Seni VS Akaun

Assalamualaikum.

Aku tak tahula kalau cerita aku ni dapat disiarkan ke tak tapi aku cerita jela,at least dapat juga kurangkan sakit hati aku ni.

Before aku continue aku nak bagitahu aku ni bukan budak uia tetapi budak hingusan lepasan SPM 2016 and aku bercita2 nak masuk UIA itupun kalau result SPM coming soon bagus.

Okay aku ada seorang kawan ni kitorang dah kawan sejak form2 sekarang more than 4 years kitorang kawan. Kitorang including “dia” berempat memang kawan rapat. Tempat luahkan perasaan la dorang semua dorangla. Di antara kitorang memang langsung tak ada secret.

Itu ini semua benda tak penting pun kitorang akan cerita sesama sendiri. So far takda big issue pun yang berlaku between kitorang. Kalau tak puas hati memang cakap depan2 je.

But lately sejak tahun lepas kawan aku ni “dia” dah tak macam dulu. Perangai dia berubah 180 darjah. Sejak form4 kitorang berempat berpisah kelas. Aku dan sorang kawan aku masuk kelas sastera and “dia” dan sorang kawan lagi masuk kelas account.

Okay macam ni result PT3 aku tu teruk jugala walaupun adala 2A out of 10(including oral and listening test)sebab tu aku masuk kelas sastera itu pun batch saing aku yang masuk kelas science stream or account pun bukannya bagus sangat result dorang. Ada 10 kelas aku kelas ke-5 and “dia” kelas ke-3
Yang membezakan aku dengan “dia” ialah mata pelajaran tambahan aku seni and perdagangan and dia account,add maths and economy.

Everytime ada exam je mesti dia nak compare aku dengan kawan aku dua orang lagi yang ambil seni. Kau tahu dia compare kan seni dengan add maths?? Okay aku tak deny yang add maths is even more harder than seni tapi untuk orang yang tak pandai melukis macam aku ni seni adalah subject aku paling benci sebab memang aku tak pandai memang tak boleh lansung go through subject ni(tak benci seni because hidup kita dah pun surrounded by seni). Kalau aku dapat markah rendah for seni mesti dia perendahkan aku. Dia kata seni ni senang sepatutnya aku boleh score better than that.

Aku tak pernah question sangat tentang result add maths dia sebab sensitive sebab dia selalu fail untuk subject ni. Everytime dia fail aku selalu comfort dia untuk stay positive maybe in real exam (SPM) dia boleh lulus. But everytime issue add maths dinaikkan dia akan naikkan issue seni. Bertentangan dengan apa yang aku buat dia langsung tak pernah comfort aku bila markah seni aku rendah. Maybe dia pandang rendah subject ni. “Kacang” “Tauge” la pelbagai lagi gelaran diberi kepada subject ini.

Aku sensitive sungguh sebab aku sangat lemah subject ni kadang2 nangis juga bila fikirkan pasal seni sebab aku takut yang aku tak dapat score baik nanti untuk SPM. Stress aku kadang2 dengan perangai dia yang suka besarkan issue senangnya,kacangnya subject seni dan perdagangan(juga). Macamnila Seni Vs Add maths and Perdagangan Vs Economy&Account.

If markah dia rendah je mesti nak compare dengan subject selective Seni dan Perdagangan. Bila aku dapat A perdagangan dia kata senang je Perdagangan,Eco and Account lagi susah. Aku paling benci bila issue comparing ni muncul. Sakit hati wehh. Korang yang pernah experience these problems mungkin faham. It may sound like a small matter but when “dia” naikkan issue ni bukan setakat hati je panas telinga semuala panas. Aku jenis yang malas nak gaduh so aku diamkan je.

Kadang2 aku nak je memang nak je balas balik kata2 sindir dia tu tapi malas nak cari gaduh yela dah nak habis sekolah malas nak create bad memory. Only sebab hal ni dia merajuk. Contohnya kitorang 3 lagi (budak ambil seni) cakap pasal seni sesama sendiri mesti dia tak puas hati. I mean kitorang cakap pasal pelajaran kot asal nak marah2?? Bangkitlah semula issue comparing tak habis2.

Ada satu hari tu aku terlampau marah sebab hal kecil ni pernah aku tercakap kasar dengan dia (kasar yang lembut)alah yang bila kau cakap tu guna tone lembut but kata2 kau tu deep. Masa tu dia tengah tension dengan Add maths and you know as usual compare itu ni. Aku katala “kau lain aku lain”(weh kasar ke ni?) lepas tu dia terus bla. And everytime aku yang kena apologize when aku just luahkan perasaan aku. Issue remeh ni berlanjutan sampaila SPM sebab seni lagi and dia merajuk lagi because aku and 3 kawan aku cakap pasal seni.

Kitorang still contact with each other until now just dia yang macam nak menjauhkan diri. Mungkinla dia tension pasal subject tu yang dia selalu complain and compare dengan orang lain. Okay aku faham tapi janganlah selalu blame orang lain for the choice you’ve made. Yela boleh je dia gugurkan subject2 hardcore tu tapi dia yang taknak. And lepas tu lepaskan kemarahan kat orang lain.

In conclusion, there are few things b yang kalau boleh jangan kau buat:-

1.Don’t ever compare kesusahan orang dengan kesusahan kau. Everyone has their own story and hardship that you may not know.

2. Small issue boleh jadi besar. Jangan bangkitkan issue sensitive yang boleh rosakkan relationship kau dengan orang lain. Mungkin bagi kau issue tu kecil tapi orang lain tak rasa macamtu.

3. Buat keputusan betul2 bila decision tu determine kau punya future.

4. Avoid blaming others for your own mistake! Belajarlah untuk salahkan diri sendiri janganla asyik point jari jemari kau tu kat orang lain.

5. Jangan pandang rendah kat orang lain. Kura2 pun menang against arnab dalam game lumba lari inikan manusia apatah lagi.

Hidup ni bagi akula macam gunung. Sebab apa gunung? Sebab gunung semua orang boleh daki tipu la kau tak boleh nak dakit walaupun sedikit. Tapi berapa ramai yang mampu daki sampai puncak?? Berapa ramai? Tak sampai 1/10 pun. Hanya yang berusaha je dapat sampai puncak.Tetapi ada dua jenis orang yang kat puncak satu orang yang bila sampai dia mendongak kelangit ada yang tunduk melihat keindahan di bawah. Janganlah jadi golongan pertama ini. Bila dah kat atas jangan tak tengok bawah takut tersadung bila2 masa je. Orang2 yang tak sampai puncak tu kalau dia berusaha lagi mesti dia boleh sampai. Jangan pandang rendah terhadap apa2 hal dalam dunia ni sebab hal itu mungkin akan menyusahkan diri sendiri.

Sekian, dari saya XOXO-A-

Assalamualaikum

– A

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit