Sentiasa Positif dan Bersyukur

Assalamualaikum adik2 dan pembaca sekalian. Akak bahasakan diri akak la ya. Akak dah hampir lewat 30an dah. Akak nak share sikit pasal sikap positif atau sikap kita yang seharusnya sentiasa positif. Akak pon bukan perfect pon, tapi akak share untuk kita saling mengingati antara satu sama lain. Kadang-kadang pon tersasar juga tapi kena cepat-cepat muhasabah diri la. Sebenarnya bahagia atau tidak seseorang tu, semuanya bergantung kepada diri sendiri. Dan keywordnya adalah sentiasa positif dan bersyukur. Ini kadang-kadang kita sebut, “Aku bukan tak bersyukur tapi…. “ ataupun “Aku bersyukur tapi… “ Selagi kau ada tapi, kau tak bersyukur sepenuhnya sebenarnya.

Dugaan ni Allah bagi kita dalam macam-macam cara, ada yang tak kawin, ada yang kawin lambat, ada yang kawin tapi tak ada anak, ada yang kawin ada anak tapi suami/isteri yang bermasalah, ada juga hidupnya semuanya bahagia tapi Allah datangkan ujian anak sakit dan sebagainya. Ada yang dapat kerja, ada yang masih mencari-cari kerja, ada yang kaya raya tapi tak bahagia, ada yang miskin tapi hidupnya ditambah dugaan yang macam-macam. Macam-macam sebab kita kena ingat, tempat kita kat dunia ni hanyalah sementera sahaja. Tiada yang kekal abadi. Kalau kau ambil semua tu sebagai sesuatu yang negatif, maka negatiflah jadinya. Kalau ambil ia sebagai positif, maka positiflah jadinya. Susah ke nak jadi positif? Semuanya tergantung kepada diri sendiri.

Akak tak pandai nak mengarang, apa yang akak nak ceritakan ini pon based on pengalaman. Untuk confession adik yang tulis pada dugaan menjelang 30an, akak faham macam mana perasaan adik nak lalui tapi akak percaya suatu hari nanti adik akan sedar yang semua yang Allah aturkan tu ada hikmahnya. Akak pon kawin lewat. Adik2 akak sendiri pon semua dah kawin waktu tu. Anak akak baru nak setahun, anak mereka dah sekolah dah pon. Kawan-kawan apatah lagi, anak-anak dah besar dan ada yang sekolah menengah dah pon. Anak akak baru nak merangkak. Cemburu? Tak. Menyesal? Pon tidak. Mungkin akak sedikit bertuah dari segi kerja, akak dah dapat kerja tetap selepas grad. Tapi dugaan tu tetap ada. Akak rasa pembaca dah banyak bagi cadangan soal kerja, mungkin boleh ambil yang mana yang terbaik untuk adik.

Mula-mula dulu bila adik2 akak yang seramai tiga orang masing-masing dah kawin, kawan-kawan baik pon semua dah kawin. Tipu kalau akak tak sedih, tipu kalau akak tak terasa. Umur dah 30an pon tak kawin lagi. Orang tanya, orang cakap macam-macam. Tipulah kalau kita tak sedih. Mula-mula memang tak boleh terima. Terasa sikit je akak terus merajuk 40 hari. Lantak korang la nak fikir apa, yang penting hati aku yang kena jaga. Hahaha… Tapi lepas tu hati kita makin sakit, makin sakit sebab tengok orang bahagia, ada anak, ada keluarga. Kita rasa rendah diri, rasa keseorangan, rasa sakit. Mulalah kita malas nak contact kawan-kawan, adik-adik pon acuh tak acuh je layan. Lepas tu pulak hati kita kan tengah marah, tengah sakit, mulala kita pulak pegi sakitkan hati orang. Itulah yang terjadi awalnya.

Lama-lama akak muhasabah diri. Dalam semua orang tu akak sebenarnya yang paling sakit. Dan yang paling bestnya, sebenarnya akak yang sakitkan diri akak sendiri. Sebab akak memandang negative pada semua perkara. So, dari situ akak mula berbaik-baik dengan adik-beradik, anak-anak buah, kawan-kawan. Lama-lama perasaan tu mula berubah. Terlalu banyak kasih sayang yang boleh akak dapat dan bagi tapi akak abaikan selama ni. Dari situ, mulalah rasa gembira tu datang, menghilangkan rasa sakit yang selama ini kita tanggung. Malah akak rasa sangat-sangat bahagia bila kawan-kawan bahagia, ada anak. Anak-anak buah jangan cakap la, dah macam anak sendiri dah rasanya. Barulah hati akak tenang dan rasa bahagia. Hati pon tak sakit lagi. Dulu terfikir, mungkin jodoh lambat tu sebab sikap kita sendiri. Bila kita sendiri rasa bahagia dan syukur, secara automatik Allah bagi apa yang kita perlu. Akak mungkin tak dapat semua apa yang akak nak tapi Allah memang bagi apa yang akak perlu di saat-saat yang akak paling perlukan. Akhirnya, akak berkahwin dengan suami yang sangat baik, Alhamdulillah dan walaupun dah lewat, Allah tetap bagi zuriat untuk akak. Orang lain, mungkin lebih lagi dugaan mereka.

Berbalik kepada sikap. Ada satu sikap yang bagi akak tak baik juga iaitu andaian. Andaian sebenarnya salah satu sifat negative yang boleh merosakkan hati kita. Kita bukan sahaja akan sakitkan hati kita malah kita akan sakitkan hati orang lain kalau dia tahu. Andaian tu boleh jadi tuduhan malah boleh jatuh fitnah. Akak pernah rasa perasaan tu, hanya Allah yang tahu bagaimana nk pulihkan perasaan tu sebab akak memang jenis susah nak move on sikit. Tapi semua yang berlaku tu menyedarkan kita tentang banyak perkara.

Ini kisah di tempat kerja. Kita kena pandai cari suasana yang kita paling selesa dan paling positif. Kalau kita jenis yang mudah ikut, jangan dekat dengan orang negative. Takut kita terbawa sikap yang macam tu. Kalau kita jenis yang kuat, yang boleh ubah orang atau suasana negative kepada yang lebih positif, itu lebih baik. Semua bergantung kepada diri sendiri. Akak pon dulu negetif juga sebenarnya. Asal dengar cerita orang tu, orang ni, semua cerita yang buruk-buruk la kan. Akak cedok je dan mulalah pandang orang tu dengan sikap yang kita dengar tu kan. Lepas tu cepat prasangka pada orang. Buat andaian yang macam-macam. Tapi tulah, hati sendiri yang sakit akhirnya.
So, turning pointnya bila ada sesuatu yang berlaku dalam hidup akak bila akak sendiri dituduh dan bagi akak juga dimalukan, akak mula sedar, betapa buruknya efek sikap kita padang orang tu. Sebab akak sangat stress waktu tu. Yelah, benda yang kita tak buat tiba-tiba orang tuduh, block kita, tulis di FB seolah-olah kita ni jahat padahal kita tak buat. Akak minta maaf pon tapi keadaan masih sama, dia sikit pon tak minta maaf. Akak mula sedar betapa buruknya efek sikap yang macam tu. Akak jenis yang tak kuat, jadi akak jauhkan diri dan cari suasana yang lebih positif. Untuk dia, akak hanya mampu berdoa sahaja. Semoga dia sedar sikap dia boleh merosakkan hati dia dan hati orang lain juga. Alhamdulillah akak dapat kawan yang lebih positif. Orang yang akak pandang negative dulu pon sebenarnya bukanlah seperti yang akak andaikan dan dengar. Sikap orang kita tak boleh ubah tapi kena positif untuk terima buruk baik dia. Dan lagi bagus, nasihatkan dia kalau salah. Serius, dengan suasana macam sekarang, akak rasa happy dan tak tertekan lagi. Orang nak kata kita, dengki dekat kita abaikan. Jangan layan. Tapi yang terbaik muhasabah diri. Mungkin dia kata kita ada sebab, mungkin sebab sikap kita sendiri. Kalau kita sedar dan mampu ubah, ubahlah ke arah yang lebih baik. Kalau dia memang dengki tanpa sebab tu, abaikan dia, doakan dia.

Sikap yang positif ni pon tak datang sendiri, kita kena usaha. Usaha macam mana? Sentiasa dekatkan diri dengan Allah. Yang terbaik adalah bangun malam solat tahajud, solat taubat dan sebagainya. Dhuha pon jangan tinggal. Tak sempat sangat, bacalah doa dhuha tu setiap hari. Tapi yang terbaik adalah solat. Kerja tu rezeki, jodoh pon rezeki, anak pon rezeki. Jadi sentiasalah meminta pada sang pencipta. Yang penting akak nak ingatkan, sentiasa positif dan bersyukur.

TQ

– Kak D

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit