Assalamualaikum… Terima kasih jika confession aku disiarkan.
Pertama sekali, aku nak cakap awal-awal yang ni bukanlah sekadar confession tapi juga nak bertanya pendapat warga internet yang mostly terdiri daripada mak cik- mak cik dan pak cik- pak cik bawang ni. Ok, gurau.
Berbalik kepada cerita aku, aku ni tergolong dalam golongan manusia introvert yang mana aku ni lebih suka berseorangan dan kurang melibatkan diri dengan manusia kecuali kalau ada perkara penting macam perlu siapkan assignment berkumpulan ke projek berkumpulan ke apa. Kalau setakat saja-saja aku nak ikut kawan-kawan aku keluar jalan-jalan petang-petang tu memang tak lah. Baik aku duduk bilik, tengok drama. Lagi best.
Okay, itu bukan masalahnya. Masalahnya sekarang, aku sangat sensitif dengan segala bunyi-bunyi dekat sekeliling aku. Dia buat aku jadi serabut dan sangat mengganggu aku. Contohnya, pintu bilik aku ni setiap kali kita buka or tutup, mesti berbunyi. Jadi, aku ni kelas dari pagi sampai petang, so bila aku balik bilik tengah relax-relax, roommate aku pun balik. Bukak pintu dan mengeluarkan segala bunyi krekkkkkkk… Lepastu dia nak keluar pulak, bunyi lagi kreekkkkkk tu. Pastu roommate lain pulak. Bunyi krekkkk krekkkk itu serius buat aku rasa serabut. Tambah lagi dengan aku yang tipikal introvert yang suka duduk sorang-sorang tanpa gangguan. Lagi lah buat aku jadi serabut dan grumpy.
Contoh kedua, roommate aku ni kalau dia tengah kemas buku-buku dia, suka kuat-kuat yang mana turut menghasilkan bunyi yang buat aku rasa darah aku naik. Ada banyak lagi contoh sebenarnya, dan semuanya benda-benda kecil yang tak rasional pun kalau aku gaduh dengan roommate aku sebab benda tu. Ye lah, takkan aku nak marah dia sebab buka pintu, kan? Sebab tu semuanya aku pendam je dalam hati sebab aku tak tahu nak marah sape. Tak ada orang yang salah dalam hal ni. Aku yang salah sebenarnya.
Ada satu hari tu, aku kena siapkan kerja sebab esoknya aku ada kelas maka aku tidur 3 jam je. Aku bangun pukul 5 nak siapkan kerja tu, so aku bukaklah lampu. Eh, boleh pulak si roommate aku terjaga sekali, dia keluar pastu masuk, pastu keluar balik. Yang lagi sorang pun terjaga jugak, and main fon. Cukup 3 kali aku dengar bunyi pintu kreekkkk tu, aku tutup lampu sambung tidur. Sebab aku jadi grumpy tau, dah lah tidur 3 jam je, pastu bunyi tu pulak buat aku serabut. Kerja aku jadi huru hara. Benda senang je, tapi aku tak boleh nak fikir. Aku jadi stuck. Maka aku sambung tidur dan pergi kelas dengan kerja tak siap. Aku dah lah selalu kena migrain kalau kurang tidur.
Sebab benda-benda ni jugaklah aku hampir 24 jam pakai earphone. Supaya aku tak dengar surrounding aku. Dan sebab ni jugaklah aku sangat-sangat suka kalau roommate aku semua balik rumah masing-masing, tinggal aku sorang je kat bilik. Dia punya ketenangan tu lain macam.
Aku tiba-tiba rasa macam aku ni mental, tak normal. Hahahhaha. Yelah, perangai aku macam pelik. Kalau kat rumah pun benda yang sama berlaku. Sampai kadang-kadang aku stress, aku menangis. Yang ni bila umi aku bercakap tak berhenti-henti tapi benda tu langsung tak menarik minat aku. Takkan aku nak cakap kat dia kan? So aku tadah telinga tapi dalam masa yang sama hati aku menjerit suruh berhenti. Bila dah terlampau stress, aku pun menangis la senyap-senyap. Dia tak tahu pun. Tak ada yang tahu masalah pelik aku ni. Hahahaha. Aku ni, kawan pun tak ada, sebab aku tak percaya pada manusia bernama kawan.
Apa pendapat akak-akak dan abang-abang onion?
– Tidak Bernama
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit