Senior ku Eksyen

Assalamualaikum admin, terima kasih banyak kalau siarkan confession aku ni sebab aku memang dah tak tahan sangat dah. Straight to the point, aku nak cerita pasal officemate aku.

Ditakdirkan Allah aku dapat kerja awal, umur 20. First posting jauh dari rumah. Disebabkan mak ayah aku tinggal berdua kat kampung, after two years posting, aku mintak transfer ke kampung. Kat sini aku ada partner, which is jawatan sama cuma dia memang senior dari aku. Umur pun dah 40an. Aku boleh je terima bekerja dengan siapa-siapa memandangkan aku ni bukan suka ambil tahu hal orang atau talk bad pasal siapa-siapa. Mula-mula tu semua okay je dan aku sebagai orang baru boleh terima environment baru dan kawan-kawan baru. Dah nama pun partner, jadi kami duduk satu office. Dalam bilik ni, kami berdua je yang ada. Jadi kalau nak masam muka atau bergaduh tu, memang aku elakkan sebab nak bercakap dengan siapa kalau aku bergaduh dengan dia atau tak sefahaman? haha

Kami bahagi tugas dan aku dapat jalankan tugas dengan baik sama juga macam dia. Cuma part masing-masing la kan. Yang aku tak faham, ada masa kakak ni selalu hempas-hempas barang. Mula-mula aku cuba husnuzon, mungkin dia memang terhempas atau terletak kuat. Tapi ada masa tak pun. Bila kami berbincang dan pendapat kami berlainan, lepas tu dia akan tunjuk protes macam tu. Lagi-lagi kalau apa-apa kerja aku diapprove oleh bos atau kena puji ke. Pelik betul. Tapi aku cuba berbaik sangka lagi dan tak ambil serius.

Bila tiba office nak buat event apa-apa, contohnya la kan, event nak buat Jumaat ni, dalam minggu tu mesti dia akan cuti dan biarkan aku urus sorang-sorang. Mula-mula aku fikir bagus juga sebab aku boleh ambil pengalaman dan belajar perkara baru. Tapi bila dah almost 7years aku kat sini, dia buat perangai sama, ko rase??? Aku ni ada baby, jadi nak taknak terpaksa la aku angkut anak aku sekali untuk uruskan event tu luar waktu pejabat. Kadang-kadang dengan husband aku sekali kalau dia tak kerja. Sedangkan dia duduk berkurung kat rumah yang betul-betul sebelah office aku. Takde common sense ke? Macam hari ni, dia datang kerja selepas cuti yang disengajakan sebab sepatutnya minggu ni ada event tapi ditangguhkan selepas CNY.

Satu lagi perangai dia, pergi thumbprint then balik rumah. Almaklumlah rumah dekat sangat dengan office. Then sejam atau setengah jam lepas tu masuk office. Then keluar ‘kerja’ sampailahhh pukul 12 baru masuk pejabat. Hape dia ingat aku budak office ke? Kadang masuk office sanggup tak buka aircond atau lampu semata-mata tunggu aku bukakan. Ya Allah, aku nak bersuara, tapi aku takut mengguris hati dia. Mak aku dah pesan awal-awal, jangan bergaduh dengan orang, nanti takut tak sempat minta maaf. Ikutkan hati nak je aku transfer ke tempat lain, tapi takkan transfer je keje aku. Nak sound karang, pangkat makcik dah tu pada aku. Tak beradab pulak rasanya.

Macam-macam lagi la perkara dan aku rasa pengkhianatan yang tak patut aku cerita kat sini. Sekarang baru aku faham apesal kakak-kakak sebelum aku yang berpartner dengan dia asyik warning aku supaya hati-hati kerja dengan dia.

Untuk senior-senior (special dedicated to my partner), kita tahu awak kerja lama dari kita, tapi tak patutlah lepaskan marah atau emosi camtu ditempat kerja. Ingat ‘newbie’ takde perasaan ke? Kalau rasa nak orang berurusan dengan kita selalu, janganlah masam muka dan buat eksyen sangat. kalau ada masalah kat rumah atau luar, janganlah bawa kepejabat sebab buat orang lain tak selesa. Kenapa nak rasa insecure, awak memang senior. Forever.

Ikhlas,
Minnn

– minnn

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit