Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca iium confession. Terima kasih admin kerana menyiarkan kisah yang ingin aku kongsikan ini.
Aku Rin(bukan nama sebenar) dan aku bekerja di bawah satu organisasi yg bukan di bawah swasta mahupun kerajaan. Organisasi yang kami panggil ‘volunteer'( sukarelawan).
Organisasi ini menjalankan perniagaan dari pelbagai aspek. Di sini aku ingin kisahkan sikap pengurus yang menguruskan perniagaan nya sebagai majikan. Bagi aku konteks pengurus tu tak semestinya hanya perlu menguruskan duit keluar masuk dan hanya tahu perniagaan tu sentiasa ada. Entah ada untung atau tidak atau kebajikan pekerja langsung tidak dilaksana.
Sebelum aku bekerja di sini, aku pernah berkhidmat dengan perniagaan yang bukan diuruskan oleh bangsa Melayu dan boleh aku kategorikan disini swasta ( perniagaan secara kecil2an tapi ada kwsp dan socso). Mereka ini sangat menjaga kebajikan pekerja. Walau pun dia kacau masa pekerja seminit akan diambil kira. Wajib kerja 9 jam tepat. Lepastu balik. Dan bekas majikan aku ini tak pernah tak ada dalam waktu bekerja kitorang melainkan dia ada urusan penting. Aku rasa kalau kita ( melayu) dah hip hip horey bila dia tak ada dekat office tapi tidak bagi aku sebab ada dia aku selesa dan mudah untuk selesaikan masalah.
Yang ingin aku kisahkan ini sepatutnya bila kita bekerja di bawah organisasi volunteer ni kau sendiri ada tanggungjawab untuk pergi kerja tapi yang ini berlainan. Majikan kau paksa kau untuk bekerja ikut waktu dia. Kerja untuk 13jam untuk 6 hari dengan gaji(dipanggil elaun) yang sama statik. Tangga gaji tu korang boleh anggarkan sama dengan gaji basic spm di kampung.
Kadang kadang aku terfikir dia ini manusia atau tidak. Adakah dia tidak berfikir yang pekerja nya itu pun manusia macam dia yang ada pasangan hidup dan anak-anak untuk berkongsi hidup dan moment indah untuk bersama. Nak kata dia fikir tentang perniagaan jauh sama sekali kerana seminggu tu ada lah dia sekali ke dua kali datang ke pejabat. Itu pun semata nak tanya keuntungan. Selain itu juga, dah diberi cuti sehari yang tak berapa nak cuti pada pekerja masih lagi dikerah pekerja tersebut untuk buat pengambilan barang dan penghantaran. Belum lagi yang kena pulang lewat. Solat entah kemana. Pengurusan rumah semua terabai.
Satu perkara di sini, titik peluh orang jangan kita sewenang wenang kita guna. Jangan lupa hasilnya kita makan. Beri pada keluarga. Bina rumah. Beli kenderaan. Jangan sampai kita tergolong dalam kumpulan orang yang kufur nikmat. Kau seksa orang semata mata kerana kau nak samakan hidup kau yang sibuk dengan orang lain. Hidup kau sibuk jadi kau kena sibukkan hidup orang lain. Jangan letakkan persamaan dalam kehidupan kita dan orang lain.
Aku teringat suatu hari tu dia minta pekerja ambil barang untuk dia. Sedangkan pekerja tu baru je balik dari ambil barang sejak jam 5pagi. Jam 9 selesai semua dia baru je hendak sarapan dah disuruh ambil barang lain. Dia lupa dia tak ada sedia kwsp dan socso. In case jadi apa apa pada pekerja(terlalu penat dan ngantuk) dalam perjalanan dia tak cover macamana dengan family pekerja dan pekerja sendiri.
Aku berharap untuk majikan di luar sana jangan lah kita ambil kesempatan di atas kebaikan pekerja kita. Boleh jadi suatu hari saat kau tersungkur, kau akan terus tersungkur tanpa boleh bangun lagi. Berhenti aniaya orang. Berhenti jadi tamak. Kau jaga 1 kebajikan dia, akan datang 1000 kebaikan buat kau. Jangan berkira. Jangan simpan hasad dengki. Jangan berdendam walau sekecil kuman dengan pekerja. Jangan letakkan tugas dan skop kerja kau sama dengan dia.
Aku bersyukur dengan apa yang aku ada tapi sekadar aku berkongsi rasa untuk pekerja lain yang mungkin dia terseksa tapi dia simpan demi menjaga hati sesama manusia. Thanks admin.
Rin
– Rin
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit