Senggugut Endometriosis Dan Zuriatku

Assalamualaikum semua. Kenali aku sebagai Asya berasal dari Utara tanah air. Berumur awal 30an.

Bermula dengan menjadi gadis yang meningkat remaja, aku mula didatangi haid seawal 11 tahun. Segalanya normal sehinggalah aku berumur 15 tahun, aku mula mengalami senggugut yang dasyat.

Aku terpaksa bergantung kepada ubat tahan sakit. Semakin dahsyat apabila aku terpaksa mendapatkan rawatan di klinik untuk cucuk ubat tahan sakit kerana ubat biasa tidak lagi memberi sebarang kesan.

Doktor juga membuat scan di rahimku dan berkata segalanya normal.

Sehingga memasuki alam universiti aku masih mengalami sengugut yang teruk sehingga kadang2 hampir seminggu kesakitan yang terpaksa ditanggung.

Haid aku juga mula menjadi panjang sehingga 2 minggu lamanya.

Ramai juga yang berkata padaku, “eh senggugut ni nanti kalau kahwin payah untuk dapat anak”. Aku diam dan tersenyum sahaja kerana aku percaya kepada rezeki pemberian Illahi.

Cut to short, aku mendapat pekerjaan tetap dan berkahwin. Suatu malam aku berasa sakit di payudara dan mendapatkan rawatan di klinik sakit puan.

Aku juga bertanyakan soal sengugut aku setiap bulan yang terlampau sakit sehingga mengganggu aktiviti harian aku.

Doktor membuat scan dan menyatakan ada ketulan di ovari aku. Dia merujuk aku di hospital besar terdekat. Aku tidak terlalu takut kerana menganggap ia hanya ketulan biasa.

Segalanya bermula disini apabila aku berjumpa doktor pakar. Doktor mengesahkan aku mengidap endometriosis dan mempunya cyst di ovari kiri sebesar 4x5cm.

Terasa gelap apabila doktor menyatakan endometriosis penyebab ketidaksuburan. Aku tidak subur?

Kata doktor, aku mungkin sukar untuk mendapatkan anak secara normal kerana endometriosis ini seperti toksik yang akan membunuh sperm yg cuba untuk menempel di rahimku.

Aku menangis semahunya setiap malam seorang diri. Baru 2 bulan berkahwin dan aku diuji dengan perkhabaran sebegini. Allah.. Terasa berat ujian ini.

Aku banyak meratapi nasib diri menganggap wanita apakah aku ini jika tidak mampu memberi zuriat pada suami? Aku banyak menyalahkan takdir dan berasa sesal dengan hidup ini.

Doktor mencadangkan aku membuat rawatan laparoscopic untuk membuang cyst dan proceed dengan ivf. Laparoscopic dijalankan dan aku diberi ubat untuk menghentikan haid selama 3 bulan.

Selepas 3 bulan, aku masih tidak didatangi haid. Diam2 aku cuba membuat UPT dan keputusannya positif!

Allahuakbar.. Syukur.. Aku tidak lagi perlu proceed dengan IVF. Doktor sendiri terkejut kerana aku dapat mengandung secara normal walaupun belum didatangi haid.

Kegembiraan aku tidak lama. Scan menunjukkan kantung dalam rahim aku tidak mempunyai janin (empty embryo sac).

Doktor menyatakan kandungan aku boleh gugur pada bila2 masa sahaja kerana ia tidak normal. 2 minggu kemudian aku mula bleeding sedikit demi sedikit sehingga akhirnya aku terpaksa memakai pad.

Aku mula sedar yang kandungan aku mula gugur apabila darah makin banyak dan aku mula berasa sakit perut yang teramat sangat. Sah, aku complete misscarriage selepas scan dilakukan.

Ujian ini terasa berat untuk aku dan suami. Aku meratap sekali lagi dan menyalahkan takdir. Kenapa ditarik nikmat ini setelah diberi?

Aku mohon ampun pada suami kerana masih tidak dapat memberi zuriat kepadanya. Suami nampak kuat tapi aku tahu dia juga kecewa.

Aku mula menjadi sensitif. Melihat perempuan mengandung, bayi kecil, pakaian bayi, semuanya mampu membuat air mataku bergenang. Tetapi di hadapan orang lain aku cuba untuk kuat.

Aku pernah menyuruh suami aku untuk berkahwin lain tapi dia menolak dan mengatakan dia gembira dengan kehidupan kami walaupun tidak dikurniakan zuriat.

Sengugut aku masih seperti biasa setiap bulan. Sakit yang ditanggung terasa semakin teruk. Aku mula putus harapan.

Bila sampai satu tahap, aku sedar aku perlu mencuba ikhtiar terakhir dengan menjaga makan.

Aku kurangkan makan daging, ayam, fastfood, junkfood, kek, kuih, ais, air manis, soya (makanan2 perlu dipantang pengidap endometriosis).

Aku perbanyakkan makanan sunnah seperti madu, minyak zaitun, habatussauda, delima.

Banyak juga amalan2 lain seperti banyakkan berdoa setiap kali lepas azan, amal doa nabi Zakaria, banyakkan baca al-waqiah dan surah mariam, bersedekah dan minta orang ke mekah untuk doakan aku juga.

Aku mula menjaga solat awal waktu Semua ni aku niat sebagai ikhtiar mendapatkan rezeki anak.

Aku juga mencuba kelapa bakar, susu kanbing kurma, mengurut dan segala amalan yang dikatakan boleh membuatkan aku mengandung.

Aku sangat2 menjaga pemakanan dan gaya hidup aku. Berubah daripada seorang food hunter makanan viral kepada peminat sayur-sayuran.

Selepas 6 bulan alhamdulillah aku mengandung lagi secara normal! Allahuakbar.. Terkejut dan gembira bukan kepalang walaupun banyak ujian sepanjang aku mengandung. Terasa seperti satu keajaiban.

Allah masih mahu memberi.. Cuma aku yang terlalu mudah putus harapan. Alhamdulillah..

Benar, manusia hanya mampu mengungkap. Namun hanya Allah sebaik-baik perancang. Sekarang anak aku sudah berusia setahun setengah dan membesar dengan sihat.

Aku juga berdoa kepada semua TTCIAN yang lain semoga kalian juga mendapat nikmat untuk mengandung dan diberikan rezeki zuriat. Jangan mudah putus asa..

Percayalah rezeki Allah itu luas. Dia akan beri pada masa dan waktu yang tepat. Teruskan berdoa.. In shaa Allah..

Perkongian pada TTCIAN :

– Sila jumpa doktor jika mengalami senggugut yang kuat.

– Jaga pemakanan (tak perlu food hunting makanan viral semua tu).

– Banyakan exercise.

– Jaga percakapan (dulu aku pernah kata tak nak anak awal2 kahwin. Tunggu lama sikit baru nak anak. Nahh Allah bagi sungguh macam aku kata).

– Mengurut untuk check peranakan.

All the best TTCIAN. Doa aku bersama kalian.

– Asya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *