Senyumlah Selagi Mampu

Assalamualaikum sidang pembaca sekalian. Aku terpanggil untuk menulis memandangkan banyak perkara di sekeliling aku yang membuatkan aku tersenyum seorang diri.

Dan aku percaya korang semua mesti ada kenangan yang membuatkan korang tersenyum sendiri tanpa korang sendiri sedar.

Ya, kadang kenangan tu terlintas dalam fikiran korang, atau tetiba teringatkan kenangan tu mengikut situsasi.

Sedikit latar belakang, aku single, perempuan, hujung 30-an, and jobless. Jadi penceritaan aku hanya merangkumi kehidupan aku mengikut latar belakang aku ni.

1st, soal duit. Dulu masa mula2 kerja right after graduate, aku takde masalah soal kewangan. Apa aku nak, aku boleh dapat dengan duit sendiri. Kereta dah ada, kerja secured, shopping ikut suka, travel sana sini dan banyak lagi nikmat yang Tuhan bagi tapi aku ‘buta’.

Sekarang, aku jobless since MCO started. Dulu dengar kawan2 kena buang kerja, rasa kesian sangat and kalau ak kena tak taw nak buat apa. And now aku hadapi benda yang sama, still tak taw nak buat apa.

Nak cari kerja baru, umur dah lanjut. Mostly company cari manpower yang muda2. Jadi, aku rehat dulu lah.

Tapi, dalam waktu sekarang aku mampu lagi tersenyum. Aku punya keluarga yang masih beri sokongan pada aku walaupon dulu aku sibuk kerja dan kawan2 sehingga abaikan keluarga aku di kampung.

Kadang duit belanja utk ibu ayah aku culas, adik2 aku minta beli itu ini aku kedekut, nak derma jauh sekali. Bila aku diuji sebegini ibarat tamparan hebat bagi aku. Untuk lihat apa yang ada depan mata aku yang aku abaikan dulu.

Aku gunakan duit simpanan aku untuk keluarga aku sepanjang aku duduk dirumah. Belanja barang keperluan rumah, bayar bil2 rumah, asingkan sedikit duit untuk menderma ke tabung2 kebajikan.

Benda2 ni semua buat aku tersenyum. Kalau bukan kerana Allah jentik aku sebegini, mungkin aku lebih hanyut dulu.

Aku belum membeli rumah. Ya, satu kerugian bagi aku kerana tidak gunakan kesempatan aku berduit dulu untuk membeli rumah. Terlalu sibuk berbelanja dan bermewah2 semata2 untuk tatapan umum. Upload gambar di Instagram dan Facebook, dahagakan perhatian dan likes.

Tersenyum lagi kerana sekarang aku telah diactivate Instagram kerana bagi aku Instagram menjadi punca aku ingin menjadi ‘lebih’ dari yang lain memandangkan ramai yang berlumba2 menunjukkan kemewahan masing2.

Facebook masih aktif memandangkan aku perlu tahu isu2 semasa dan perkembangan kawan2. Aku cemburu sebenarnya melihat kawan2 ramai yang share tips hias rumah, DIY hias rumah. Semuanya lawa2, minimalis.

Kalau aku ada rumah sendiri pon, banyak benda ak nak buat. Malangnya tiada. Hanya mampu tersenyum. Tapi kelat rasanya.

2nd, soal pasangan hidup. Semalam gf adik aku call adik aku yang tengah main game. Adik aku tak angkat malah mencebik. Haha. Mimik mukanya seolah2 berkata “adoi, time2 ni lah kau nak call, orang tengah main game nih!”. Aku hanya mampu menggelengkan kepala.

Haritu, gf dia call lagi, adik aku tengah tengok TV. Then, dia bersuara “adoi, baru otp tadi, penat lah aku, aku pon nak me time jugak”. Haha. Aku diam je. Sebab, itulah perangai aku dulu sewaktu bercinta. Nak berkepit je 24 jam. Budak2 muda bercinta begitulah gamaknya.

Bila dah tua2 bercinta masing2 taw komitmen kerja masing2 and faham diri masing2. Tapi tulah, jodoh tak panjang, cinta yang ikhlas kecundang ditengah jalan dek kerana kepercayaan yang diberi telah dirobek tanpa belas kasihan. Jadi aku bawa diri yang sunyi ini mencari kembali cinta Ilahi.

Tak mengapa, ada hikmah disebaliknya. Soal mencari pasangan hidup ni, aku serahkan bulat2 pada yang Esa, bukan tak mahu berusaha mencari, mungkin aku perlukan masa dan ruang untuk diri sendiri dulu. Bermuhasabah.

3rd, kesihatan. Ada duit banyak pon tak guna kalau badan tak sihat. Sakit2, nak makan itu ini pon tak boleh, nak berjalan jauh sikit pon tak boleh. Mungkin umurku agak muda untuk jatuh sakit tapi sakit, mati semuanya tak kira usia. Kalau dia nak datang, bila2 masa je.

Aku ada masalah susah tidur. Sampai lesu badan, penat otak, dan selalu nampak kusam dan tak bertenaga. Mungkin terlalu banyak berfikir. Aku banyak mendiamkan diri. Tulang2 aku sakit2, dah macam orang2 tua. Orang2 tua pon ada yang masih gagah dan kuat.

Nak berjalan pon cepat letih. Sehingga solat pon kena duduk. Aku tak mampu lagi sujud ditikar sejadah. Allahu. Sepantas itu Tuhan tarik segala nikmat yang ada sebelum ni.

Tapi aku mampu tersenyum, kalau bukan kerana ujian ini, mana mungkin aku sedar bahawa aku masih ada Tuhan. Masih punya ruang memohon taubat, meminta perlindungan dan kekuatan. Tuhan masih ‘memandang’ aku untuk diuji. Seolah2 berkata, “sudah2 lah hidup seperti kau tidak akan mati”.

Segala ujian yang Allah turunkan ni bukan sia2. Ya, setiap perkara yang berlaku Tuhan jadikan bukan sia2. Pasti ada hikmah disebaliknya. Lihatlah dengan mata hati.

Kalau kita anggap ujian kita berat, ketahuilah ramai lagi orang diluar sana lagi berat ujian mereka. Malah, ada ramai diluar sana yang ingin hidup sepertimana kita hidup sekarang. Bersyukurlah dan bersabar.

Kata Allah, saat diuji, hadapilah dengan solat dan sabar. Jangan pernah berputus asa dengan RahmatNya. Walau dosa kita setinggi gunung, ketahuilah pengampunan Allah itu seluas lautan. Allah.

Aku mampu lagi tersenyum saat diuji kerana aku masih lagi mampu merasa nikmat agama dan nafas yang Allah beri. Tidak mengapalah Allah nak uji sikit2 buat saham akhirat kita. Buat modal untuk digugurkan dosa2 yang ada.

Semoga kita mampu lagi tersenyum dengan sedikit nikmat dan ujian kerana hidup tanpa ujian seperti makan kuih onde2 tanpa gula melaka. Kosong. Tasteless.

Wassalam.

– Lady Gagah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *