Seni Memberi Komen

Assalamualaikum wbt

Selamat Hari Raya kepada admin dan seluruh pembaca IIUM Confession ni.

Selaku pembaca page ini dan page2 lain seperti Kisah Rumah Tangga (KRT), dan membaca komen-komen yang orang tulis, aku dapat rasakan yang ramai rakyat Malaysia ni tiada seni memberi komen.

Apa yang dimaksudkan dengan seni memberi komen? The art of commenting?

Kalau korang perasan, orang yang share confession/kisah diorang dekat sini kebanyakannya nak bertanya pandangan, ada yang nak beri nasihat, dan ada juga sekadar nak berkongsi. Yelah bila berkongsi dengan orang lain, rasa lega sangat.

Cuma apa yang aku perasan dekat ruang komen, ramai sangat makcik-makcik bawang.. Golongan yang suka mengecam dan condemn orang..

Orang yang share confession/kisah diorang ni nak dapatkan pandangan/atau sekadar nak berkongsi, yang geng makcik-makcik bawang ni sibuk pulak mengecam/condemn.

Ada yang kata, bagusla bagi kecaman, supaya diorang sedar dan belajar..

Wahai makcik-makcik bawang sekalian,

ada beza tau antara komen membina (constructive comment/critics) dan komen mengecam/condemn?

Meh abang bagi contoh :

Situasi 1 :

Confessor tulis confession dalam Bahasa Inggeris (English)..

Lepastu ramai yang komen :

Komen mengecam/condemn : So many grammar mistakes.

Komen membina : Thanks for sharing your story with us. I believe there are many lessons that we can learn from your story. By the way, I notice there are many grammar mistakes in your writing. Apologies for pointing it out. I understand the message that you want to deliver, but in my opinion, it will be nicer if you can write in Bahasa Melayu or at least you can do grammar checks before posting your story. There are many grammar tools that you can use to check your grammar, for example Grammarly.

Haa, cuba korang tengok, ada beza tak komen mengecam dan komen membina.

Orang yang komen mengecam ni cuma nak cari salah orang je. Tak nampak pun big picture/ tak appreciate pun kisah yang orang tu share. Pada aku, tak salah kalau ko nak komen english dia/ grammar dia. Tapi sepatutnya, ko acknowledge dulu cerita dia, lepas tu baru ko kritik english dia.

Situasi 2 :

Confessor share kisah dia bercinta dengan suami orang. Lepastu dia menyesal..

Komen-komen yang ditulis :

Komen mengecam :

– Padan muka
– bercinta lagi dengan suami orang, kalau aku jumpa depan2 dah lama makan kaki/kena pijak
– spesis ni #sila meninggal
– dah gatal sangat la tu, spesies perempuan j*****

Komen membina :

– Terima kasih kerana sudi berkongsi. Mohon adik insaf dan jangan bercinta lagi dengan suami orang.
– Tindakan adik adalah salah. Cuba bayang kalau akak bercinta dengan ayah adik? Apa perasaan mak adik?
– Suami orang ni barang terpakai macam used car’/ second hand. Nilai dan power diorang makin susut, tak macam kereta baru/first hand car. Cuba adik cari orang bujang, mesti tak menyesal.

Situasi 3 :

Confessor cerita yang rumah mak ayahnya diambil alih oleh mak mertua abang dia.

Komen mengecam :

– Bodoh. tak berani nak tuntut hak. Kalau jadi dekat aku dah lama aku halau mak mertua abang aku tu.
– abang confesor ni lembik/pondan/ takut bini/ takde telur. Cuba la tegas sikit dengan mak mertua tu.
– lah, dah 4 tahun baru terhegeh-hegeh nak tuntut balik/ nak buat something. lembab

Komen membina :

– confessor, patutnya awk buat satu papan tanda ke atau apa2 je lah. lekat kat pintu masuk ke, atau halaman rumah “kediaman (nama ayah & nama arwah mak)” biar dia sedar yang dia cuma menumpang. buat besar2 sikit.

– Abg tu apa fungsinya? Tegur abg..suruh dia bersuara..rumah pusaka mak org luar tak de hak..kerana sikap abg yg pentingkan kerabat isteri sampai awk adikberadik kecik hati dan bole putus silatulrahim.

———————————————————————————————–

Confessor share kisah diorang untuk luahkan perasaan/nak minta pandangan. lepastu ramai pulak yang mengecam confessor, mengutuk watak-watak dalam kisah confessor tu..

Cuba korang bayangkan kalau korang jadi confessor, mesti sakit hati baca komen-komen mengecam tu. Walaupun dia marah dekat abang dia, tapi selaku adik, mesti dia tak suka orang kutuk abang dia.

Sama juga dekat kisah satu lagi. Confessor cerita kisah mak dia yang selalu bertukar boyfriend selepas kematian ayah dia, sampai lupa tanggungjawab jaga dia dan anak-anak yang lain.

Lepas tu boleh pulak makcik-makcik bawang komen, mak dia pelacur, mak dia dah tua tapi miang gatal keladi.

Kalau korang jadi confessor, sakit tak hati bila orang lain kata macam tu dekat mak sendiri?

Walaupun mak dia salah, tak perlu la tulis perkataan yang buruk. Confessor berkongsi masalah sebab nak hilangkan stress/sedih, end up confessor lagi sedih bila makcik-makcik bawang ni memaki hamun mak dia.

—————————————————————————————–

Seni memberi komen ni bukan untuk pengguna facebook sahaja, tetapi kepada semua orang. Bos/leader, mak ayah, suami isteri, cikgu semua kena ada seni ini untuk mendidik/menegur orang lain.

Sebagai contoh, sekiranya pekerja buat salah dekat tempat kerja.

Kebiasaannya bos akan marah terus/maki hamun pekerja tersebut.

Tetapi sekiranya bos ini ada seni memberi komen, dia akan appreciate/akcnowledge kerja/jasa pekerja dia, lepastu baru dia tegur kesalahan pekerja tersebut.

Ada beza antara boss dan leader.

Cuba korang tengok bos/leader/CEO syarikat-syarikat yang besar, semua diorang ada seni ni. Atau orang panggil soft skills. Jadi pada korang yang masih belum ada seni memberi komen/ the art of commenting, pergila kursus/ baca buku untuk belajar. Seni ini/kemahiran/ soft skills ini diperlukan untuk berjaya terutamanya dalam karier (pekerjaan) dan perhubungan (relationship).

Sama juga macam suami isteri. Kalau ada pihak yang buat salah, terus nak marah/ maki hamun, maka akan rosaklah rumah tangga tu.

Sepatutnya kena tegur dengan cara berhikmah dan berhemah.

Sebagai contoh, isteri masak tak sedap.

Ada jenis suami terus tengking isteri/maki hamun isteri, “ko masak apa ni, tak sedap langsung!!!

Sepatutnya suami yang baik, dia akan puji isteri dia dulu, ucap terima kasih tolong masak. Lepas tu baru cakap, “masakan ayang ni kalau tambah **** lagi sedap.. ataupun share resipi dekat isteri.

————————————————————-

The point is, jangan terus condemn/kecam/maki hamun bila nampak kesalahan orang lain. Cuba appreciate/acknowledge dulu, then baru tegur/ cakap baik-baik.

1000 kebaikan yang orang tu ada, tapi bila ada satu kesalahan yang dia buat, yang itulah kita nampak dan memperbesarkan. Lupa terus kebaikan orang tu.

Kadang-kadang aku tengok orang Melayu ni makin lama makin hilang adab dan tatasusila. Semakin hari semakin kasar.

Orang kata bahasa/adab itu mencerminkan akhlak kita. Jadi bila korang tulis komen-komen buruk/ mengecam itu menggunakan akaun facebook, orang lain boleh tengok profail facebook korang, muka korang, dan mereka boleh menilai akhlak/ budi pekerti korang berdasarkan komen yang korang tulis.

Jadi sebelum nak tulis apa-apa komen, sila fikir 10 kali. Jangan sebab komen yang kita tulis tu akan menjatuhkan maruah kita.

OK lah, panjang dah aku tulis. Harapnya mesej yang aku nak sampaikan ni berjaya la.

Lepas ni sebelum korang nak tulis apa-apa komen, cuba bayangkan confessor (orang yang share kisah/confession tu) adalah mak ayah, abang/kakak, adik/ kawan-kawan korang,

adakah korang akan maki hamun/kecam secara berjemaah. Tak kan?

Jadi setiap kali baca confession/kisah tu, cuba bayangkan confessor tu adalah adik beradik/ kawan kita yang nak berkongsi masalah/ nak beri pandangan dekat kita, jadi mesti kita akan tulis baik-baik.. Kalau nak tegur pun kita akan beri teguran membina. Bukan dengan cara mengecam/ memaki hamun/ mengutuk.

Jangan jadi macam makcik bawang. Moga-moga spesis makcik bawang tidak membiak dan semakin pupus.

P/S : Just in case ada yang tak tahu makcik bawang tu apa, mengikut definisi kamus, makcik bawang adalah golongan mulut longkang/ mulut busuk/ mulut puaka yang hanya tahu mengecam/ mengutuk/ memaki hamun orang lain. Mereka ini acah-acah suci, tidak pernah ada masalah dalam hidup mereka. Hidup mereka hanya untuk condemn/ mengecam masalah yang dihadapi oleh orang lain. Setiap kali orang berkongsi masalah, mereka akan mengecam. Jangan jadi seperti mereka.

– Abang Mad

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit