Seorang Gadis Yang Masih Terperangkap Dengan Masa Lalu

Assalamualaikum aku adalah Dalia (bukan nama sebenar) aku berasal daripada keluarga yang sederhana tidaklah kaya dan tidaklah miskin.

Jadi sekarang aku merupakan seorang gadis yang masih menuntut ilmu di kolej dan menanti graduasi untuk diploma.

Tujuan aku menulis adalah sebab aku agak bosan dan saja nak share sebab korang pun tak kenal aku siapa kan.

Sekarang aku akan cerita kan kisah yang berkaitan dengan tajuk harini. Aku merupakan seorang gadis yang masih terperangkap dengan masa lalu.

Aku cuba untuk keluar daripada bayangan hitam itu tetapi aku gagal untuk melakukannya. Sudah 7 tahun aku mencuba tetapi ianya sering menghantui diriku sehingga kini.

Pembaca semua pasti tertanya-tanyakan kisah apakah yang membuatkan si penulis ini masih terperangkap?

Dulu aku merupakan seorang gadis yang periang. Aku juga merasakan seperti hidup aku penuh dengan warna warni sehingga satu hari segala warna warni itu berubah sekelip mata menjadi hitam putih.

Aku merupakan anak ketiga diantara 4 adik beradik dan aku juga merupakan seorang puteri diantara putera-putera di dalam rumahku.

Ibu bapa aku telah bercerai ketika aku berusia 12 tahun dan adik bongsu ku berusia 6 tahun. Disinilah bermulanya kisah kenapa gadis itu terperangkap di masa lalu.

Aku tahu jodoh, ajal dan maut itu ditangan Tuhan. Siapakah aku untuk mempertikaikan semua takdir yang telah tertulis, cuma aku masih sedih dan terkilan dengan sikap mereka.

Aku seorang anak yang mengetahui segala punca kenapa ibu bapa ku bercerai. Perkara yang aku tidak boleh terima adalah aku merupakan saksi mendengar bapa ku melafazkan cerai kepada di malam itu.

Mereka bercerai mungkin disebabkan ego, salahfaham dan tak bersefahaman diantara satu sama lain.

Kenapa aku kata mereka ego sebab ibu ku seorang wanita yang independent dan dia tetap teguh dengan pendirian dia.

Kalau dia sedih macam mana sekali pun, aku tak pernah nampak dia menitiskan air mata dia dihadapan anak-anak. Dia seorang wanita yang kuat hadapi cabaran dan dugaan yang sering menimpa dia. 

Ibu aku juga seorang wanita yang kadang-kadang lembut dan seorang yang garang, okay itu basic la sebagai seorang ibu.

Tetapi ada je keburukan dia, dia sanggup meninggalkan anak-anaknya demi mencari duit and sebab apa dia cari duit sebab bapa ku seorang yang berkira dan seorang yang mengungkit.

Jadi dia mengambil jalan penyelesaian untuk bekerja tetapi sejak dia bekerjala segalanya berubah.

Bapaku seorang lelaki pertama yang aku sayang dan dia lelaki pertama yang menyakiti aku, tetapi bukan la daripada segi fizikal tetapi daripada segi mental.

Bapa aku seorang yang baik, seorang yang lemah lembut tetapi aku tidak suka daripada sikap mengungkit, kedekut dan juga sikap sering mempunyai wanita lain.

Kisah hitam ni berlaku pada bulan puasa. Masa tu, kami sekeluarga lepak di depan tv and spend time sama-sama.

Then abah aku pun pergi lah mandi sebab dia baru balik daripada kerja dan tiba-tiba ibuku mendengar satu notifikasi masuk daripada facebook abahku.

Bermula daripada sini lah ibu aku bergaduh dengan abahku dan abahku tidak mengaku dan dia meminta maaf kepada ibu ku. Ibuku juga memaafkannya dan memberi peluang tetapi abahku menyia-yiakan peluang yang diberikan ibuku.

Sampai satu masa, ibu ku membalas semula perbuatan yang abahku buat kepadanya. Ibuku mengenal seorang lelaki tapi aku taktahulah daripada mana sebab ibu aku seorang suri rumah dan mungkin dia kenal daripada FB.

Bermula daripada sini, ibu aku sentiasa busy main fon dan aku sering melihat apa yang berlaku diantara mereka. Mereka sering bertengkar dan hiraukan anak-anak mereka.

Ibu aku juga membuat keputusan untuk bekerja tetapi adakah benar dia bekerja?

Aku pun tidak pasti, dia sering balik tengah malam dan kadang-kadang dia tak balik. Kemanakah ibuku pergi? Banyak persoalan yang timbul di dalam fikiran ku. 

Bapa aku pula, hari-hari menanti ibu ku pulang dan tanya “kau g mana balik malam macamni, anak masih kecik” dan dia menghiraukan pertanyaan abahku.

Semenjak daripada itu, abahku tidak lagi mengongkong ibu ku dan abah ku yang memberi kami adik beradik makan. Dia yang masak lepas balik kerja bagi kami 4 beradik makan dan ibu ku masih tiada di rumah.

Pada satu hari, terbongkar la satu kebenaran dan hati ku hancur bagaikan dirobek sedangkan waktu tu aku merupakan seorang gadis 12 tahun yang ingin mencipta pelbagai kenangan yang seronok untuk dunia kanak-kanakku.

Sekelip mata sahaja dunia aku tenggelam bagaikan ditenggelam dan dilemaskan oleh orang lain. 

Waktu itu pukul 11 malam, aku berpura-pura untuk tidur dengan adik bongsu ku dan waktu tu juga abahku kerja shift malam dan ibu aku keluar selepas abahku keluar bekerja.

Tapi yang peliknya waktu tu ibu aku tak seperti nak pergi kerja, tapi kemanakah dia pegi? dan waktu itu aku terdetik nak selongkar almari and semua la tapi aku tak jumpa apa-apa dalam almari dan TIBA-TIBA aku terjumpa fon bawah bantal.

Mungkin itu fon dia lagi satu dan aku pun cuba untuk membuka. Aku terkaku, hati aku hancur, kaki aku lemah longlai ketika itu.

Aku terduduk dan menggigil melihat gambar yang aku nampak di dalam gallery nya. Gambar dia dengan seorang lelaki berpelukan dan macam-macam lah. Aku menangis aku terkilan dengan apa yang berlaku.

Tiba-tiba ada satu panggilan masuk, iaitu panggilan daripada lelaki tersebut. Sampai sekarang muka dan nama lelaki itu masih terngiang-ngiang di dalam kepala ku.

Pada satu hari, ibu ku membawa aku dan adik ku ke reunion rakan-rakan sekolah dia tetapi dia membawa aku dan adik aku menjemput lelaki tersebut. Dia menyuruhku untuk diam dan jangan bagitahu abahku.

Aku pun berpura-pura tidur dan menutup muka ku dengan selimut dan aku mendengar perbualan mereka didalam kereta.

Aku menangis, aku hancur dalam diam. Ibuku kata mereka hanya kawan tapi kenapa sampai mempunyai panggilan yang bukan seperti kawan.

Aku tak tahu la benda yang berlaku ni nak salahkan siapa dulu. Mungkin ibu ku menyimpan dendam terhadap perbuatan abahku yang tak ubah. Mungkin mereka memang tak bersefahaman.

Abah ku menceraikan ibu ku pada waktu malam, waktu itu ibuku baru balik daripada kerja dan abahku terus menyimbah air ke muka dia dah aku terkedu waktu tu.

Dahlah kau je depan tv tengah malam tiba-tiba kau nampak mak ayah kau macamtu, tak ke kau terkejut?

Setelah jatuhnya talak 1 ibu ku mencium ku dan menasihati kami adik beradik sebelum dia melangkah keluar daripada masjid yang dia dengan abahku bina.

Bermula daripada inilah aku sering terperangkap dengan masa lalu. Aku takut untuk berkahwin dan aku taknak anak-anakku merasa penderitaan yang aku rasa.

Itu sahaja yang ingin saya sampaikan, mungkin ada sambungannya dan mungkin takkan ada.

TERIMA KASIH SEMUA..

– Dalia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Mudahan anak tabah dengan ujian kehidupan. Jadikan semua ni pengajaran, jangan sekali kali berlaku..teruskan kehidupan sebaik mungkin. Jadikan agama asas utama kehidupan anak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *