Sensitifkah Aku?

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sudi siarkan confession ini.

Aku sudah berkahwin (usia perkahwinan kurang daripada lima tahun). Alhamdulillah dikurniakan seorang anak yang sempurna, sihat dan cerdas. Anak aku berusia kurang dari 12 bulan.

Pada masa yang sama biras aku turut mendapat anak seusia dan sejantina dengan anakku. Bezanya hanya pada pertalian darah. Anak buah aku itu merupakan anak angkat mereka sahaja.

Izinkan aku untuk menulis menggunakan bahasa pasar.

Bila aku dengar berita biras aku nak ambil anak angkat, benda paling aku takut adalah anak kami sejantina. Kenapa aku takut? Sebab aku tak nak anak aku dibandingkan dengan anak dia.

Bila dapat tau sejantina, aku selalu doa semoga birasku membatalkan niat untuk ambil anak angkat tapi doaku tak dikabulkan. Rezeki anak tu untuk dapat kehidupan yang selesa.

Saat yang mendebarkan tiba jugak. Perbandingan selalu dibuat oleh ibu mentuaku. Selepas anakku lahir, benda pertama sekali dibandingkan adalah saiz anakku.

Pada aku ketinggian dan berat anak aku sangat normal sebab aku dan suami tak tinggi dan tidak gemuk.

Anak buah aku pulak lebih tinggi dan berat (mungkin faktor genetik dan susu sebab anak buah aku minum susu formula).

Ibu mentua aku kerapkali ulang “si A ni pendek sikit, si B ni tinggi”

Pernah sekali ayatnya berbunyi macamni “si B tu tidur lama sebabtu dia besar, yang sekor ni tidur sekejap mana nak besarnya”.

Anak buah aku memang takde masalah tidur. Orang buat bising pon dia boleh tidur tapi anak aku tak macamtu. Apalagi kalau aku takde kat sebelah, memang cepat dia tersedar.

Perbandingan kedua adalah dari segi lebatnya rambut. Anak aku mempunyai rambut yang halus tapi anak buah aku sebaliknya.

Selalu sangat ibu mentuaku cakap “si B ni lebat rambutnya yang sekor ni cukur rambut dulu tapi tak panjang panjang”.

Perbandingan ketiga dan yang paling menyakitkan hati. Anak aku merupakan baby yang mempunyai emosi.

Kalau orang main peekaboo, dia akan senyum kekadang mengekek gelak, bila orang yang tak dikenali dukung atau agah mesti dia nangis.

Berlainan dengan anak buahku. Diagah tak senyum, didukung dengan sesiapa pon tak menangis. Ibu mentuaku selalu sangat cakap “yang sekor ni kerja menangis je, si B ni elok je nak dengan orang”.

Salah anak aku ke kalau dia menangis taknak dengan orang lain?

Situasi seterusnya adalah berkaitan dengan warna kulit. Anakku bukan baby yang berkulit putih.

Pernah ibu mentuaku berbunyi macamni “awak ni ikut siapa ni? Kenapa tak ikut warna nenek, awak perempuan” tapi lepastu dia sambung dalam nada baby “takpelah nenek saya tak putih asalkan sihat dan sempurna”.

Mungkin aku yang terlebih sensitif walaupun sedar je diri aku dan suami tak putih mana. Suamiku kulit sawo matang, aku kuning langsat so anak kami takkan dapat mewarisi kulit putih.

Part paling menyakitkan dan buat aku overthinking adalah bila ibu mentua aku menggelarkan anak buah aku “budak cantik” dan anak aku, cucunya as budak *insert nama kampung* contohnya budak Tuaran.

Aku ke yang terlampau sensitif?

Kekadang aku terfikir ibu mentua aku ni sedar tak yang anak aku ni cucu kandung dia? Buruk sangat ke anak aku pada mata dia?

Aku sebagai mak yang dah mengandung dan beranakkan anak aku tu, pedih betul rasa hati bila dengar macam-macam benda yang dah dilemparkan.

Kekadang rasa kesian kat anak aku. Aku selalu cakap kat anak aku, “awak anak mummy yang paling cantik, biarlah orang cakap apa pon, awak sempurna pada mata mummy”.

Aku tak nak anak aku dibandingkan sampai ke besar. Kesian emosi dan mental dia.

Sampai satu tahap aku rasa menyampah dekat anak buah sendiri. Salah aku ke? Sensitif ke aku?

Tolonglah hentikan budaya banding membanding dan mengata fizikal anak yang belum ada dosa.

– Anon (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *