Senyum :)

Assalamualaikum semua. Thanks for reading once published. Jika tak silap saya pernah menulis soal ini, tapi tidak disiarkan. Mungkin tak sesuai di sini. Saya menulis lagi sekali dengan gaya lain dengam harapan ada pandangan readers di sini.

Saya seorang isteri yang merasa cukup bertuah disisi seorang suami yang cukup sempurna. Kasih sayang memang cukup. Hidup tak mewah, tapi makan pakai tempat tinggal sempurna. Suami juga seorang muslim yang baik. Muslim yang sempurna saya kira bilamana mampu tunaikan solat fardhu di masjid dengan konsisten.

Suami juga sangat peka dengan peranan sebagai suami. Kemana-mana saya akan dihantar. Barang dapur memang suami yang sediakan. Dia suami yang sangat menjaga. Dan saya tahu hidupnya cukup penat sebagai suami.

Urusan dengan bukan mahram ketika oder makan ke beli barang ke apa memang suami yang akan lead. Kepimpinan tu memang terserlah sebagai suami. Suami juga uruskan pakaian kami, basuh jemur dan angkat baju. Suami akan kemaskan dapur setiap kali saya masak. Banyak lagi kerja yang suami buat. Saya tidak mahu nyatakan disini bimbang ramai orang ragu-ragu nanti.

Tapi saya nak bagitahu, suami begini wujud. Bukan bayangan saya sahaja. Saya faham selagi seorang lelaki itu beriman dan memahami agama dengan baik, dia akan berjaya jadi suami yang baik seperti baiknya Rasulullah terhadap isteri baginda. Bukan sekadar menunggang agama. Merajakan diri, menghambakan isteri. Bagi saya suami ini cukup sempurna dan saya bahagia.

Tapi kami diuji tanpa anak. Ini bukan ujian besar bagi saya. Tapi dalam tempoh 5 tahun usia perkahwinan kami jalani pelbagai rawatan. Secara batinnya, saya dan suami tiada masalah. Cuma secara medikal, nasib kurang menyebelahi suami. Suami ada sedikit masalah kekurangan bilangan sperma dan ujian saya semuanya baik-baik sahaja.

Suami bukan baik pada saya kerana kekurangan ini. Malah semua rutin hidup saya ini tidak berubah sejak awal perkahwinan kami hingga sekarang. Cuma, dalam tempoh lebih kurang 2 tahun kami TTC, dengan 3x test, keputusan masih tidak menyebelahi suami.

Keadaan ini sangat sulit bagi saya. Kadang-kadang saya punya perasaan inginkan anak yang melampau hingga depress. Tapi bila kami terima keputusan begini, kami masing-masing menjaga hati. Saya tak boleh sedih tanpa anak sebab saya taknak suami sedih. Suami pula, selalu positif tak nampak sedih atau kecewa. Banyak bagi kata-kata semangat pada saya.

Tapi saya faham, banyak rasa hati suami yang disembunyikan. Rasa sedih yang disembunyikan seorang lelaki dibalik senyuman hanya untuk mengembirakan hati isteri itu sangat meruntum hati tau. Saya jadi sebak mengenangkan keadaan2 begini. Saya kadang-kadang lemah dengan perasaan sendiri. Keliru dan celaru.

Saya bersyukur dengan adanya suami sebaik ini. Tapi saya harap kami akan dikurniakan rezeki anak bukan sebab saya nak hidup lebih sempurna, tapi saya tak nak suami rasa bersalah dan tak sempurna. Cuma selain ubat, alternatif apa lagi yang ada. Saya cuba jaga pemakanan suami melalui pembacaan. Tapi belum berjaya setakat ini. Mungkin ada yang boleh berkongsi cadangan?

Terima kasih.

– Karina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *