Seni Mengurus Ledakan Emosi

It’s me again, Dini. Pernah tulis tentang Berkahwin dengan Navy. PJJ life, ditambah pula dengan siri-siri kehidupan yang in a rush, urgent dan full of unexpected event/plan boleh mencetuskan emotional breakdown, anxiety and for a long term leads to depression.

Boleh baca confession ‘Berkahwin Dengan Navy’ di sini, (https://iiumc.com/berkahwin-dengan-tentera-laut/).

Hidup yang sebegitu ditambah pula dengan tugasan dalam pekerjaan, urusan anak seriously memang memenatkan emosi dan fizikal sampaikan we just wanted to give up, lari, meletup, just name it.

So to whoever yang membaca dan sedang dalam situasi ini dan SEDAR mental, emosi anda dah di tepi jurang tunggu masa aje nak terjunam dan terbenam ke bawah… Here’s for you. Do it step by step.

BERCAKAP DENGAN TUHAN

Kadangkala nak bercakap dengan pasangan ni, kita buntu. Macam cakap dengan tunggul atau kita belum master lagi seni berkomunikasi sampai jadikan bercakap dengan pasangan tentang apa kita perlu, kita rasa tu terlalu susah untuk difahami dan diikuti maka bercakaplah dengan DIA pemilik hati setiap manusia.

I know sometimes mak, mak ni nak ada “me time” dengan pencipta pun payah. Nak dapatkan solat yang khusyuk pun susah, belum habis tahiyat anak dah bergayut kat telekung sampai tercabut kan? So how ?

Sebelum masuk kereta tu, tak payah on radio. Pasang zikir, senyap dan doalah apa kita nak pasangan kita tahu dan faham. Terjaga tengah malam menyusukan anak, berdoa dalam hati kalau mampu celik mata tu ambil wudhu, solat dan luahkan segalanya.

DECLUTTER YOUR MIND

Lepas solat subuh di satu hari yang kau dah decide kau nak stop segala masalah atau kecamuk emosi kau yang tak berkesudahan tu, kau ambil sekeping kertas. Kau tulis apa masalah kau sebenarnya. Kau tak puas hati apa ngan pasangan kau, kau rasa tak dihargai ke apabende la yang membebankan emosi kau, kau tulis.

Kau ambil satu lagi kertas, kau bahagikan kepada 2 bahagian. 1. DELETE dan 2. ACT. Segala yang kau tulis tu kau asingkan. Kalau kau rasa benda tu tak penting pun atau sebenarnya takde apa pun, masukkan dalam kotak DELETE.

Kotak ACT hanya untuk perkara yang kau rasa boleh diperbaiki atau perlu diperbaiki. Selesai kelaskan kau kena detailkan untuk ACT to on how you supposed to ACT and WHEN?

ACT

Bertindak mengikut perancangan(yang kau tulis). Mungkin salah satunya kau tulis penat nak urus anak sendiri which sesuatu yang kau tak boleh DELETE tapi kau kena uruskan dengan baik. Tuliskan apa masalah yang penat sangat tu sampai kau jumpa cara supaya kau boleh kurangkan penat tu…

For example, PENAT nak drive hantar pengasuh.. Kau pun tahu takkan anak kau nak jalan kaki kan pergi rumah pengasuh jadi kau set atau reroute or tukar pengasuh masukkan ke Taska berhampiran ke, you figure out.

Jangan minta pendapat pasangan kalau kau rasa pendapat dia tak valid. Kau yang nak kena drive kan after all tapi kalau kau jenis boleh menerima then ask la second opinion tapi nak bahagia ni jangan la kau fikir kau je betul walaupun kau kena buat sendiri.

KUASAI DIRI SENDIRI

Perempuan ni makhluk perasaan. Segala kosa kata Bahasa Melayu untuk perasaan, kebanyakannya perempuan master. Hiba lah, sayu lah, sedih la, berang la, kecewa eh macam-macam yang kalau meledak dan meledak tanpa kawalan boleh mendatangkan masalah mental.

Perempuan, emosi kita walaupun kau baca kat Page, Page Facebook tu dipengaruhi oleh suami la apebende la nak emosi isteri baik suami kena layan baik la tu cuma faktor luaran. Faktor dalaman macammana kau sayang diri kau, mental kau, fizikal kau. Orang yang sayang diri dia, dia tak terkesan dengan apa-apa.

Sentiasa ingat, Tiada Daya Selain dengan UpayaNYA. Hari-hari zikir Lahaulawalaquwwataillabillah. Pandang cermin cakap kat diri bukan suami, bukan anak, bukan madu, bukan jiran, bukan bos yang ada KUASA atas diri kita. InshaaAllah kita tak rasa terkesan apa perangai mereka kat kita.

GEMBIRAKAN DIRI

Kita ada banyak cara nak gembirakan diri. Kalau kita rasa gembira tengok anak pakai baju baru, belikanlah tapi with no regret matilanak gaji lagi 40 hari.. Contohhhhh… Makan Cheesecake Gebu Meleleh-leleh Cheese dia… Pergi la beli, makan with no regret matilanakkkk berat aku naik 10Kg…

Kadangkala kita ni dah lupa cara nak bergembira atau feel good about ourself then feel good la about yourself.. Kau rasa kau lawa macam BEllAZ, tapi kau janganlah rasa tension anak kau bergayut tarik kain time kau makeup pulak.

MAKE JOKE ABOUT YOUR SITUATION

Jangan stiff. Jangan pembaris. Kalau anak kau melalak dalam kereta time kau tengah serabut dan lambat nak pergi kerja, kau ajak la dia nyanyi lagu Mamanda Pasola tikam di tapak kakinya sambil berjoget. Eh, peduli apa ada orang perasan lepastu kau gelak la apeke bodo la perangai aku ni. . Ha, kan hilang sikit stress. Perangai gile ngko zaman kolej tu keluarkan la time kau stress namatey ni.

MAKE FRIEND

Ada yang cakap karang, saya takde kawan. Saya tak keluar rumah. Dunia saya anak-anak aje. Ha, kawanlah dengan anak tu. Main Ultraman Geed Taiga ke, Ultraman Nebius ke, Berlakon jadi Poney ke, Main Upin Ipin ke.

Kau tengok orang lelaki tu, kalau tengok kartun dia dengan anak sama naik menganga. Be like that, keluarkan jurus Sailormoon dengan kuasa bulan akan menghukummu kepada anak-anak masa tu baru dia kagum dan patuh pada kau.

Tak “sakit” pun kawan dengan budak-budak. Dia tak dengar cakap kau, kau cakap je taknak kawannnn!! Confirm lepastu patuh dia masukkan mainan dalam bakul. Kalau yang belum ada anak, silalah berkawan dan join pelbagai aktiviti menarik di luar sana.

Begitulah serba sedikit Seni Mengurus Ledakan Emosi. Ingat, bila emosi dah start main irama rock, jangan biarkan ia menjadi thrashed metal kalau tak mak, mak kita ni yang mental.

Okeylah, selamat mencubeee (Sila baca dengan nada Khairul Aming yang masak kat IG tu ha).

– Dini (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit