Sensitif Dan Suka Memendam

Kalau dulu aku bukanlah seorang yang sensitif dan bukan lah pemarah. Namun disebabkan dibesarkan oleh keluarga yang tegas menyebabkan aku kadang-kadang sukar menerima.

Bukan hendak kata keluarga aku tidak baik dan berperangai buruk cuma kadang2 menyebabkan emosi aku tidak stabil.

Sampai lah satu hari aku terbawa masalah rumah pergi ke sekolah. Dan pada waktu yang sama, aku disakat oleh kawan kawan sekelas. Dengan tidak berfikir lagi aku terus memarahi dan menangis selepas pulang ke sekolah.

Aku berkata kenapa orang suka buat aku sakit hati.. Kenapa semua orang nak buat aku sakit hati.. Kenapa family dan kawan kawan suka buat aku sedih dan serba salah.

Masih ingat lagi muka aku kena kutuk di samakan benda dan sesuatu yang negatif. Hati aku menangis balik sekolah terus menangis tidak tahu nak meluah kan kepada siapa.

Sampai lah suatu hari aku bergaduh kerana tidak tahan.

Ya aku mengaku sejak itu aku jenis cepat terasa dengan pelbagai masalah yang datang dari pelbagai punca. Aku jenis takut nak bergaul dengan orang sekeliling dan takut nak berhadapan dengan orang.

Aku mengambil seratus peratus apa yang dikutuk oleh orang lain tentang diri aku.. Ya aku mengaku aku cepat down semenjak aku banyak menangis bukan dari sekolah menengah.

Di sekolah rendah aku menangis dan menangis. Sampai suatu hari orang mengutuk dan membenci sikap aku. Jadi aku memilih untuk memendam apabila aku tahu ada yang cuba berpura -pura.

Aku pendam kalau aku nak menangis aku pendam kalau aku marah aku pendam kalau aku nak ucapkan pendapat aku. Semua aku pendam. Mulut aku susah untuk mengeluarkan kata2 aku hanya banyak menulis dan menulis.

Aku cuba untuk membaiki semua hubungan namun kadang2 aku down. Semangat aku turun dan naik. Semangat untuk ubah sikap aku dan belajar dalam pelajaran.

Aku ubah sikap aku kadang2 supaya aku tak dikutuk lagi. Aku berpura- pura gembira namun disebaliknya aku masih lagi sedih demi menutup mulut manusia.

Kadang2 aku keliru dengan diri aku. Aku bertanya kepada allah dan merayu “Ya Allah aku buntu aku keliru aku sakit. Tolong aku ya Allah”.

Aku susah lagi nak percaya orang sebab orang yang aku percaya telah mengutuk aku di belakang. Sakit hati memang sampai sekarang masih terasa dan sedih. Aku cuba untuk tidak kesah.

Bila masuk je tahun ni aku hanya mampu memendam dan balik dari sekolah hanya mampu menangis dan menulis dan memendam.

Ya semua orang ada masalah tapi tak semua orang bijak selesaikan masalah mereka. Kadang2 aku keterlaluan dalam tindakan aku risau aku takut. Risau aku bukan biasa tapi terlebih.

Bila ada je aku rasa aku salah aku akan terus meminta maaf walau benda itu kecik. Aku hanya mampu memendam dan pendam.

Aku terima kalau mental aku sakit aku perlukan ruang dan masa dan orang2 yang aku selesa. Susah lagi untuk percaya orang lagi dan susah untuk luahkan sakit dan sedih terhadap orang sekeliling.

Keluarga juga amat jarang hendak bagi aku keluar dengan rakan2 kerana takut dan risau akan pengaruh luar. Ini semua kerana kepercayaan ibu ayah aku dikhianati sendiri oleh seseorang dan susah untuk percaya terhadap2 orang yang mereka sayang.

Ya tegas dan tegur tanda mereka sayang. Aku tahu dan aku faham sebab iti aku memilih untuk memendam.

Kadang2 aku mahu jawab soalan di depan kelas namun aku bagi peluang kepada orang lain. Aku jadi fobia untuk menjawab soalan atau pertanyaan cikgu kerana aku pernah digelakkan oleh rakan2 sejak itu aku cuba mengelakkan diri dari menyertai apa2.

Sejak harini aku hanya memilih memendam dan menjadi pendiam. Susah untuk mendengar suara aku.

Maaf terhadap sesiapa yang pernah aku susahkan dan sakitkan atau buat orang lain tak selesa. Aku tidak mintak untuk jadi begini aku teralu penat dan lelah dan masih lagi sedih.

– Dila (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *