penulis artikel terbabit, mahukah anda jika hanya doktor&nurse lelaki yg menyambut kelahiran baby anda, baby anak anda atau baby saudara-mara anda disebabkan semua wanita anda sarankan untuk berhenti kerja dan menjaga anak² dirumah… Bukan saja dihospital, peranan wanita juga sgt diperlukan dalam industri yg lain..
Berbalik pada topik utama sy di sini, mengapa seringkali TASKA disalahkan dan setiap kali itu juga kesalahan TASKA itu diviralkan seolah² SEMUA TASKA melakukan kesalahan yg sama.. Anda silap.. Memang kadangkala kecuaian dr staff taska itu yg telah menyebabkan kecederaan&kematian..tapi siapa kita untuk munghukum..Siapa kita untuk meletakkan kesalahan itu pada semua TASKA di Malaysia ni??? Adakah tidak pernah berlaku kecederaan&kematian apabila anak² dibawah pengawasan ibu bapa??? Adakah sentiasa ibu bapa yg betol dan TASKA itu yg salah??? Jika tidak mengapa kecederaan&kematian dirumah tidak diviralkan sama seperti anda menviralkan kecederaan&kematian di TASKA???
Pengalaman bekerja di TASKA membuatkan saya sentiasa tertanya² mengapa kami sering disalahkan seolah² ibu bapa itu terlalu perfect.. Berikut sy senaraikan beberapa sikap ibu bapa yg sering membuatkan kami pekerja² TASKA stress semasa menjalankan tanggungjawab..Saya tidak nyatakan semua ibu bapa begini, apa yg sy katakan hanya berdasarkan pengalaman..
1)Bila anak² terjatuh dan cedera di TASKA, soalan yg akan timbul adalah **cikgu tak jaga ke???** Tetapi jika anak terjatuh dan cedera dirumah, ibu bapa dgn spontan berkata **biasalah, budak²**
2)Bila kami inform pada ibu bapa anak mereka tidak sihat, ada ibu bapa yg tidak amik serius dan buat macam xde apa yg berlaku.. Ada parent tu, suruh cikgu ambil gambar anak dan send pada mereka, lalu beri respond **nampak macam okey je** Adakah anak sakit mampu dilihat melalui gambar???
3)Apabila cikgu terlupa memandikan anak mereka pada waktu petang, pasti mereka akan bertanya **cikgu tak buat keje ke**.. Tapi berapa ramai ibu bapa di sini menghantar anak² ke TASKA tanpa memandikan anak terlebih dahulu?? Ada tu pakai baju balik TASKA semalam dgn pampers yg dah penuh.. Kata mereka **anak I bgn lambat xsempat mandi** Soalan sy, anak lambat bgn atau ibu bapa tu sendiri yg lambat??
4)Selalu ibu bapa akan tanya ape yg anak² mereka buat & belajar disekolah, tp bila bagi homework xsiap plak.. Bila anak xpandai cakap cikgu x ajar, tapi bila anak pandai, ibu bapa pulak yg dapat nama..
5)Ibu bapa adakala tidak sempat utk menyiapkan keperluan untuk anak mereka di TASKA. Pernah pakaian yg dah dipakai semalam masih didalam beg anak dan tidak menyediakan pakaian lain.. Mungkin ibu bapa terlalu sibuk sehingga tidak sempat untuk menukar pakaian tersebut..Bagaimana kami mampu memberikan penjagaan yg sempurna untuk anak anda jika anda tidak membantu kami???
Maaf andai penulisan saya ini mengguris mana² pihak.. Saya tidak mahu ibu bapa terus-terusan menghukum TASKA yg tidak bersalah.. Kami mencari rezeki kami di sini.. Jangan salahkan kami atas kesalahan orang lain.. Jesteru, sy mohon ibu bapa berfikiran positive dan jgn samakan semua TASKA..
Berikut sy nyatakan sedikit pengetahuan untuk memilih TASKA terbaik untuk anak anda :-)
1)Pilih TASKA yg berdaftar dengan JKM.
2)Buat lawatan/survey terlebih dahulu..Kenali owner & lihat tatacara staff..Biasanya staff akan terangkan serba sedikit aktiviti yg dijalankan sepanjang anak anda dibawah penjagaan TASKA..Pilih yg berkenan dihati anda..
3)Tanya menu ape yg disediakan setiap hari..Biasanya ada jadual, so mintak tgk jadual tu..Kalau xde jadual mungkin menu anak anda ala kadar shj..
4)Pilih TASKA yang bersih. Bagaimana mereka mampu menjaga kebersihan TASKA begitu juga mereka mampu manjaga kebersihan anak anda.
5)Cuba request dgn pihak TASKA untuk hantar anak dlm tempoh percubaan. Beri masa sebulan, jika anda berpuas hati teruskan hantar ke TASKA tersebut. Kalau anak menangis je dlm masa sebulan tu, maksudnya anda perlu cari TASKA yg lain..
6)Buat lawatan mengejut semasa anak anda dibawah penjagaan TASKA..
7)Elakkan sikap cerewet&sombong dgn staff..Staff manusia biasa yg gajinya xseberapa, bimbang anak anda yg akan menjadi mangsa..Mohon berbuat baik dgn staff kerana mereka juga akan berbuat baik kpd anak anda..
8)Jangan pilih TASKA yg anak²nya terlampau ramai..
OK last.. Tak semua TASKA tak bagus.. Cuma anda yg salah pilih..
Tq :-)
—Doakan sy ada TASKA sendiri satu hari nanti ye—
– Mas
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit