Seorang Along

Aku Lia berumur 21 tahun, seorang pelajar dan juga anak sulung. Aku dah kehilangan ayah hampir 3 tahun.

Aku nak cerita berkaitan keluarga aku yang kecik tapi toksik.

Ibu yang jaga kita orang 4 beradik setelah ayah tiada. Adik-adik semua belajar di Terengganu dan sorang di sekolah rendah.

Ibu selalu share cerita pasal adik2 aku. Yang no 2 sakan bercinta sambil study. Kantoi dengan ibu call sambil “nak bersayang sambil peluk” mengamuk ibu aku malam tu.

Adik aku buat tak endah still bersayang bf dia lagi. Ibu tak berleter berdepan ngan adik tapi aku yang kena. Alasan ibu supaya aku kena tengokkan adik.

No 3 sakan berhabis duit bila bagi setiap bulan. Awal bulan dah kopak beli skincare, makeup. Itu pun ibu tak bising depan dia, tapi aku yang kena.

Anak bongsu bagaikan raja setiap minggu ibu akan bagi 50 untuk beli game walaupun ibu takde duit.

Ibu tak sanggup nak marah adik walaupun adik aku selalu hina aku sebab halang ibu bagi duit kat dia.

Aku ingat adik bongsu hina aku dengan panggil mulut buruk dengan muka buruk disebabkan aku sumbing tapi aku telan sebab aku tau aku buruk. Ibu hanya tegur sambil lewa adik aku.

Aku lawan ibu aku sebab aku tak tahan dengan perangai ibu. Sebenarnya tak boleh lawan dia walaupun dia salah.

Ibu selalu rendahkan aku kerana aku sekolah form 6 berbanding adik aku poli. Selalu ungkit perkara melibatkan aku.

Ibu pernah cakap aku suka membazir walaupun aku guna duit aku simpan nak beli barang sendiri.

Ibu tak pernah puji aku tetapi adik2 ibu sanjung tinggi. Terasa tak payah cakap.

Salah ke aku nak bahagia cara aku, salah ke aku nak beli barang aku suka. Salah ke?

Ke memang aku ni semua orang tak suka disebabkan aku ni lain dari lain?

Payah jadi anak sulung dengan sumbing ni.

Aku harap korang yang circle anak sumbing tu tolong laa bagitau dia sgt cantik dan berhak semua sayang dia tanpa alasan dia sumbing..

– Lia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *