Sentiasalah Bersangka Baik

Assalamualaikum. Thanks admin, sudi approve perkongsian aku ni. Cuma nak berkongsi satu kisah ni dan harapnya dapat dijadikan pengajaran. Untuk aku dan kita semua.

Kisah ni, aku dengar dalam 10 atau 11 tahun lepas melalui radio ikim. Seorang ustaz menyampaikan satu kisah di Amerika sana yang amat memberi kesan mendalam kepada hidup aku selepas itu.

Cara aku memandang kepada mereka yang belum memeluk agama Islam berubah 360 darjah selepas mengetahui kisah ni. Kalau sebelum tu, dalam hati aku selalu berkata kata dekat mereka yang bukan/belum memeluk agama islam… kesiannya kat si polan ni, mati nanti mesti masuk neraka.

Walhal kesian kat diri aku sendiri. Mengaku Islam tapi tak pernah sekali pun mengajak mereka kepada Islam atau mendoakan mereka.

Kisah dia macam ni… Di Amerika, ada seorang lelaki ni, yang bawa motosikal besar, badan penuh tatu. Dia datang ke sebuah masjid di kawasan tu.

Dia berjumpa dengan imam di situ dan menceritakan perihal mimpinya yang pelik. Dia bermimpi banyak kali bahawa seseorang menyuruhnya pergi ke masjid itu dan berjumpa imam itu, seterusnya melafazkan kata kata yang dia sendiri tak fahami, yakni syahadah.

Imam tersebut memberitahu itu adalah lafaz syahadah yakni pengakuan dan penyaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah, seterusnya menjadikan lelaki itu seorang Muslim.

Lelaki itu bersetuju untuk melafazkan syahadah tersebut. Imam itu tanpa melengahkan masa terus mengajar lelaki tersebut menyebut lafaz syahadah. Kebetulan selepas itu masuk waktu solat. Imam tu berkata, memandangkan lelaki itu sudah menjadi seorang Muslim, maka dia kena solat.

Imam itu menyuruh lelaki tu mengikut saja perlakuan imam tu ketika solat. Ye la lelaki tu mana pandai nak solat lagi kan. Jadi lelaki terbabit mengikut je imam tu solat.

Ketika sujud terakhir, pada solat pertama lelaki yang baru Islam itu, Allah mengambil nyawa beliau… SubhanaAllah. Sudahlah baru melafazkan syahadah. Bagai bayi yang baru lahir tanpa apa dosa, beliau diambil nyawa oleh Allah. Betapa besarnya rahmat dan kasih sayang Allah buat beliau.

Kisah ni buat aku terfikir. Apa yang lelaki ni dah buat sehingga Allah angkat darjat dia sebegini rupa. Walhal beliau sebelum tu adalah seorang kafir.

Hakikatnya dalam hidup ini walau siapa pun orang tu, Islam atau belum Islam.. Jangan lah kita cepat menghakimi mereka begitu dan begini. Kerana kita tidak tahu pengakhiran hidup mereka dan kita macam mana. Boleh jadi mereka yang selalu kita pandang penuh dosa itu pengakhiran mereka lagi baik dari kita.

Bersangka baik lah dengan semua orang. Walau siapa pun dia, doakan yang baik baik buat mereka. Macam seorang hamba Allah ni, yang terlihat sekumpulan anak muda sedang berpesta… Dia doa, mudah mudahan mereka semua akan bergembira seperti itu di syurga kelak.

SubhanaAllah…

Sekadar perkongsian dan peringatan untuk diri aku juga.

– Ummu Ukasyah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *