Aku pembaca setia IIUM Confessions, banyak kali sudah aku menulis di forum ini. Alhamdulillah, admin sangat baik dengan aku, cerita aku tak pernah di tolak. Kalau anda juga pembaca setia, aku banyak menulis cerita travel di ruangan ini.
Sengaja aku mahu memberi variety kepada topik-topik di sini, lagi meriah kan, topik aku mudah dan ringan saja, aku mahu pembaca enjoy dan chill chill saja hendaknya.
Ceritanya, aku merentasi negara Balkan awal tahun ini, sebelum covid-19 meletus. Waktu aku di Balkan, Itali baru kesan 1 ke 2 kes sahaja dalam sehari, jadi wabak di sana masih awal. Aku merentasi benua Eropah dari Kuala Lumpur ke London, terus ke Germany, kemudian ke Austria dan ke Slovenia.
Dari Slovenia aku menaiki bas selama 12 jam ke Sarajevo. Yes, 12 jam you read it right. Aku ambik bas di Stesen bas Trg Osvobodilne Fronte di bandar Ljubljana dan sampai di Stesen bas Put života Sarajevo, pada pukul 8 pagi keesokkan harinya. Aku bayar sekitar RM206.52 untuk perjalanan ini.
Bosnia sangat dekat dengan hati orang Malaysia kan. Dan aku selalu dengar sang traveller bercerita, orang Bosnia suka orang Malaysia sangat, sebab orang Malaysia ni baik-baik. Orang Malaysia tolong Bosnia waktu perang dulu, malah ramai orang Bosnia ada keluarga angkat di Malaysia.
Kita ni dah macam family dah , dan orang Malaysia pun memang ramai kahwin dengan orang Bosnia. Wahai pembaca semua ada sedikit ‘disclaimer’ yang aku nak cerita, tentang persepsi aku dengan orang Bosnia ni.
Walau pun aku ni ex-UIA consider dah terbiasa dengan karenah pelajar international ni, tapi tetap terkejut juga bila mula-mula sampai ke negara ni.
Balik kepada cerita aku di Balkan, sebelum keluar dari negara Slovenia kita kena turun untuk cop passport di post immigration dekat border Slovenia-Croatia. Masuk saja negara Croatia kita cop passport sekali lagi (sebelah-sebelah je post immigaration diorang).
Bila nak keluar dari negara Croatia, kita cop passport lagi, dan masuk saja border Bosnia sekali lagi kita cop passport. Negara-negara Balkan ni bukan semuanya sebahagian dari negara kesatuan Eropah (EU), jadi memang leceh sikit kalau road trip ni sebab kena go through border control.
Nak habaq, di Slovenia dan Croatia, kami 2 orang pemegang passport Malaysia takde berdepan dengan sebarang masalah, pegawai immigration tengok passport, tengok muka kami terus OK, cop dan terus bagi balik passport kami.
Tetapi di Bosnia, passport kami, iaitu passport Malaysia yang di banggakan ini di ketepikan, dan kami kena interview.
Soalannya mudah ‘what is binti?’ Pada pukul 3 pagi dengan suhu 3 darjah celcius pegawai immigration Bosnia tu nampak tak mudah dengan kami. Kami jawablah ‘it’s not a surname or middle name, it’ just a title ‘daughter of’ for muslim’.
Dalam hati aku bukan ke Bosnia ni negara majoriti Muslim juga ke. Takkan tak tahu, contoh Abi Bin Abi Talib, takkan tak boleh relate kan.
Sudahlah mereka tu tak tau berbahasa English. Penat explain. Mereka pun berbincang sesama mereka, tak lama tu diorang bagi balik passport kami. Macam tak puas hati je time cop tu.
Satu bas tunggu kami masa tu. Yalah bas tu tak jalan selagi kami tak naik. Dan semua berbisik-bisik, pandang kami semacam, pandangan yang macam entahlah, macam korang ni pelik la dari planet mana ni?
Macam mana boleh tersesat dalam bas ni? Taulah dalam tu semua orang local, kami je berdua passport Malaysia. Ada perempuan Bosnia yang pakai tudung dalam bas tu dia siap jeling kami lagi. Dalam hati, Ya Allah sombongnya. Masa ni tak rasa pun orang Bosnia suka Malaysia.
Sampai di Sarajevo, kami berjalan-jalan di Old Town Bascarsija, sebab tak boleh check in bilik lagi. Dalam Agoda kata pukul 9am boleh check ini, tiba-tiba orang jaga kaunter kata, no no no.
Oklah sebab aku malas nak argue. Aku consider dia baik la macam dia bagi kami guna toilet, makan kat restuarant hotel (bekal kami la), dia tolong simpan luggage kami, helpful juga la cuma dia agak ‘cold’ sikit.
Cold tu macam mana? macam tak berapa friendly, no senyum-senyum ye. Nama hotel tu Hotel Aziza, hotel ok je, bilik nice, spread breakfast pun banyak. Cuma macam tu la layanan kakak tu. Huhu.
Kami pun jalan-jalan kat Old Town Bascarsija tu, feeling macam kat Turki pun ya. Pengaruh kesultanan Turki Uthmaniyyah memang kuat, nampak kat bangunan, masjid-masjid, memang rasa macam kat Istanbul.
Best strolling dekat Old Town tu dengan angin dingin musim sejuk, minum kopi Bosnia, chill sangat. Tapi jangan datang awai sangat tau, kedai banyak tak buka lagi pagi-pagi ni. Tapi tau tak aku rasa macam mana, rasa macam orang Sarajevo ni tak friendly langsung, sombong ya amat.
Kami ada ambik tour juga sebab nak melawat war tunnel (lokasi tempat ni jauh dari bandar dan kami nak ada orang explain juga), even tour guide kami tu pun macam hmm. Dia baik je tapi gaya cakap tu berlagak betul. Contoh dia cakap, tour kami haritu tu jadi private tour sebab takde orang lain join.
Betul kami bayar harga pakej group yang lebih murah, tapi sebab kami 2 orang je so tour kami jadi lah private. Dia cakap patut private tour harga lain, meh? Then dia kata, you all pakai tudung baguslah religious, sebab dia tak religious pun.
Mak dia yes religious, solat 5 kali sehari dan pakai tudung, lifestlye memang ikut muslim betul. Meh? Kau nak cakap kau tak solat ke?
Huhu, dan dia sibuk bercerita pasal dia nak bercuti dengan girlfriend dia, diorang plan nak bercuti ke Sicily Itali, dan dari gaya dia bercerita tu macam dia stay dengan girlfrend dia.
Yalah dia nak cakap dia practice free lifestyle lah kot, sedih juga sebab dia Muslim. Aku takde lah nak judge ke apa pun cuma sedih je. They have gone through alot, yet they choose free lifestyle. Tapi ni pendapat peribadi aku jela ya. Tak yah kecam.
Aku rasa dia baik je sebab dia respect kami, sangat respect kami. Maybe sebab pakai tudung kot, seems that pakai tudung means you sangat baik huhu, dan orang Malaysia ni memang gaya lemah lembut je, maybe.
Dia banyak share pasal perang di Bosnia, dia cakap dunia selalu pandang Bosnia ni dengan mata kesian, dia kata tak perlu sebab benda tu dah berlalu.
Diorang dah move on. Dia cerita lagi macam mana keluarga dia survive waktu zaman perang tu, masa tu dia kanak-kanak lagi. Dia siap main-main dengan bekas peluru lagi. Dia cerita azab macam mana rakyat menunggu bantuan dunia dan bantuan UNCHR.
Bantuan yang datang pun teruk, UNCHR diorang bagi makanan tin bercampur aduk, situ ada pork, daging anjing.
Tapi sebab orang takde makanan jadi terpaksa terima apa saja. Sebab tu rakyat bina tunnel yang melintasi bawah airport di Sarajevo tu untuk mencari bantuan sendiri. Nak je aku tanya takkan takde rasa insof? haha.
Tinggallah memori di Sarajevo, esok tu aku naik bas ke Mostar. Silap aku naik bas, ini orang Mostar yang cakap, patut naik train. Sebabnya aku dah missed scenary yang sangat cantik. Haiyaaa, mana tahu.
Dan tiba saja di Mostar aku jadi happy sangat, people in Mostar they welcome you, they greet you, and they treat you like a family.
Yes, immediately I feel like at home. Kami sampai di hostel tu agak awal dan ada orang nampak kami ketuk-ketuk pintu hostel, dia tegur kami, nak check in ke?, aku angguk dan terus dia call owner, dia kata owner tu kawan dia.
Owner hostel tu Mr.Ervin muda lagi 27 tahun. Dia sangat welcome kami, even kami nak drop luggage je pun dia kata tak apa masuk je, bilik takde orang, low season ni pelancong takde. Dia upgrade lagi kami kepada bilik yang paling besar huhu.
Lepas check in dia bawa kami tour Old Town, I didnt expect this but I really appreciate it. Hostel kami sebelah kafe dia, dia kata boleh datang minum pagi-pagi free je sebab guest kat hostel tu.
Sebelah tu ada supermarket boleh shopping jajan ke apa ke, dia tunjuk restoren yang serve authentic Bosnian cuisine, mesti cuba dia kata. Then dia bawa sampai ke Stari Most, dia cerita history sikit-sikit dan dia tunjuk kat mana boleh ambik shot tebaik Stari Most.
Siap dia suruh kami minum coffee dekat atas bangunan sebelah Stari Most, kat situ boleh enjoy best view of Stari Most.
Kawasan hostel tu not bad, banyak kedai-kedai supermarket, dekat dengan Stari Most, Old Town dan ada kedai jual roti, pastry, coffee yang sangat murah dan semua dekat-dekat.
Esok tu kami ambik tour dengan Mostar Travel Agency (Contact Number Mr Esmer +387 61 346 606). Aku bayar RM204.22 untuk seorang termasuk makan tengah hari.
Dia cover Tekija Blagaj, Devish House, dia bawa kami ke Buna River cantik view situ nak OTD air biru, Kravice Waterfall, Pocitelj dan dekat Pocitelj tu kami makan cavapi, traditional Bosnian food untuk lunch. Datang Bosnia wajib cuba cavapi ya.
Nak cerita Mr Esmer tu sangat berkobar-kobar beri penerangan kat kami.
Dia siap draw map bosnia, dia tunjuk mana Buna River mana Neretva river, dan cerita macam mana perang boleh berlaku, apa yang orang Bosnia kena hadapi, dengan tiada sokongan dunia, orang Bosnia nak berperang tapi senjata pun takde.
Macam mana orang Croatia betray orang Bosnia, cerita tentang genocide di Sebrenica, kisah Sebrenica menangis sangat tragis, darah orang Muslim menjadi halal, orang awam dan kanak-kanak ramai yang terkorban.
Bosnia jadi fed up dengan dunia, general tentera Bosnia kemudian ajak rakyat Bosnia berperang mati-matian dan dia senditi berperang di barisan hadapan dan akhirnya dia terkorban. Fuhh memang best, Mr Esmer tu siap foward documentary pasal perang bosnia ni dekat wassap aku.
Dia cerita Malaysia adalah negara pertama di dunia yang beri bantuan kepada Bosnia. Dia cakap, Malaysia heard and see us. Sedih time dia cakap ni. Diorang sangat berhutang budi dan nama Tun Mahathir memang di sebut-sebut.
Selain dari cerita perang, Mr Esmeer ni dia banyak bercerita tentang budaya dan adab orang Bosnia ni macam mana.
Dan dia cerita trend dekat Bosnia ni youngster akan belajar bahasa German, banyak kelas-kelas tuisyen bahasa German di Bosnia. So bila diorang boleh cakap German diorang akan migrate to Germany, especially engineers dan doctors.
They migrate for a better life. Bagus sangat ikut tour ni sebab banyak info aku dapat, tak rugi ambik tour ni tau. Aku tak kisah bayar sikit asal puas hati. At least kita support local business sebab diorang pun nak survive kan. And they are saudara kita, they are Muslim.
Haa Mr Esmer ni religious sebab aku nampak dia solat time dia tunggu kitaorang dekat Pocitelj, haha.
Tour sehari tu berkahir dengan last sekali dia bawa kami kat satu bukit on the way nak balik Mostar, dia nak ajak tengok sunset, cantik sangat view, kita nampak the whole Mostar warna kuning sunset. Aku lupa nama tempat tu.
Balik hostel kami terjumpa Ervin dia tanya pegi jalan ke mana, makan dah ke. Baik kan tanya dah makan ke belum comel je dia. Sambung bersembang dengan dia aku cakap la pasal orang Sarajevo tu sombong, dia angguk dan senyum.
Yes, dia kata orang Sarajevo memang sombong sikit. Ohh, betul la aku tak salah hehe.
Banyak lagi dia share info pasal Bosnia, dan dia cerita kalau nak jalan-jalan di Bosnia elak la summer, time summer pack dengan orang, business bagus, tapi panas di Mostar boleh cecah 50 degree. Sesetengah orang tak tahan.
Dia tak nasihat datang time tu. Time winter, time aku pi tu memang low season (even for the whole Europe) memang orang tak ramai, tapi cuaca ok. Dia bilang lagi kalau datang musim buah pun ok best, buah berries, pomegranate banyak kat pasar dan sedap-sedap .
Esok tu kami nak balik dah, petang tu kami jalan-jalan beli souvenir sikit, roti sikit dekat Old Town. Dan pagi tu lepas minum kopi kat kafe dia, dia nak tolong call teksi untuk kami ke stesen bas.
Ada seorang pakcik tu terdengar, dia tak bagi. Dia bagi kunci kereta dia, dan dia suruh Ervin tu hantar kami pakai kereta dia, halah halah halal comel pakcik tu.
Sebelum kami balik dia cakap datang la lagi, datang menginap lagi kat sini- Sinan Han Motel. Hostel dia ada rooftop tau. Cantik view. Boleh check kat Booking.Com.
Insha Allah, ada rezeki nak datang lagi, banyak lagi tempat-tempat kat Bosnia yang cantik-cantik, dan pastilah aku pun rindu senja di Mostar.
– NurAtikah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit